Monday 25 November 2013

Complicated Feeling

ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua!! Cehh, tajuk macam complicated je. Dah macam status feeling. Tapi bukan ya! Kamu salah. haha.. hmm, 27 Nov ni dah nak daftar balik dan mungkin juga akan jadi hari terakhir dee post entry kali ni. *sobs,, sobs* huargghhh. Eh, jangan lah nangis. Ee, tak malu dah besar-besar nangis. Dee tak pergi mana2 la. haha.. Dee saja je tadi. Drama queen la katakan. Erk? Sejak bila? haha..*macam pelik je dengar* 

Actually nak lah berdrama queen seketika. haha.. Nanti mesti akan jadi jarang update dah. I'm gonna miss u my blog *sobs.. Macam rindu orang pulak. Padahal nak cakap yang nanti akan rindu nak post kat blog je. haha..

Eh, nak tahu tak? Dee rasa macam tak nak balik. Barang pun tak kemas lagi. hihi.. Siapa yang boleh tolong dee kemaskan barang?? Pleaseeee.. *muka manja* haha. Nampak tak kat situ permainan nya? huhu..

Haish, tak tahu lah nak kata macam mana perasaan ni. (boring + sedih + tak suka + lelah) je rasanya. hmmm, kenapa macam ni ek? pelik la. tak sedap hati pulak rasa nya..

Mungkin ini akan jadi hari perpisahan buat kita semua. Seriously, macam nak pergi jauh je sangat. Oleh tu dee susuli post terakhir ni dengan lagu abang2 dee ny ya. hee, peace yo!!



>> Thanks for reading..

Saturday 23 November 2013

Menghitung Hari

ASSALAMUALAIKUM..


Hello peeps!! Who’s there? Anybody home?? haha.. tinggal 4 hari lagi dee dah nak balik ke poli. Sobs~ ni yang nak nyanyi ni, “ menghitung hari detik demi detik,la la la..” hee. Suram la rumah bila dah balik. Tak riuh macam dee ada. Kesian jugak dekat mak dengan abah tinggal la berdua je lagi. Insyaallah dengan semangat yang baru, penampilan yang baru serta kekuatan yang baru untuk semester yang baru. Ha, cuba teka sem berapa?? Ada yang tahu, ada yang tak tahu kan? Okay tak nak bagi tahu lah. Haha..

Sekarang ni still rasa tak bersedia lagi to futher my study. Makkkk!! I don’t want at all. I just want to married!! Erk?? Ape ni? Yang itu lagi lah langsung tak bersedia. Still o.7% cecair otak yang baru ada tersedia bagi memeikirkan hal itu. Hihi.. “ Insyaallah I’ll do better for sake of my future life and our family, mom “ aminn.. Alhamdulilah pointer untuk sem 2 mencapai piawaian. Tak sangka pun yang akan dapat macam tu. Tapi seriously, kalau boleh nak rendah sikit daripada sem lepas.. tak lah nanti dah naik bukit tinggi2 pastu tergolek. Masa tu sakit. Belum lagi dengan pressure. Apepun alhamdulilah, syukur kepada Allah yang memberikan diri ini kejayaan. Even family dee tak ada bagi present or wish of my effort, I’m happy. Walaupun kadang rasa sedih tengok family kita tak macam orang lain belikan itu belikan ini untuk anak dia. Dee selalu ingat mak pesan “ kita bukan senang macam orang lain, sentiasalah bersyukur dik. Satu hari, insyaallah berkat doa dan usaha kita, Allah tu akan beri pada hambaNya ” * sobs,,sob * Masa tu tak payah cakap la kan terus diam dan terkedu. Air mata pun bergenang je dah, elak banjir je la. Haha..

Nak tahu tak? Mak dee kan selalu cakap “ nanti dah berjaya nak beli apa pun beli lah! Tak ada siapa nak marah “ katanya. Hihi.. Whatever it is, I love my life and my family especially my mom. Dia lah sumber inspirasi hidupku. Semoga dee akan jadi macam mak satu hari nanti. Tapi walaupun family dee tak ada cakap apa2, jauh dalam sudut hati mereka appreciate dee. The reasons why, mungkin mereka tak nak dee bangga diri kot. Dee pun tak bangga sangat. Cukup lah sekadar berbesar hati. Hihi.. Nak dibanggakan buat apa, sementara je kot. Dee pun tak suka dibanggakan. Ku terima apa adanya. Cewahh ayat. Haha..


>> Thanks for reading..

