Tuesday, 24 December 2013

Serba Salah bukan Serba Satu

ASSALAMUALAIKUM..


Bismillahirahmanirrrahim.. Alhamdulilah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini masih dikurniakan kesihatan yang baik. Subhanallah. Terharu rasanya. Countdown for 2 days more. Macam mana lah rasa agaknya orang yang seumur hidup mereka menjadikan hospital  tu rumah kedua mereka ya??Tertanya-tanya pulak kita sehingga sampai tahap mereka dah lali dengan semua tu. Kasihan nya mereka. Kita ni yang sihat kadang sering alpa untuk bersukur. Agak kasihan dan sedih la jugak di situ. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan kehidupan kita semua. Amin..

Actually sekarang ni dee tengah semester break. Tapi banyak sangat presentation yang perlu disediakan selepas naik cuti. Even cuti seminggu tapi tetap tak cukup, haha.. Folia yang nak di hantar lain. Role play lain. Test lagi. Ni nanti dee tak ada. Kesian jugak kat kawan2 yang terpaksa present. Ha, actually bukan saja2 nak cuti ya. Dee cuti untuk sementara waktu. Cukup risau jugak la sekarang ni apa lah yang akan jadi. Senantiasa bermain kat fikiran ni soalan "nanti macam mana? kerja macam mana?" hmm, harap2 semuanya ok lah. Tapi serious, even dee cuti hati seolah tak rela bercuti, haha.. tu lah manusia, tak bersyukur langsung especially dee. Cuti salah tak cuti pun salah, hee..

Bukan apa, tak ada lah nak kata kita ni bagus ke ape cuma rasa agak bersalah sebab tak buat kerja. Ha, bukan serba satu pulak ya. Sebab masalahnya bukan satu tapi banyak, haha.. Bagi dee, kerja yang dee patut buat tu adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. So kalau tak buat tu rasa macam bersalah sangat kadang sampai macam rasa berdosanya, haha.. pelik2 je dee ni kan. Tapi dee tahu, tanpa dee pun diorang semua boleh buat kerja malah mungkin akan lebih bagus dan excellent. Harap ada sefahaman antara mereka. Dee terkilan jugak la, terpaksa membiarkan kerja2 dee diorang buat. Tapi tetap jugak susah hati. Tak tahu lah nak kata perasaan tu macam mana. Tak tenang hati ni. Subhanallah, dee tak tahu macam mana nak balas pengorbanan yang diorang lakukan untuk dee. Hanya doa ku titipkan bagi mereka yang banyak membantuku tak kira susah atau senang. SAYANG korang semua!!

Lagi satu perkara yang membebankan fikiran sekarang ni tentang program anak angkat di Felda Chemomoi Triang, Pahang yang akan dibuat pada cuti sem yang kedua nanti. Dah la hari tu pergi jumpa ketua kampung tak cakap apa2. Sepatutnya sebagai S/U kena lah sumbangkan sedikit pendapat bagi melengkapkan meeting, haha.. Habis pengerusi pun tak kata apa2 inikan lagi S/U, terus bisu. haha.. Siapakah gerangan Pengerusi itu?? haha. Harap Pengerusi, timbalan, penolong dan S/U lelaki dapat bersama-sama menyiapkan kertas kerja itu. Terima kasih kerana faham akan situasi yang dee lalui nanti. Maaf sangat kerana tidak dapat menyumbangkan tenaga serta membantu kalian semua -_-


>> Thanks for reading..