Thursday 29 May 2014

Summary of Guiding

ASSALAMUALAIKUM


Hey semua! Buat apa tu? Huh? Tak ada buat apa2?? Betul ke ni? Okay cantek la tu. Boleh lah dee nak citer panjang lebaq na, haha.. Hari cuti dee pun dah nak habis. Sekarang pun dah  sampai penghujung Mei. Tapi tak habis2 update yang lepas punya.

Almaklumlah suri rumah sepenuh masa kan? Eh? Suri rumah ke? Heheh, belum lagi. Practice je. Bak kata pepatah jawa kata, ”practice make perfect”. Haha. Eh dah la. Intro entah hape2. Sampai lupa apa yang nak diceritakan.

Tourist Guiding Techniques is under my tourism subject. So dee dan kawan2 pilih untuk buat di Melaka. Kitorang semua stay kat hotel De Mawardah. Dekat je dengan dataran pahlawan. So kos per individu RM180. Tapi tu kira kasar je la dulu. Campur la sekali dengan duit kontigensi.

Penginapan kami..weeeeeee~
Ye lah takut lah kan kalau ada berlaku apa2 nanti senang. Tu pun ada yang merungut mahal sangat. Hmm, tak tau la nak habaq lagu mana. Dah kata student tourism, sediakan lah duit tu untuk keperluan pelajaran. Jangan lah beli barang2 yang tak sepatutnya. Ini tidak. Hai nasib lah badan.

So destinasi pertama kami ialah jeng, jeng, jeng! Taman Botani Melaka!! Hee, tu tempat group dee la tu. Suman, Diana, Wani dan Dee guide guna basikal taw. Miss cakap we are the first group that entertain our friends with bicycle. So it’s a challenge for us. Alhamdulilah, its gonna be fun at there.
Tengok senyum sampai ke telinga semua
Bergambar bersama abg razak dan abg mat. TQSM
Second place is Zoo Night Safari. So of course la sebelah malam kan? Haha. Soalan yang tak perlu dijawab rasanya kan? Weeee~ then kitorang semua naik train. Mungkin Kak Zaini, Eida, Raja dan Niza tak nak la tourist diorang penat gaknya. Tourist lah sangat! Haha. Fun la dengan show haiwan2 yang telah diajar dan dididik. Maka berakhirlah 2 group yang guide di Ayer Keroh.
Awesome you alls..haha
Next kami ke Muzium Islamik Melaka pada Rabu pagi. Kat Bandar Hilir je. Yang ni conducted by Suhana, Nazirah, Masturah dan Kak Aida@applehijau-aida.blogspot.com. So faham2 la kalau suasana muzium macam mana kan? But okay la. Nice one dapat tahu sejarah keislaman kita semua yang bermulanya di Melaka.

Lepas tu kami ke A Famosa Fort. Agak panas la cuaca. Matahari dah naik kan! So dee apa lagi singgah lah membeli topi. Group yang ni pulak conducted by Prem,Eka,Qila dan Anis. Penat jugak lah naik tangga walaupun tak setinggi tangga Batu Caves. Kat atas tu sempat la amek pic dengan omputih. Ha, dengan muka tak malu dee ni yang cakap, “Sir, can I take a picture with you?”. Sekali semua serbu amek pic dengan omputih tu. Perghhh, sedih siot. Hatiku terluka melihatnya, sobs sobs*

Then kami lunch dekat Mahkota Parade. Tapi masa tu murah rezeki gaknya kan? Uncle Farah belanja dee dengan kak aida 1 keping not 50$. Serius macam tak boleh terima duit tu taw. Tak sampai hati. Sebab mak kata janagn amek duit orang,haha. Tapi dah uncle tu dengan baik hati menyuruh dee guna, guna lah jugak,haha.. Rezeki dpan mata jangan ditolak.