Wednesday 20 November 2013

BFF Lama

ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua!! Apa kahabar? Diharap sihat la ya. Mana yang tak sihat tu, ha cepat2 la ya ke klinik atau hospital berdekatan. Hihi.. ha, ape yang korang dok senyum2 tu? Sengih sorang2. Haha.. dee yang type ni pun buat dalam senyuman tahu tak. Dah tu sambil dengar lagu Maher Zain yang tajuknya My Little Girl. Hee.. Best tau lagu ni. Cuba korang dengar. First time dengar lagu ni terus terpikat dan tercari- cari apakah tajuk lagu ni. Haha.. Siapakah gerangan yang menyanyikan tak payah cari lah da. Kenal benor dah dengan suara MZ tu. Ceh, sebenarnya tak ada kaitan dengan apa yang dee nak ceritakan pun. Haha..

Actually dee nak citer pasal bff merangkap bf dee ni yang dah lama lost contact. Sekarang dia kat METC di Subang. Almost 2 years dah tak jumpa dia.. ha, bf je okay. Bukan special bf ya.. Tapi ada la jugak text dalam masa dua tahun tu lama dulu la. Lately ni, entah macam mana dee text ramai kawan2 dee. then dia reply. Haha.. di situlah bermulanya kembali jejak kasih kami. Kelakar gila + happy dapat dengar khabar dia. Then kami chatting sampai dia kata tak apa kot tidur lambat sebab dah lama tak sembang dengan kita. Lagipun kelas dia pukul 2 p.m.. terharu beb kita dengar. Tu la mana taknya bukan reti nak tanya khabar kita ke apa ke kan? Kita ni lah jugak yang cari kawan2 lama. Hmm..

Then dee ajak dia hang out. Ceh, macam boleh keluar je kan? Haha.. dan2 nak keluar. Dee ajak la dia ke sunway. Dee pun nak pergi sunway sebab da lama tak main ice skatting. Rindu ma!! Haha. Tapi dia cakap tak nak sebab kalau pergi pun bukan dia boleh main sebab tak pandai. Dee pun cakap, kalau macam tu tak kisah la mana2 yang penting orang tu belanja kita. Ahakz.. yeayy!! Bukan senang nak jumpa kita. So kalau dah jumpa kena lah belanja kita sekali. Haha..

Pastu dia cakap setakat window shopping tu boleh la tapi kalau nak belanja shopping tak boleh la. 5 tahun lagi boleh kot tunggu dah kerja. Haha.. dee pun cakap “tak apa lah aku tunggu jugak kau belanja”. Then dia kata “eleh, nanti kau dah kahwin”. Nak tahu dia kata apa? “tak payah la aku belanja kalau kau dah kahwin. Suruh En. Hubby kau je belanja”. Haha.. alaa, 5 tahun lagi dee baru 25 kot. Hihi.. dee pun kata, “kalau kat my hubby tu of course la semua I minta. Order je nak yang mana” haha.. macam kahwin dengan anak dato’ mana je. Huhu.. Nampak tak kat situ yang dee ni agak materialistic?? Haha.. tu la permainan perempuan katanya, sekejap macam tu, sekejap macam ni. Hee.. Okay lah tu kan.. brader2 kat luar tu yang nak kahwin nanti, tebalkan poket anda sebanyak yang mungkin ya. Kami wanita2 ni memang perlukan semua itu. Haha.. tang ni dee amat menyokong dan menjadi penyokong kepada kaum wanita. Ahakz.. eh?? Hahaha..


>> Thanks for reading..

Debaran Menanti

ASSALAMUALIKUM..


Rasa debaran kian terasa. Haha.. hambek kau!! Sebelum ni relax habis, sekali result coming kecut semua rasanya. Macam mana lah agaknya result dee ya? Ya Allah kuatkanlah aku dengan segala kebenaran keputusan yang akan keluar nanti dan berikanlah ketabahan hati pada hamba-Mu ini. Makkkk!! Maaf ya kalau anakmu ini kecundang pada kali ini. Mungkin anakmu ini bukanlah yang terbaik untuk mak dan abah, tapi anakmu ini telah cuba untuk menjadi yang terbaik. Even ada orang kata tak ada manusia yang perfect, tapi sekurang- kurangnya kita dah cuba untuk jadi perfect. That’s it.. *sob,,sob*

Nak tahu tak?? Kadang-kadang dee terfikir. Orang yang susah tu boleh berjaya dibandingkan dengan orang yang macam kita ni kurang berjaya. Mesti tahu kan kenapa? Sebabnya kita ni dah diberikan segala kemewahan, kesenangan, pelajaran, kehidupan yang baik tapi kita lupa bersyukur kepada Nya. Bukan nak menunjuk yang kita ni baik ya. Tapi dee cakap ni jugak untuk mengingatkan diri dee ni yang selalu lupa bersyukur kepada Allah s.w.t. Dee kadang lalai dengan kehidupan dunia ni sampai terlupa akan akhirat kelak. Semoga kita sama2 sedar dan dapat perbaiki akhlak supaya menuju ke jalan yang benar. Amin. Hee.. Agak sentap pulak lah ayat ni. Yer la mana taknya, typing sambil dengar lagu nasyid. Tu yang timbul rasa keinsafan tu. Haha..

