ASSALAMUALAIKUM..
Hai pembaca2 sekalian!! Haha.. Euww ada ke yang baca wahai
cik dee oi? Hee, terpulanglah pada mereka. Cik dee pun kurang nak tahu lah
mereka nak baca ke tidak, huhu.. Hari ni dah masuk tahun baru kan? Hmm, belum ada plan yang
baik untuk hari ni. Haha.. My sis ajak pergi sogo dia nak shopping. Tapi dalam
keadaan tengah di dalam kekurangan upaya macam ni, tak best nak jalan. Ha,
bukan orang kurang upaya ya. KEKURANGAN UPAYA je! Sekali lagi ya dee
tegaskan, bukan orang kurang upaya! Fullstop,haha.. So, dee pun tak tahu lah keputusannya apa. Kena dengar
kata putus mak la dulu. Tadi dengar dia kata dee tinggal. Huargghhh, nak ikut..
Nasib badan la tak sihat lagi. Tapi alhamdulilah, kesihatan dah okay sikit.
Cuma luka dalaman je la yang belum sembuh lagi.
Actually, dee nak update pasal first time bergelar pesakit HUKM. Hee, baru
sempat nak update. Bukan apa, tangan tak boleh gerak2 sangat. Tu yang segala
aktiviti terhad, muehehe.. Ha, first time masuk eh? Hmm, awesome! Haha..
Segalanya dah diuruskan oleh kakak2 ku yang tersayang, kak lee dan kak sayang. Nama
mereka ni special sikit,huhu.. So tanya kat kaunter, doctor belum call. Then kami
pun pergi la breakfast. Dalam masa tu, doc pula call. Ha, apa lagi makan cepat2
la,haha..
Dee pun check in lepas dapat panggilan dari doc. Dee dapat
wad 5C katil no 3. Makcik2, nenek2 semua tengok kat dee. Katil dee betul2 sebelah tingkap.
Beberapa minit kemudian, nurse datang suruh pakai baju hospital. Hok ni lawak. Dee
cakap kat mak, “ mak, dalam tv tu tengok orang masuk wad pakai seluar. Tapi
kenapa ni pakai kain??” *muka innocent* cehh, kena pakai kain pulak, hmm.. Malas
betul nak pakai, haha.. dee cakap kat mak dengan akak, “kalau pakai kat dalam baju
tshirt ni boleh tak? Haha..” segan la pulak nak jadi pesakit sementara ni. Hehehe..
Lepas dah tukar baju semua, doctor bius pun sampai. Namanya Dr.
Rizal. Then dia bagi talk sikit untuk operation keesokan paginya. Dia siap
tanya ada gigi patah ke tak? Ada tak gigi yang goyang ke? Sebab nanti kalau nak
masukkan tiub dalam mulut, takut pulak tertelan gigi, haha.. After that, my
family pun pulang untuk ke kubur anak my sis. Sedih la jugak kan, sorang2. Nasib
ada kawan2 yang boleh dikacau, haha..
Baru je nak landing kepala atas katil, datang pula Dr.
Liyana. Manis orangnya, haha.. Dee siap gurau lagi dengan doc tu. Doc pun
cerita untuk elak rasa sakit yang teramat masa ambil darah tu,haha.. cehh,
padahal sakit sikit je pun, see I still alive. Doc tu baru balik dari Rusia tau
sebulan lepas. Best kot study oversea. Tapi doc kata study dalam negara sendiri
lagi best dekat dengan family. Tapi kagum la tengok doc tu dengan bekerja
sebagai doctor dan sanggup berkorban untuk patient dia 24:7. Terbaikkk la. Tapi
lepas selesai ambil darah tu rasa lah jugak denyut2. Ye lah kan, orang jarang,
kita yang kurang derma darah. Bukan apa lah kan, takut nanti kita derma kat orang
lain kita pulak yang kekurangan darah, haha.. Kita ni dah la penghidap anemia,
hoho..
Petang tu nak solat asar, terpaksa menapak dari tingkat 5 ke
tingkat 1 tapi guna lif la, haha.. Everybody looks weird at me you know? Takut pulak
kita rasa, haha.. Tercari cari surau, akhirnya sampai jugak. Fuhh, letihnya *
peluh menitis* tipu je, haha.. Masuk je surau solat semua then keluar. Masa dah
keluar tu ada pulak sorang akak tu tanya kat kita, ”baru lepas bersalin ke?” Kita
apa lagi terkejut jugak kenapa soalan tu yang mesti akak tu tanya. Why?? Erk,
kita pun nak telan air liur macam tak tertelan dah dia tanya soalan cepumas tu.
Dee pun cakap kat akak tu, “eh, tak la kak. Saya belum kahwin lagi, hee” Akak
tu pun say sorry then gelak2. Oh, mentang2 kita nampak serebeh, tak terurus
then she judge me like that? aigoo.. Tak kan lah orang baru lepas bersalin dah
boleh solat. Kan pelik tu?? Haish..
Cukup lah rasanya sampai di sini dahulu. Dee sambung kemudian ya. Jangan ketinggalan scene dee seterusnya di dewan pembedahan, ahakz.. Perasaan macam ateris je kan, haha.. Tak lupa juga pada makanan hospital yang sedap2 belaka yang cuma dijamah hanya 3 sudu..haha
>> Thanks for reading..