Monday, 30 December 2013

Aisya Humaira

ASSALAMUALAIKUM..


Selamat malam, hee.. Hai semua!! Pemilik blog litretears terasa ingin mengupdate pula malam ni, haha.. Actually tengah kebosanan jugak la. Terasa nak update pasal Aisya Humaira pulak, hee.. Nak buat kerja tak sihat sangat lagi. Tu yang kena duduk diam2 je ni, huhu.. Lepas je solat tadi buka lagu2 yang berunsur kerohanian biar bagi sedar sikit yang kita ni banyak kekurangan *cakap dalam hati*haha..


Buka2 youtube terus cari lagu Aisya Humaira. Best tau lagu tu. Dulu la masa mula2 dengar lagu tu terus terpikat dengan lagu daripada kumpulan nasyid UNIC tu. Dulu kumpulan tu ada 4 orang. Tapi sekarang 3 je kot yang tinggal atau pun ada penambahan ahli baru ke kan. Kita pun tak tahu la sebab tak berapa mengikuti perkembangan mereka. Dulu ada Bazli, Fitri, Wanshah dan Hafiz. Tapi sekarang Hafiz Hamidun kan dah bergerak solo. So, tak tahu lah pulak sekarang macam mana ya.

Bila dengar lagu Aisya Humaira ni tersentuh hati. Jauh di sudut hati yang paling dalam nak jadi macam Aisya Humaira. Subhanallah, besar sungguh nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Kadang2 terharu tengok pengorbanan orang2 kuat yang mempertahankan agama Allah iaitu agama Islam. Mereka tabah menghadapi semua tu. Dee pun terfikir kadang "kalau aku, mesti tak mampu nak menjadi seperti itu". Tak payah banyak la. Bukan tak mampu je malah tak layak. Bila diuji sikit je dah menyerah. Terasa malu pada Allah dan juga diri sendiri *dalam hati beristighfar*. Jadi sama2 lah kita hayati kisah pengorbanan Aisya Humaira >_<


***********

Aisya Humaira adalah suatu nama yang cukup sinonim dalam sejarah Islam. Seorang isteri yang taat kepada Allah SWT sebagi pencipta & suaminya, Rasulullah SAW yang banyak melalui segala badai untuk menyampaikan perintah daripada Yang Maha Esa. Kisah dirinya yang sangat menyentuh hati apabila Aisya difitnah bersekedudukan dengan Safwan setelah sekembalinya mereka dari peperangan dengan Bani Mustalaq oleh munafiqun yang mahu menjatuhkan Islam. Subhanallah..

Kaum munfiqun berkepala Abdullah bin Ubai bersorak gembira akan peluang itu untuk memburuk-burukkan Islam dan dirinya yang suci. Namun Rasulullah SAW hanya boleh terdiam diri sahaja disebabkan penangguhan wahyu pada ketika itu.

Fitnah yang meluas akhirnya hampir menundukkan kebenaran apabila Rasulullah SAW dinasihati secara qiasan oleh Ali RA untuk menceraikan Aisya dalam syura baginda bersama sahabat. Usamah pula menasihati baginda agar meneruskan saja tanpa memperdulikan fitnah dusta musuh Allah.

Dalam sudut yang lain, apabila Aisya mendapat tahu akan fitnah itu maka air mata pun mula bercucuran membasahi pipinya yang putih kemerahan dan tiadalah lena malam-malamnya sehingga Rasulullah menasihatinya;

"Cukuplah Aisya. Memang telah sampai ke pengetahuanku begini-begini. Sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu. Dan sekiranya kau bersalah, pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan menerima taubatnya itu."

Maka bercucuranlah lagi air matanya dan berkata;

"Demi Allah, aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya. Di sini ku berkata: daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengaku sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayainya sebagai suatu yang benar, apa lagi yang hendak aku buat selain dari berucap apa yang telah diucapkan oleh ayah Saidina Yusuf."

Dan Aisya pun melafazkan surah Yusuf ayat 18 yang bermaksud;

"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allah lah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu."

Dan tidak lama beberapa ketika selepas itu turunlah wahyu Allah dari surah an-Nur ayat 11 hingga 20 yang menyucikan kembali status Aisya dan Rasulullah lantas tersenyum sambil berkata;

"Wahai Aisya, kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda."

Pemergian Rasulullah SAW merupakan detik paling sedih buat Aisya setelah baginda dijempu plang oleh Allah SWT dipangkuan Aisya sendiri.

Namun diri ini tidaklah setabah Aisya Humaira, seorang Srikandi Islam yang teguh keimanannya, taatkan suaminya, sabar hatinya, mulia akhlaknya dan cukup indah zahirnya. Sedikit sebanyak semangat dan keteguhan beliau meniupkan sedikit roh ke dalam hati kecil ini. Semoga hati ini sentiasa tabah dan sabar..


>> Thanks for reading..