Tuesday, 31 December 2013

Lump Operation Part 1

ASSALAMUALAIKUM..


Hai pembaca2 sekalian!! Haha.. Euww ada ke yang baca wahai cik dee oi? Hee, terpulanglah pada mereka. Cik dee pun kurang nak tahu lah mereka nak baca ke tidak, huhu.. Hari ni dah masuk tahun baru kan? Hmm, belum ada plan yang baik untuk hari ni. Haha.. My sis ajak pergi sogo dia nak shopping. Tapi dalam keadaan tengah di dalam kekurangan upaya macam ni, tak best nak jalan. Ha, bukan orang kurang upaya ya. KEKURANGAN UPAYA je! Sekali lagi  ya dee  tegaskan, bukan orang kurang upaya! Fullstop,haha.. So, dee pun tak tahu lah keputusannya apa. Kena dengar kata putus mak la dulu. Tadi dengar dia kata dee tinggal. Huargghhh, nak ikut.. Nasib badan la tak sihat lagi. Tapi alhamdulilah, kesihatan dah okay sikit. Cuma luka dalaman je la yang belum sembuh lagi.

Actually, dee nak update pasal  first time bergelar pesakit HUKM. Hee, baru sempat nak update. Bukan apa, tangan tak boleh gerak2 sangat. Tu yang segala aktiviti terhad, muehehe.. Ha, first time masuk eh? Hmm, awesome! Haha.. Segalanya dah diuruskan oleh kakak2 ku yang tersayang, kak lee dan kak sayang. Nama mereka ni special sikit,huhu.. So tanya kat kaunter, doctor belum call. Then kami pun pergi la breakfast. Dalam masa tu, doc pula call. Ha, apa lagi makan cepat2 la,haha.. 

Dee pun check in lepas dapat panggilan dari doc. Dee dapat wad 5C katil no 3. Makcik2, nenek2 semua tengok kat dee. Katil dee betul2 sebelah tingkap. Beberapa minit kemudian, nurse datang suruh pakai baju hospital. Hok ni lawak. Dee cakap kat mak, “ mak, dalam tv tu tengok orang masuk wad pakai seluar. Tapi kenapa ni pakai kain??” *muka innocent* cehh, kena pakai kain pulak, hmm.. Malas betul nak pakai, haha.. dee cakap kat mak dengan akak, “kalau pakai kat dalam baju tshirt ni boleh tak? Haha..” segan la pulak nak jadi pesakit sementara ni. Hehehe..

Lepas dah tukar baju semua, doctor bius pun sampai. Namanya Dr. Rizal. Then dia bagi talk sikit untuk operation keesokan paginya. Dia siap tanya ada gigi patah ke tak? Ada tak gigi yang goyang ke? Sebab nanti kalau nak masukkan tiub dalam mulut, takut pulak tertelan gigi, haha.. After that, my family pun pulang untuk ke kubur anak my sis. Sedih la jugak kan, sorang2. Nasib ada kawan2 yang boleh dikacau, haha..

Baru je nak landing kepala atas katil, datang pula Dr. Liyana. Manis orangnya, haha.. Dee siap gurau lagi dengan doc tu. Doc pun cerita untuk elak rasa sakit yang teramat masa ambil darah tu,haha.. cehh, padahal sakit sikit je pun, see I still alive. Doc tu baru balik dari Rusia tau sebulan lepas. Best kot study oversea. Tapi doc kata study dalam negara sendiri lagi best dekat dengan family. Tapi kagum la tengok doc tu dengan bekerja sebagai doctor dan sanggup berkorban untuk patient dia 24:7. Terbaikkk la. Tapi lepas selesai ambil darah tu rasa lah jugak denyut2. Ye lah kan, orang jarang, kita yang kurang derma darah. Bukan apa lah kan, takut nanti kita derma kat orang lain kita pulak yang kekurangan darah, haha.. Kita ni dah la penghidap anemia, hoho..

Petang tu nak solat asar, terpaksa menapak dari tingkat 5 ke tingkat 1 tapi guna lif la, haha.. Everybody looks weird at me you know? Takut pulak kita rasa, haha.. Tercari cari surau, akhirnya sampai jugak. Fuhh, letihnya * peluh menitis* tipu je, haha.. Masuk je surau solat semua then keluar. Masa dah keluar tu ada pulak sorang akak tu tanya kat kita, ”baru lepas bersalin ke?” Kita apa lagi terkejut jugak kenapa soalan tu yang mesti akak tu tanya. Why?? Erk, kita pun nak telan air liur macam tak tertelan dah dia tanya soalan cepumas tu. Dee pun cakap kat akak tu, “eh, tak la kak. Saya belum kahwin lagi, hee” Akak tu pun say sorry then gelak2. Oh, mentang2 kita nampak serebeh, tak terurus then she judge me like that? aigoo.. Tak kan lah orang baru lepas bersalin dah boleh solat. Kan pelik tu?? Haish..


Cukup lah rasanya sampai di sini dahulu. Dee sambung kemudian ya. Jangan ketinggalan scene dee seterusnya di dewan pembedahan, ahakz.. Perasaan macam ateris je kan, haha.. Tak lupa juga pada makanan hospital yang sedap2 belaka yang cuma dijamah hanya 3 sudu..haha



>> Thanks for reading..

