Sunday, 15 June 2014

Jelajah Muadzam

ASSLAMUALAIKUM


Ha tajuk entry kali ni nak cerita tentang tempat di muadzam. Antara tarikan yang ada, dee sendiri pun tak tahu ialah tasik biru. Dah nama pun tasik biru tak kan warna merah pulak kan? Ha, mesti lah warna biru tak? So, nak dijadikan cerita, dee tak pernah sampai ke tasik biru ni lagi even dah 1 tahun setengah menetap di Muadzam Shah. Sedih je kan? Lagi2 orang macam dee ni tak pernah sampai ke tasik biru tu, huhu..

Ini betul ke bohong? Bukan la, ni bukan rancangan betul ke bohong tapi benda ni memang betul. Tak bohong punya! Seriously dee first time sampai tengok macam hutan je. Dah nama pun Muadzam Shah kan? Bandarnya pun belum membangun sangat. Disebabkan Muadzam Shah tu pusat pendidikan la sekarang ni dah ada sedikit demi sedikit kemajuan yang dibangunkan.

Nak tahu dee pi dengan sapa? Ha, sapa lagi marka ceq la. Eh2 bukan la. Hang jangan dok pandai2 na. Ceq takda marka lagi. Dee pi dengan kawan su la. First time jumpa takut la jugak nak cakap2 sekali pecah perut dengan kawan su tu. Ha? Namanya sape? 

Hmm, tettt nanti su marah, haha.. First place kami ke tasik biru. Oh lupa nak habaq, ceq pi sekali dengan kak Aida@applehijau-aida.blogspot.com Serius cantik gilerr. Sesungguhnya hebat sungguh ciptaan Tuhan tu. “Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah allahuakbar” rasa tenang sangat.

Then kami meneruskan perjalanan ke Pantai Lanjut yang terletak di Rompin. Even cuaca panas tapi tak menghalang kami untuk menjejakkan kai ke sana. Berselfie bagai. Agak2 dah puas tengok laut tu pun kami pulang. Perut pun macam terasa lapar jugak la. Tapi mungkin destinasi seterusnya kita akan pergi makan, haha..

Now, we are here! Pizza Hut Muadzam Shah. Mula2 masuk rasa macam tak caye yang muadzam dah ada pizza. Eh, Kfc pun ada tau! Mentang2 kami dah nak praktikal baru nak ada macam2. Hmm, apa nak buat. Haha.. Kami makan kat situ jugak. Karang bawak balik, tak rasa nikmat pizza tu lagi, huhu.. 


Tapi tempatnya kecik sangat. Kami berempat pun dah kecoh. So setting2 la sendiri apa2 yang patut. Itulah perjalanan kami sebagai student di akhir sem dan itu sempena memenuhi kehendak kawan baru kami yang di sem last dia di muadzam. 
By the way, thanks ya bawak kami. He said to su “ tak sangka kawan2 awak ni giler2 rupanya, best keluar dengan diorang, haha”. Actually rupanya perangai kami berempat sama, masing2 ‘ gonjol’ kata orang jawa. Well! Malas je nak tunjuk, hikhik..


>> Thanks for reading..