Sunday 15 June 2014

Kesabaran Yang Diduga

ASSALAMUALAIKUM


Korang ada pergi pesta buku kat PWTC tu tak? So how's? Eh, korang rugi tau kalu tak pi. Next time pi okay. Dee ada la pi dengan my sis yg preggy 7 bulan tu ha. Tak bape syok la pi sekejap je tak dapat nak bersila kat lantai sambil baca buku, haha.. 

Kesian tengok my sis, dia pun macam tak larat dah. Kerusi pun tak sediakan banyak. Kasihan tengok kat ibu2 mengandung, ibu2 yang susukan anak, atok2 dan nenek. Diorang penat. Tapi nasib diorang tiada siapa yang peduli *drama sangat kan* Eh, bakal retis katakan? Kena la hebat dalam drama kan? Tak gitu? Ahakz..

Huhh! Penat giler kaki. Letih bebenor rasanya. Tumit tak payah kata la, dah berdenyut-denyut. Padahal muda lagi tu. Kalau dah tua nanti tak tahu la. Naik wheelchair barangkali, haha.. Ha? tak mau la, hikhik..

Kami masuklah ke tempat buku karangkraf, karya seni, penulisan2u dan lain2. Sem ni dapat voucher buku. So apa lagi, habiskan RM150 dan yang selebihnya dee bagi kat my sis untuk anak dia.

Tapi tahun ni, sikit sangat rasanya habiskan duit ke buku, haha. Tahun lepas voucher buku plus RM 200 cash lagi. Perghh, rabak tak rabak la. Abah tak payah cakap la membebel dia, mengalahkan mak, huhu.. Dia kata habiskan banyak sangat, hee..
Majalah libur dan buku motivasi
Dapat beli 6 buah novel je -,-
Best seller tau buku ni dan kagum lihat personalitinya
Tapi sengsaranya masa nak balik. Kami naik LRT je. Sebab kalau naik kereta, kompom jem. Mahu tak sampai2 rumah karang. Nak beli coin untuk my sis dengan anak sedara dee punyalah panjang barisan. 

Dee pakai kad, so tak pikir apa la kan. Penuh kesabaran my sis menunggu sebab dia dah tak larat. Tapi bagus tau untuk orang yang preggy kalau banyak bergerak. Nanti mudah masa nak melahirkan. Ha, petua tu tau, ahakz..

Kesabaran dee tak payah kata la, nak meletup rasanya. Nampak nyo tak sabar kan dee ni, haha. Nasiblah ada dapat rasa sikit kipas plus tak dapat tak dapat sebab orang tinggi lindung dee yang sangat comel ni, brrrr. Hahaha.. Ada orang tu kata "kalau kita tak angkat bakul kita sendiri, siapa lagi  yang nak angkatkan kan? So what? Angkat je lah. Bhahaha..


>> Thanks for reading..

Jelajah Muadzam

ASSLAMUALAIKUM


Ha tajuk entry kali ni nak cerita tentang tempat di muadzam. Antara tarikan yang ada, dee sendiri pun tak tahu ialah tasik biru. Dah nama pun tasik biru tak kan warna merah pulak kan? Ha, mesti lah warna biru tak? So, nak dijadikan cerita, dee tak pernah sampai ke tasik biru ni lagi even dah 1 tahun setengah menetap di Muadzam Shah. Sedih je kan? Lagi2 orang macam dee ni tak pernah sampai ke tasik biru tu, huhu..

Ini betul ke bohong? Bukan la, ni bukan rancangan betul ke bohong tapi benda ni memang betul. Tak bohong punya! Seriously dee first time sampai tengok macam hutan je. Dah nama pun Muadzam Shah kan? Bandarnya pun belum membangun sangat. Disebabkan Muadzam Shah tu pusat pendidikan la sekarang ni dah ada sedikit demi sedikit kemajuan yang dibangunkan.

Nak tahu dee pi dengan sapa? Ha, sapa lagi marka ceq la. Eh2 bukan la. Hang jangan dok pandai2 na. Ceq takda marka lagi. Dee pi dengan kawan su la. First time jumpa takut la jugak nak cakap2 sekali pecah perut dengan kawan su tu. Ha? Namanya sape? 

Hmm, tettt nanti su marah, haha.. First place kami ke tasik biru. Oh lupa nak habaq, ceq pi sekali dengan kak Aida@applehijau-aida.blogspot.com Serius cantik gilerr. Sesungguhnya hebat sungguh ciptaan Tuhan tu. “Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah allahuakbar” rasa tenang sangat.

Then kami meneruskan perjalanan ke Pantai Lanjut yang terletak di Rompin. Even cuaca panas tapi tak menghalang kami untuk menjejakkan kai ke sana. Berselfie bagai. Agak2 dah puas tengok laut tu pun kami pulang. Perut pun macam terasa lapar jugak la. Tapi mungkin destinasi seterusnya kita akan pergi makan, haha..

Now, we are here! Pizza Hut Muadzam Shah. Mula2 masuk rasa macam tak caye yang muadzam dah ada pizza. Eh, Kfc pun ada tau! Mentang2 kami dah nak praktikal baru nak ada macam2. Hmm, apa nak buat. Haha.. Kami makan kat situ jugak. Karang bawak balik, tak rasa nikmat pizza tu lagi, huhu.. 