Sebelah petang kami ke Muzium Kesultanan Istana Melaka. Conducted by Farah, Ela, Echa dan Mia. Salute lah dekat diorang sebab masih bertahan sebab kami dah buat perangai. Masing2 dah penat. Kaki pun dah letih. Tapi akhirnya semua berjalan lancar. So habis guide terus ke lokasi Pantai Klebang Coconut Shake. Nyum nyum, terasa nikmat nya, haha..


Malam tu planning sama ada ikan bakar umbai ataupun asam pedas. Untuk save budget kami semua makan asam pedas claypot kat Jalan Laksamana. Sedap la asam pedas kat situ. Dee pilih asam pedas ayam. Diorang ada yang pilih pari, ikan dengan apa entah. Hee, lupa da. Panjang taw open table untuk kami. Segan pun ada semua orang dok tengok.Haha.. Macam retis pulak yerk!
Sedap gilerr, haha
Pada pagi Khamis dalam pukul 9 lebih kami check out. Tapi ada lah berlaku sedikit salah faham antara kami dan coach captain. Biasa lah nama pun belajar kan? Mesti ada salah. So dari salah tu lah kita belajar untuk betulkan. Ha tu baru betul.. haha

Tempat terakhir yang akan kawan2 dee guide ialah Masjid Selat Melaka. Rasanya betulkan tu BM dee. Hee, tunggang terbalik ayat. Sampai je Syafiq, Naufal, Az, Nuar dan Usaid explain pasal tempat diorang. Cantik sangat masjid tu. Terharu tengok denagn pemandangan laut selat Melaka. Begitu indah ciptaan Tuhan tu kan? Terharu rasanya.. sobs sobs*

Berlatar belakangkan laut
Lepas je kami habis, miss benarkan kami jalan2 buat yang terakhir kalinya. Ada yang pi Pahlawan Walk, KFC dan lain2 la. Dalam pukul 2 lebih kami beransur pulang ke Politeknik Muadzam Shah terchinta tu, huhu. Tu adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama Miss Lyana. Actually dah madam pun. Tapi dah biasa panggil miss kn, so macam lain je kalau panggil madam tu. Haha.. Kenangan manis kami, suka duka kami berakhir. Semoga ia akan terpahat dihati kami selamanya.. sobs sobs*


>> Thanks for reading..

Guiding at Malacca

ASSALAMUALAIKUM


Berjumpa kembali kita di entry kali ni, heheh.. Ha, nak citer pasal apa pulak ya? Hee. Maklumlah banyak hari dah tak post apa2 kan. Tu yang sampai dah tak tahu nak post apa terlalu banyak cerita. Mungkin ada orang yang akan kata macam famous je kan kau?? Eh, biar la blog aku kan. Suka hati aku la. Ada aku susahkan kau? Tak ada kan.. Ha, dah tu hang dok diam2 dan tutup mulut tu. Okay nice.

First of all, masa Mac lepas dee dan classmate ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Hampa semua mesti ingat kami pi sana berjimba kan? Bukan la, kami pi sebab assessment under subject Tourist Guiding Techniques. Hampa mesti kata kami asyik2 keluaq je kan? Hee, kata student tourism. Tapi kalau nak dibandingkan dengan student tourism yang private, diorang lagi lah banyak keluar. Huu, tengok je la duit tu terbang yer. Haha..

Ha, kalut tak kalut lah kami kena jadi first tour guide yang bawak tourists kononnya. Padahal kawan2 kami jugak, ahaha.. Tapi mereka semua supportive la kat group dee. Ha, lupa nak kenalkan. Group dee ada 4 orang ahli. Setiap sorang ada tempat yang akan diorang terangkan. So, group kami pilih untuk guide di Taman Botani Melaka.

Brochure Swan Travel.. Haha.
Dee, Diana, Wani and Suman conduct the whole thing from the beginning of the journey. Fuhh, semput tak semput la kan. Dah la group first, so tak ada yang nak dijadikan rujukan. Kami pun tak berapa prepare dengan jalan. So, buat je lah yang terbaik. Nasiblah buddies semua support kami. Alhamdulilah.. Bersyukur sangat.

