ASSALAMUALAIKUM..
Hai semua! Berjumpa kembali kita pada entry Lump Operation
part 2. Hehe.. Check it out!! Ha, pada entry lepas dee tak bagi tahu kan malam
harinya macam mana? Okay, nak bagi tahu la ni, haha..
Malam tu dee diarahkan puasa untuk mengelakkan patient muntah
selepas operation semasa tengah separuh sedar. Means bila patient sedar then
tengah mamai2 lagi tu. That’s why la dia tak bagi patient dia makan takut jugak
bila muntah ditakuti makanan akan masuk ke paru2. Kan bahaya tu. So untuk langkah
berjaga jaga, jangan bagi makan, haha.. Dee malam tu mula2 doc kata pukul 12
jangan makan lagi. Tapi doc bagi tahu semula yang masa makan dee sehingga pukul
2 pagi sebab dee patient kedua. Tapi tak payah tunggu pukul 2 pagi la. Pukul 10
lebih dah beradu dah pun, haha..
Then, dalam pukul 10 pagi dijangka dee akan masuk ke dalam
dewan bedah. Tunggu punya tunggu, tak sampai2 nurse yang handle. Jantung ni tak
tahu lah nak cakap macam mana kan. Nervous giler kot, haha.. rasa macam nak
tercabut pun ada dah. Dalam pukul 10.45 pagi nurse datang bawa baju operation. Huh,
cemas kot masa yang dinanti dah tiba *berpeluh cik oi* haha..
Bila mana dah ready pakai cap semua, nurse suruh naik kat
katil yang disediakan. Bersedia untuk disorong ke dewan bedah, hoho.. Masa tu
spec semua tinggal. So masa nurse dan attendant tolak tu, dee tak nampak apa2
pun, haha.. Tapi macam perasan yang semua orang tengok kita. Mesti mereka
cakap, muda2 lagi dah nak operate. Hmm, ye lah ingat kita nak ke kena operate
macam ni ha? Dah Allah tu nak bagi sakit,
redha je lah kan. Terima dengan hati terbuka, betul tak?? Haha.. Kuat
betul imaginasi kan? Hee..
Masa dah sampai dewan bedah, dikumpulkan semua patient yang
akan dibedah mengikut giliran masing2.
Dee patient kedua. Delay dalam sejam
jugak kot. Sebab dee pun tak thud ah pukul berapa. Masa dee masuk operation tu
akak cakap pukul 12 tengahari doc bagi tahu dia. Masuk je bilik bedah, fuhh
nampak dah lampu yang bahagian atas masa buat operation tu. Masa tu dah redha
andai kata pergi dulu, haha.. Then doc siapkan semua peralatan, masuk air dan
bagi bius. Lepas je doc bagi bius tu dee terus tak sedar. Sebab bius satu badan
kan.
Sedar2 nama dee dipanggil untuk berehat di luar bilik bedah,
ruang menunggu lah gitu bagi menunggu patient 50% sedar kot. Haha.. Masa tu
rasa sakit, dan ada apa benda entah kat lengan dengan yang macam penyepit baju
tu kat jari, muehehe.. Half an hour later kot, nurse sorong naik ke wad. Masa tu
serius letih giler, macam tak cukup tenaga. Nak cakap pun macam tak mampu,
haha. Then, pindah katil sendiri. Nurse pun suruh tukar baju tapi dee kata
nanti. So, dia pun beredar buat kerja dia, tapi before tu sempat la suruh dia
pakaikan tudung kat kepala, hehe.. Lepas je dari tu, dee terus tak sedar. Sedar2
dah pukul 4.30 petang. Masa tu jugak family dee pun sampai, haha..
Lepas sedar sepenuhnya terus nak makan bubur yang ada akak
beli kat café. Dalam pukul 5 lebih kot, doc datang dan bagitahu yang deed ah boleh
keluar.. Hoorey!! Boleh balik *rasa nak melompat, haha* Cukuplah menjadi
pesakit selama 1 malam. Nanti lama2 lagi mahal, ha siapa nak bayarkan. Lainlah boypren
anak dato’, haha.. Berakirlah shooting dee di HUKM, ahakz.. Tu lah ceritera
cinta selama dee di hospital. Eh, cinta ke?? Haha. Alhamdulilah syukur kepada Allah
operation semua berjalan dengan lancar.
>> Thanks for reading..
>> Thanks for reading..