Sunday 25 August 2013

Wall Climbing in Kuantan

Assalamualaikum


Hi, i'm come back.. entry kali ni pasal wall climbing di Kuantan..hehe. ni bukan saja2 nak panjat yer.. manyak susah ma.. haha. dee dengan budak kelas Dup2 A dan Dup2 B pergi ke Kompleks Belia dan Sukan Kuantan Pahang untuk subjek teresterial bersama abah.. kami seramai 51 orang naik 1 buah bas poli ke kuantan.. dahsyat tak dahsyat..haha. dee duduk 3 orang 2 seat.. nasib kecik tiga2 orang..haha.. berhimpit la sikit.. cuma tak jadi nasi impit je lagi..huhu. 



Kami gerak dari PMS pukul 7.30 pagi.. dalam pukul 9.30 kami tiba di kuantan.. so abah decide untuk kelas Dup2 A buat dulu then baru Dup2 B.. dee dengan lala tak turun pun breakfast.. tu pun dah rasa macam fening2 lalat..haha.. lagi pun nanti kalau makan dee takut pulak termuntah.. dah tak dapat nak panjat.. so kitorang join la kelas Dup2 A.. dah la bawah terik nya matahari.. ingat kan dalam air cond la macam dalam tv tu..hehe.. rupa-rupanya indah khabar dari rupa.. kepeningan pun melanda dek terik matahari.. lagi pun mungkin tak cukup rest kot sebab ahad tu baru balik tioman. then isnin wall climbing.. haa, hambek kaw.. haha

Nak tahu tak? dee orang pertama yang lepas panjat sampai atas tu taw..huhu. even lepas tak tahu masa nak naik atas tu, masyaallah.. subhanallah.. semua la dee nak sebut.haha.. masa naik atas tu nak tahu tak dee panggil apa,,haha. dee panggil mak kat atas tu..''Maakk!! aaaaaa, Maakk!! aaaaaa.. bunyi macam nak menangis tapi tak nangis pun taw.. haha.. lepas je sampai atas terus je tanya "dah boleh lepas ke belum?' lepas je orang bawah kata dah boleh lepas,  terus lepas pastu  macam tak cukup nafas masa nak turun..haha.. orang bawah sibuk tanya  kenapa2.. ingat ada lelah ke apa ke..huhu.. rupa2 nya tak ada  pun just takut tu yang jadi macam tu..haha. alhamdulilah la dee dapat naik 10 panel.. syukur sangat.. wall climbing adalah sejarah dalam hidup dee terutama bagi orang yang tak pernah memanjat tinggi2 macam dee ni..haha


>> Thanks for reading..