So, terus je lah ya. Petang tu kami guide dari Bandar Hilir ke Ayer Keroh. Sampai je kat Taman Botani terus dee uruskan basikal dengan abang razak. Nampak agak macam tak terurus la. Tapi everything’s gonna be okay. Bila masing2 dah dapat basikal, bermulalah pengembaraan kami.

Diana be the first tour guide of them. They seem happy. Seronok tengok diorang. Sampai ada yang kata dah lama tak naik basikal dan rasa teruja. Diana menerangkan sejarah penubuhan taman botani. Tapi sayang, sekarang taman botani tu seperti tidak terurus sangat.

Miss Diana yang comel
Next disambung oleh dee. Dee guide mereka kat bahagian taman bunga. Entah apa gaknya yang dee merepek kat situ, haha.. Tapi cantik la dengan ada air terjun. Yang paling lawak ada ke diorang kata ada ikan besar tapi mulutnya macam buaya, haha.. Kelemahan yang ditegur lepas buat post moterm, dee tak handle dengan baik tempat dekat mana mereka nak letak basikal.
Nampak tak waterfall at the back tu?? tak nampak alamatnya..hoho
Suman pulak guide di taman cerita. Masa tu dee tak focus sangat, so tak dengar la. Lagipun dok jaga tourists at the back. Takut kena culik dengan cik meonyet pulak, heheh.. Kami pun putar2 sambil tu ada yang ambil gambar dan menyiapkan word search yang kami buat for cheering our guiding.
Wani dan Suman di site 
Hai focus benor la jawab ye kak..huhu
Masa ni Suman hilang katanya..haha
Yang terakhir ialah wani. Wani guide kat taman dinasour. menarik la taman tu. Ada dinasour batu yang dibina untuk pengunjung bergambar. Selain tu, bagi keluarga yang bawa anak2 mereka boleh la tunjukkan dinasour tu. Mungkin boleh dijadikan cerita dongeng tapi tak tahu lah jugak kan. Dinasour wujud ke tak sebelum ni dee pun tak pasti, hee..

Diana, Miss Lyana dan Wani, gajah kat belakang tu!!
Dah habis guide tu rasa lega sangat. Lapang fikiran ni. Tak ada yang nak dirisaukan lagi. Kami pun ucapkan terima kasih pada abang razak dan abang man. Tanpa mereka, tak dapat lah kami nak membahagiakan rakan kami naik basikal pusing2. Kami semua bergambar dan sebelum balik kami singgah di galeri lebah sebab hujan lebat.

Snap pic kat galeri lebah sat.
Moment kat taman botani akan menjadi moment yang sangat indah dalam diri dee. Kat situ kita ditunjukkan bagaimana bekerja dalam kumpulan. Apapun suka sangat tengok diorang happy disebabkan basikal. Basikal oh basikal!! haha..


>> Thanks for reading..

Thursday 15 May 2014

Ke Pulau Tioman Ke Kita Part 3

ASSALAMUALAIKUM


Fuhh *peluh menitis di dahi* haha.. tak habis2 entry tioman ni. Haish fening dah kepala memikirkan ayat apa yang nak ditaip, huhu.. Hari ketiga ialah hari terakhir kami di tioman. Akhirnya, berakhirlah assessment kami selama 3D2N di Pulau Tioman. Markklah belakang cerita lah. Yang penting dah buat aktiviti tu dengan jayanya, heheh. Berjayakah?? =_=

Pagi tu kami siap2 untuk pulang. Beg yang masa datang ada ruang kosong jadi penuh pulak bila nak balik, haha.. Ye lah man taknya, baju tshirt hitam 4 helai dan 1 baju muslimah. Ha, bukan untuk bf okay. Baju muslimah tu untuk mak. Ingat nak belikan akak2 ku, tapi memandangkan money yang dibawa sikit so beli baju hitam je lah. Kita jugak yang tak dapat souvenir. Takpa lah, nanti pi lagi PT, ahaha..