Last but not least, azam sempena tahun hijrah 1435H yang baru masuk hari tu, dee berazam nak jadi anak yang solehah kepada mak dan abah. Mungkin benar dalam diri ini tak ada apa yang dapat dibanggakan tetapi memang tu lah yang dee nak pun. Haha.. entah pape aku merepek ni dah. Haha.. Semoga diri ini dapat berbakti kepada kedua permata hati dee, umi dan abi.


>> Thanks for reading..

Monday 18 November 2013

My Whole Day

ASSALAMUALAIKUM..


What's up what's up!! haha.. Hari terasa nak update banyak2 pula. hee.. Tinggal 9 hari je lagi dee dah nak balik ke poli. huargghhh *sob,,sob*

21st Nov result coming. Alamakkk!! Apa lah agaknya keputusan tu ek?? Adakah nasib menyebelahiku?? haih, banyak pula persoalan yang bermain diminda ni. haha.. Ni yang rasa nak nyanyi lagu najwa ni. hee..

Tadi kak kepochi call kita. Terkejut kita tak pernah2 nak call sepanjang cuti tetiba dia call. haha.. Rupa2 nya ada udang di sebalik mee bandung. Eh? mee bandung pula perginya sudah. haha.. Cuma nak tanya kita dah bayar yuran ke belum? haish.. tapi sebelum dia call kita tu dia call cik abang dia. Pastu baru ingat nak call kita. Hmm..

Tapi nak cakap yang hari ni dee sangat aktif di dapur. haha.. tak tahu lah dek sampuk apa terajin pula nak buat macam2. Tadi buat cekodok manis, cekodok bawang dan meehun goreng. hee.. nyum2, tapi hmm tak ada pape lah..haha


>> Thanks for reading..

Cerita Semalam

ASSALAMUALAIKUM..


Hello everyone? How's the day today? hihi. Actually i'm in improvement. Practice makes perfect right?? That's why la dee guna omputih ni sekadar pembukaan tirai. cewahh. haha.. Semua dah start cuti sekolah. Hmm, best nya. Tapi bagi yang bekerja, hari cuti kamu semua akan ditangguhkan pada minggu hadapan pula. hihi..

Bila fikir2 balik, belajar dah bertahun, tapi English languange still tak improve. You know why? Hmm, i'm not use it in my daily life maybe. But when my crazy comes around i'll use it in chatting. Sampai ada kata dee ni tak sedar diri jadi orang melayu. Tapi salah ke? Am i wrong and not realize it? I just want to improve it. Whatever la to their perception. The most important thing, ignore them. Yeah, i'll fighting!! Kadang2 tu terpaksa lah juga guna google translate. tapi kalau terajin sikit tu, dee buka lah kamus. hihi.. da tua macam ni pun buka kamus lagi tau. baru tersedar dari lena yang panjang lah katakan. haha..

Last night i'm chatting with thay guy. He looks weird at me cause i'm text in english. Even he said to use malay and i say yes, but it still have mixed. haha.. I just laughing and ignore him. Then, he surrender to use English. Bila kami chatting, dee gurau la yang dee dah kahwin tapi masa kecik2 dulu. then, he said " main kahwin2 masa tadika dulu ke? " I laugh and sad yes. He continue his question about the bride. Dee pun cakap lah yang dee lah yang duduk kat sebelah dia tu. haha.. dia pun kata " lama i cari u, mana u hilang?? " tak sampai hati pulak dee tengok, dee pun kata " no la. i'm not your bride and i dont know u " haha.. Bersungguh-sungguh dia nak tahu, akhirnya dapat tahu jawapan yang agak mengecewakan. hee, sory la bro. i'm just teasing u je la. i'm sorry. Now, we are friend. Kami buddies. Tapi tak tahu lah pulak terpisah atau takkan terpisah. haha.. tapi betul tau masa kecik2 ada main kahwin2 cuma bukan dengan that guy la. dee main kahwin2 tu dengan jiran kat bawah pokok kelapa. hihi.. nasib tak ada buah kepala yang jatuh. Eh?buah kelapa laa..hee


>> Thanks for reading..