Tapi tempatnya kecik sangat. Kami berempat pun dah kecoh. So setting2 la sendiri apa2 yang patut. Itulah perjalanan kami sebagai student di akhir sem dan itu sempena memenuhi kehendak kawan baru kami yang di sem last dia di muadzam. 
By the way, thanks ya bawak kami. He said to su “ tak sangka kawan2 awak ni giler2 rupanya, best keluar dengan diorang, haha”. Actually rupanya perangai kami berempat sama, masing2 ‘ gonjol’ kata orang jawa. Well! Malas je nak tunjuk, hikhik..


>> Thanks for reading..

Friday 13 June 2014

Abah Jantung Hatiku

ASSALAMUALAIKUM


Hai semua ! Bacalah dan hayatinya.

APA ANDA TAHU TENTANG SEORANG AYAH ??


Mungkin Ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadakan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya," Telefon kah anak kita tu? Tanya dia macam mana kerja.."

Semasa kecil, ibu yang lebih mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "Kan ayah dah kata jangan main hujan?? Kan ayah dah bagitau, jangan minum air sejukk??" Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "Tidak Boleh!" Sedarkah kita bahawa ayah ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang sentiasa menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau. Ayah marah kita. Tahukah kita yang ayah tak nak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Disaat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya.

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga. Walaupun kadang2 ayah macam buat tak tahu, tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita.
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.."

Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya". Setelah itu, ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak kuat untuk menjaga kita. Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. 
Apakan kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah? Adakah itu alasan untuk kita benci dia? Percayalah, dia orang yang paling rindukan kita walaupun kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita. 

Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah? Apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??
"JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI"

Hargailah pada sesiapa yg masih punyai ayah. Terima kasih kepada mak dan abah yang telah membesarkanku. I LOVE YOU TWO !!
Inilah abah dee, Encik Esa yang disayangi selalu
Nampak garang kan? Boleh tahan la kecut perut kena marah

>> Thanks for reading..

Monday 9 June 2014

20th Sanah Helwah

ASSALAMUALAIKUM


Hai semua! Dah berapa hari dee menyepi dan tak menghadap lappy. Actually dee tengah marathon ni menghabiskan novel2 yang dee beli masa pesta buku hari tu, hee..

Cuti sekolah dah startkan? So ke mana je plan korang? #kekoreakekita. Eh? Haha.. Teringat wak doyok dengan myo. Lawak gilerr. Tak kering gusi tengok diorang. Hmm, dee ke korea? Haha. Dee tunggu sape2 je la yang sudi bawak dee. Boleh? Nak la tahu jugak the real korea kan. Selama ni tengok kat tv je. Haha..

Topik dee kali ni sebenarnya tentang Hari Lahir. So siapa yang birthday dia jatuh masa cuti ni, best la kan! Dapat gathering dengan family. Sambut sama2. Kadang2 someone tu tak perlukan hadiah tau. Cuma perhatian yang diorang nak.

Kebiasaannya, orang yang berkemampuan lebih nak kan perhatian dan orang yang susah sikit selalunya mengharapkan hadiah. Kenapa ek? Tak semua la macam tu. Tapi hmm entah la.. haha. Dee tengok drama macam tu. Orang kata tu drama je. Tapi reality pun ada la. Sapa kata tak ada? Kita je yang tak pernah jumpa.

By the way, birthday dee dah sebulan yang lepas. Baru dan nak update. Hehe.. Dah tua sikit la sebab dah jejak angka 20-an kan. But still too young and ada banyak lagi misi yang perlu diselesaikan. Ha, misi x-xray kah? Hee.. 

Dee punya birthday 1 April lepas. Biasanya tak sambut mana pun. Just kawan2 je yang sibuk sangat kan. Tapi apa pun dee hargai sanagt. Thanks to them. Dulu masa budak2 teruja sangat nak sambut birthday. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa ni, tak teruja langsung, boleh ke macam tu? Haha..

Tepat 1 April 12am, kawan2 datang bilik dee. Masa tu tengah nak final da. So diorang ketuk bagai nak roboh pintu bilik, haha.. Almaklumlah dee pakai earphone kan, so tak dengar la. Dah tu terlelap pulak sambil pegang note.

Dee masa tu macam rasa dekat gua. Tiba2 macam nak runtuh ke roboh gitu tu yang tersedar, haha.. Entah ape2 je mimpi. Tu la akibatnya tidur tak baca doa. Bila tersedar ada orang ketuk2 tu yang buka. Dee tak kata apa la kan. Baru bangun tidur. Tu yang macam mamai sikit.

Actually dee speechless sangat malam tu. Mana tak nya kita bangun2 je orang terjah masuk. Sampai kena paksa suruh tiup lilin. Last2 diorang yang potong kek tu sendiri, haha.. Dee masa tu da tarik balik selimut. Tapi diorang paksa jugak bangun sambut sama2. Thank you so much all my dearest =D

Last but not least, tak sangka ada orang bagi kita present. Nak tahu apa? Ha dee dapat kurma dan note book. “Hai der, bagi note book nak perli ke apa sebenarnya?” haha.. Mentang2 kita S/U tak terhormat. Nak suruh buat macam2. Saje je nak kenakan kita. Okaylah sampai sini dulu. I love my friends. Thanks again and too appreciate what they've done for me. Peace yoww!! 


>> Thanks for reading..