Ha? Nak pergi PT lagikah?? Tak sanggup kalau ombak kuat. Kalau ombak biasa2 boleh la. Tapi nak lagi selamat naik flight. Senang sikit tak adalah nantiu mabuk separuh mati. Rupanya dee baru tahu yang kat Kg. Tekek tu ada airport, hehe.. Kelakar je kan? Mana la nak tahu dah kalau awal2 perjalanan dee dah pengsan dulu, haha..

Nak naik feri masa balik tu, dee telan pil muntah dan panadol actifast. Ha kau! Tak bernyawa dalam feri tu. Sedar2 dah sampai. Hooray! Alhamdulilah semua  selamat pergi dan balik. The best moment that I had with my tourism friends.


>> Thanks for reading..

Ke Pulau Tioman Ke Kita Part 2

ASSALAMUALAIKUM


Wazzup2!! Ni zai shuo shenme? Ha, sapa tahu? Angkat kaki anda, huhu. Ha, dah2 tak payah. Sila turunkan ya! Sangat tak enak bau kaki anda, hehehe. Saje je nak tanya, tengah buat apa tu? Dah baca habis entry dee about PT Part 1? So, entry kali ni sambungannya lah sikit lagi, haha.. Terpaksalah mengorbankan masa menaip entry nak habiskan apa yang dah sepatutnya dah lama di post. Nanti bising pulak Kak Kepochi tu kata kita ni buat entry sekerat je tak sampai habis.

Second day di tioman kami diminta berkumpul pukul 8am. Tapi masih ada yang lambat. So kena basuh lagi la jawabnya untuk yang ke berapa entah kali gaknya, huhu.. Kami diberi taklimat sekejap dan memandangkan ada yang dah beli makan, so encik lepaskan untuk makan dulu. Tapi perasaan kali ni tak segembira masa dulu. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dah pernah pergi then pergi lagi tempat yang sama.

Aktiviti bermula untuk group yang tak habis lagi. Mana group yang dah sudah, kena buat snorkeling pulak. Dah la dengan ombak makin kuat. Takut lah jugak kan kot2 kat laut tu ada josh, hehe.. Badan pun tak berapa nak sihat sangat. Rasa pening2 lalat tu masih ada lagi. Tapi demi untuk meraih markah kumpulan dan individu, dinghy dilakukan bersama.

Dinghy tu yang macam pelampung besar yang digunakan untuk aktiviti stream. Group dee 4 org iaitu Usaid, Dee, K.Aida dan Mas. Bila kita mengawal dighy, kayuhan tangan perlu melihat pada keadaan ombak yang menolak dinghy tu. Kalau ombak yang menolak tu dari arah kanan, so orang yang duduk side kiri kena kayuh paddle kuat sikit nak bagi balance.

Then lepas tu kami tiba dengan selamat dengan laungan “Allahuakbar”. Masa tu macam dah give up dah sebab tangan tak kuat. Tenaga dah semakin berkurang. Tapi berkat semangat yang ada antara ahli, kami tiba juga di tepi pantai. Bersyukur tak terhingga. Nervous tak payah cakap, menggigil habis. Haha.. Macam2 ragam kami ni.

Aktiviti seterusnya,snorkeling. Kami diarahkan untuk bersama2 dalam group dari jeti ke tepi pantai yang lebih kurang 50 m jugak. Fuhh, masa tu cuak tak cuak la dengan ombak yang kuat macam tu. Ye la mana taknya air tengah pasang. Sampai je kat jeti kitorang kena terjun. Nasib lah kita ni dah familiar dengan laut pulau tu. Kurang la takut tu.

Ha, masa ni lah conflict berlaku. I’m the first person yang terjun. Even takut try calmness myself. Alhamdulilah, okay je taka da pape pun. Hee.. Then sorang2 turun dengan macam2 gaya. Ni nak citer masalah di atas air. Pada plan awalnya, mungkin dee akan duduk tepi dengan usaid disebabkan kami dah boleh sikit. Kalau usaid tu tak payah kata la, memang poewer, haha..