Friday 15 November 2013

Makanan Yang Baik & Buruk Sebelum Tidur

ASSALAMUALAIKUM..



Mengaku sajalah bahawa kadang-kadang sebelum masuk tidur, terbit satu perasaan di mana anda mahu makan sesuatu yang lazat dan menikmatinya di depan TV. Namun begitu, kebanyakan makanan tersebut tidak sesuai untuk di makan pada waktu tengah malam dan akan meyebabkan berat badan anda naik. Sangat tidak meyeronokkan, bukan?

Jangan risau kerana dee ada senaraikan beberapa makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengawal berat badan seperti berikut:



Ceri 
Antara makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengurangkan berat badan adalah ceri. Ia adalah salah satu daripada makanan semulajadi yang mengandungi melatonin yang mana membantu mengawal 'masa badan'. Ceri, buah yang manis dan segar, dan jika anda mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki keadaan anda.

Susu 
Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, satu fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi 'tryptophan', sejenis asid amino yang merupakan pelopor serotonin.

Beras 'Jasmine' 
Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Nah, inilah jawapannya, beras 'jasmine'. Badan anda akan mencernanya perlahan-lahan, dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah .



Bijirin 


Bijirin adalah satu makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan anda. Anda boleh mencuba bijirin yang berasaskan gandum, quinoa atau barli, dan campurkan mereka dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.



Pisang 


Pisang juga bagus untuk dimakan sebelum tidur. Ini kerana pisang mengandungi magnesium dan potassium yang akan membantu merehatkan otot. Tambahan lagi, potassium. Kita perlu kalium untuk kesihatan kardiovaskular dan fungsi kognitif.


Sudah tentu, anda semua pernah ambil makanan yang tidak sihat sebeleum tidur bukan? So, selepas ini boleh la dielakkkan ya. Antara makanan yang harus dielakkan sebelum tidur seperti berikut:

Pasta 


Ya, pasta. Walaupun ia merupakan makanan yang sangat lazat dan cepat untuk disediakan sebelum tidur, tetapi sudah pasti ia bukan makanan yang ideal untuk dimakan pada waktu malam. Elakkan untuk memakan pasta sebelum tidur kerana ia boleh menaikkan berat anda. Anda juga perlu tahu bahawa pasta turut mempunyai indeks glisemik tinggi, yang bermakna bahawa ia akan melambatkan tidur anda, mengacau keseimbangan tahap gula dalam darah anda dan mungkin akan menyebabkan anda bangun pada tengah malam.



Ais krim 


Kadang-kadang, anda akan mengidamkan semangkuk besar ais krim yang lazat. Nah, seharusnya anda perlu berfikir dua kali sebelum membuka peti ais, kerana ais krim sangat sarat dengan lemak. Gula yang terkandung dalam ais krim akan memberikan badan anda tenaga yang agak banyak, sekali gus melambatkan tidur lalu menjadikannya sebagai lemak. Selain itu, ia telah mendapati bahawa pengambilan makanan gula yang tinggi boleh menyebabkan mimpi buruk , jadi, walaupun rasa mungkin memberi anda keselesaan, keputusan tidak sihat pada semua.



Saderi 
Saderi merupakan bahan diuretik semulajadi yang akan membuatkan anda berulang-alik ke bilik air pada waktu malam. Sudah tentu, anda perlu makan sayur-sayuran kerana mereka kaya dengan nutrien. Walau bagaimanapun, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kesan diuretik, seperti saderi.



Coklat gelap 


Senario tipikal di mana anda duduk di depan TV dan anda akan mula mengidam untuk makan coklat. Tidak dapat disangkal lagi bahawa coklat gelap amat lazat, tetapi ia mengandungi kafein yang mungkin akan mengganggu tidur anda. Selain itu, coklat gelap juga mempunyai perangsang seperti theobromine yang mana akan membuatkan jantung anda berdegup laju kadang-kala.

Piza 
Anda harus berfikir dua kali sebelum membuat pesanan beberapa piza sebelum tidur kerana perut anda, serta seluruh badan anda, perlu berehat sebelum tidur dan sudah semestinya piza bukan makanan ringan sama sekali. Sos tomato mempunyai tahap keasidan yang tinggi, satu lagi pemangkin untuk refluks asid. Anda disyorkan untuk mengelakkan piza supaya tidur anda tidak akan terganggu.

That's all for healthy diet tips. So, after this make sure you control yourself. Just remind before its getting worse.



>> Thanks for reading..