Pada masa tu, Mas dengan akak macam bertelagah tak nak pegang tangan dengan usaid. Encik kat atas jeti dah menjerit dan mula kira masa dalam jarak 50 m tu. Masing2 macam buat2 blur. Terus usaid tarik tangan dee. Nak tak nak kena lah jugak. Encik tengok kerjasama dalam kumpulan. So kedudukan snorkeling, usaid, dee, k.aida dan mas.

Giler penat tarik diorang dua. Mana taknya, kita yang kat tengah ni kena tarik. Dalam masa yang sama usaid jadi pandu arah untuk kami. Kesian jugak la kt dia sebab kena tarik kami bertiga ni, haha..Masa perjalanan nak ke tepi pantai tu dah rasa macam tak nak kayuh. Tapi fikir kalau kayuh, cepat sikit sampai, tu yang kayuh lah jugak even kaki dah tak ada daya. Sampai je terus rasa berputar kepala. Lepas tu terus naik bilik.


>> Thanks for reading..

Wednesday 14 May 2014

Ke Pulau Tioman Ke Kita Part 1

ASSALAMUALAIKUM


Hai hai hai!! Hehe.. Siapa sangka yang tempat suatu masa dahulu dee pernah jejakkan kaki dee pergi lagi kan? Dee pergi pada trip masa bulan Mac lepas. Buat kedua kalinya dee berpijak di pulau itu kembali, haha. Ha, cuba guess what’s the island? Pulau Tioaman laa. Tu yang macam biasa je feeling kat sana sebab dah second time maybe. Actually dalam hati ingat nak la merasa ke pulau lain pulak. “KePulauSibuKeKita” ke kan? Haha.. Even kita ni orang Johor tapi tak dan nak pi pulau tu lagi tau!

Nak dijadikan cerita kan, masa trip ke Tioman tu dee naik daripada mersing. Perancangan awal naik kat jeti Tanjung Gemok. Tapi disebabkan ombak yang terlalu bergelora yang seoalah2 tidak mengizinkan kami,tu yang naik dari jeti Mersing. Dee dan kawan2 pergi ke Tioman kerana melaksanakan assessment SEM3 under subject Recreational Tourism (Marine). Perjalanan ke Tioman mengambil masa hampir 4 jam.

Fuhh! Gila kentang dalam feri macam orang first time baru naik feri. Dah jangka dah yang dee akan memuntahkan segala isi perut, haha.. Nasib dee tak makan.  Kalau makan, habislah gamaknya plastik dalam feri tu, hihi.. otak ni dah fikir bila agaknya nak sampai PT! Semua rasa bergabung menjadi satu dan hampir nak meletup, hehe.. Rasa pening nak termuntah tak payah kata la. Mungkin sebab ombak terlalu kuat. Katanya kekuatan ombak tu pada tahap 2. Kalu tahap 4 mati agaknya dee dalam feri tu, haha..

Selepas melepaskan apa yang tak patut dilepaskan ke laut, dee pun dengan terhuyung hayang keluar daripada ladies. Sempat la tengok keadaan orang yang kat luar toilet tu. Semua macam risau kat dee sebab dee tak dengar diorang ketuk pintu toilet. Takut lah kot dee pengsan kat dalam toilet. Dah la kunci pintu. Ye lah dee pun dengar bunyi ombak je dengan sakit perut bagai, hmm..

Dee keluar je terus abg yang guide kami bagi beg plastik hitam. Nasiblah ada kawan dee yang setia menunggu dee. Namanya Suhana. Dia baik sangat. Dee dah tak dapat nak fikir secara rasional da. Rasa macam nak guling2 dalam feri. Dah tak larat sangat. Bila nak melangkah kembali ke tempat duduk, abg tu suruh Suhana bawak dee ke luar. Biar bagi kena angin dan matahari sikit sebab kat dalam aircond. Kat luar tu rasa nyaman sangat. Rasa tenang je dengan deruan air laut yang memercik ke kami dan suasana aman tenteram melelapkan kami. Maka terlenalah kami, ahaha..

Dalam pukul 12pm kami tiba di jeti Kg. Salang. Masa tu bersyukur sangat, alhamdulilah. Akhirnya jejak jugak kaki ni. Tapi masih terasa melayang even dah kat atas darat. Kami check-in dekat chalet Salang Indah. Okay la bilik kami semua. Mulanya plan duduk 4 orang tapi dapat yang dua orang. So dee decide sebilik dengan Farah. Farah in da house!!haha.. Kalau nak tahu, farah dan dee lah kawan semuntahan di dalam feri..hehe
  
Kami diberi masa untuk berehat, siap2 dan makan sehingga pukul 2pm dan kena berada di tepi pantai tepat pada waktunya. Siap dah bagi warning jangan lambat! Tapi masih ada yang lambat. So apa lagi, kene basuh cukup2 la. Haha.. Kami diberi nombor kumpulan ikut masa presentation kat poli dan group fishing dapat nombor 18. Perghhh, lambatanya la hai. Nak habis awal! Habis awal kan senang. Hmm, tapi dah dapat tu nak cakap apa kan.

Aktiviti pertama yang akan kami buat adalah dinghy. Dalam masa yang sama group yang belakang2 boleh buat snorkeling dulu. Dee dah tak pikir apa dah masa tu. Rasa pening sangat2. Tu yang melepek je sakit kepala. Minyak kapak tak payah cakap la. Memang tak lekang daripada tangan ha. Penuh dengan pasir kat baju dengan tudung. Muka, tangan dengan kaki tak payah cakap lah hitam, huhu.. Akhirnya penantianku sia2. Encik pun kata sambung aktiviti semua hari esok. Hampa je rasakan, tahu duduk bilik. Mungkin Allah tu tahu yang kalau dah dee terbaring je, mcam mana lah agaknya nak pegang paddle dinghy tu kan? Semua yang berlaku ada hikmahnya.


>> Thanks for reading..

Something Is Missing

ASSALAMUALAIKUM


Hai semua! Nampaknya baru sekarang kan pemilik blog Litretears ni nak tunjulkan diri. Hee.. Ada je tapi almaklumlah sibuk kuliah, trip, assignment, test dan macam2 lagi. Tu yang tunggu punya tunggu, cik dee tak timbul2. Haha..  Agak lama jugak lah tak berblogging ni. Sampai dah ketandusan idea nak berseloroh. Ha, kau ayat, BM sangat kau!!  Macam dah reti lah rasanya nak buat entry blog.. Hahah.

Tu lah sekian lama menghilang tak muncul2, seiring dengan MH370 begini la jadinya. Hee.. Hmm, sekarang ni banyak sangat  la yang missing kan?? Sama2 lah kita doakan untuk mereka semua. Okay lah, dari tadi dok cerita, rupanya entry kali ni tak mula lagii. Actually, dee nak citer pasal perkara yang lepas yang tak sempat dientrykan.

Okay tajuk entry kononnya nak buat pasal trip ke Pulau Tioman untuk kali yang kedua. Tapi gambar2 semua dah hilang. Gambar tu semua hilang sebab pendrive dee hilang. Tak tahu kemana menghilangnya. Tengok, dekat situ dah nampak kan? Haha. Semua nak missing. Sabar je lah, hmm..

Nanti lah dee sambung yang entry ke Pulau Tioman pulak ye, hehe.. Tapi yang pasti dee tak berbodyguard okay. Nampak tak, dah power sikit? heheh.. Riak pulak, haishh.. Tapi untuk kali ni tak memerlukan bodyguard kan. Tu lah yang by own.


>> Thanks for reading..