Xīnnián Kuàilè

 ASSALAMUALAIKUM..


Hi readers! hee.. Hari ni kita 19 tapi hanya tinggal beberapa jam je lagi nak masuk tahun 2014. Esok dah nak masuk 20 tahun. Huarghhh, tak sangkanya dah nak menjangkau masuk ke era 20-an. haha.. Hmm, banyak lagi yang nak kena buat, nak dipelajari. Terlalu banyak sangat. Hmm.. Rasa kekesalan menjengah diri, haha..

Start from now, work more hard. Tadi call classmate. Sedih jugak la sebab tak dapat join mereka buat dinghy.Ha? apa tu? Tapi untuk makluman itu bukan penyakit yang demam denggi tu ya, haha.. Dinghy tu salah satu marine activity. Kita pun tak tahu apa tu dinghy. Tunggu lah balik poli nanti. 

Eh, nak habaq mai ni, tapi apa pun kita tidak la terlalu tua dan bukan la muda lagi. Ingat!! haha. But, i still perasan yang i ni 15 y/o la, haha.. Okay la sempena Tahun Baru 2014 dengan azam yang baru, sematkan azam yang baru supaya ia akan menjadi lebih bererti dan bermakna pada diri ini serta menjadi lebih tabah dalam mengharungi pelbagai rintangan yang mendatang. Aminn.. Last but not least, sentiasalah perbaharui semangat yang baru, ahakz..

2014 is Coming! Before 2013 Ends, let me thanks to all kind people like u, who made 2013 so beautiful to me. I pray you be blessed with faithful years ahead. I wish this year will be:

Fantastic JANUARY
Love able FEBRUARY
Marvelous MARCH
Fool less APRIL
Enjoyable MAY
Successful JUNE
Wonderful JULY
Independent AUGUST
Romantic SEPTEMBER
Tastiest OCTOBER
Beautiful NOVEMBER
Happiest DECEMBER

 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014


>> Thanks for reading..

Monday, 30 December 2013

Jika Aku Jatuh Hati

ASSALMUALAIKUM..


Bismilahirahmanirrahim.. Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..


Subhanallah sweetnya kan kalau tengok ada orang macam ni. Tiba2 pulak rasa terharu. Apabila seseorang itu jatuh cinta, cintanya hanyalah kepadaMu ya Allah dan cinta kepadaMu tidak akan ada tolok bandingannya. Entah kenapa rasa nak mengupdate post2 yang sebegini rupa, hee.. 

Masa dalam kelas, Madam Liyana who is my beloved lect bagi tahu tentang perkahwinannya yang baru dibina. Even dah 10 tahun kenal tapi masih tak kenal who is her real husband. Hmm, betul lah tu. Then madam kata, "simpanlah cinta awak semua untuk orang yang tepat yang selayaknya mendapatkannya nanti". Madam bagi nasihat, "buat masa sekarang ni tak perlu lah nak memikirkan hal yang tak penting yang perlu difikirkan" katanya, hahah.. Betul, betul, betul!! Saya sokong 120%. Ahakz.. Yang penting sekarang ni dee mesti capaikan hasrat mak, abah dan keluarga. It's a main goal, so work hard dee!! hee.. Dee rasa bangga pada Masturah Azid yang mana merupakan sahabat yang banyak membantuku menuju ke jalanMu. Semoga kami berjaya di dunia dan diakhirat. La tahzan, teruskan berusaha, bertawakal dan redha atas ketentuan yang ditetapkan Allah. Insyaallah!! >_<

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


>> Thanks for reading..

Aisya Humaira

ASSALAMUALAIKUM..


Selamat malam, hee.. Hai semua!! Pemilik blog litretears terasa ingin mengupdate pula malam ni, haha.. Actually tengah kebosanan jugak la. Terasa nak update pasal Aisya Humaira pulak, hee.. Nak buat kerja tak sihat sangat lagi. Tu yang kena duduk diam2 je ni, huhu.. Lepas je solat tadi buka lagu2 yang berunsur kerohanian biar bagi sedar sikit yang kita ni banyak kekurangan *cakap dalam hati*haha..


Buka2 youtube terus cari lagu Aisya Humaira. Best tau lagu tu. Dulu la masa mula2 dengar lagu tu terus terpikat dengan lagu daripada kumpulan nasyid UNIC tu. Dulu kumpulan tu ada 4 orang. Tapi sekarang 3 je kot yang tinggal atau pun ada penambahan ahli baru ke kan. Kita pun tak tahu la sebab tak berapa mengikuti perkembangan mereka. Dulu ada Bazli, Fitri, Wanshah dan Hafiz. Tapi sekarang Hafiz Hamidun kan dah bergerak solo. So, tak tahu lah pulak sekarang macam mana ya.

Bila dengar lagu Aisya Humaira ni tersentuh hati. Jauh di sudut hati yang paling dalam nak jadi macam Aisya Humaira. Subhanallah, besar sungguh nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Kadang2 terharu tengok pengorbanan orang2 kuat yang mempertahankan agama Allah iaitu agama Islam. Mereka tabah menghadapi semua tu. Dee pun terfikir kadang "kalau aku, mesti tak mampu nak menjadi seperti itu". Tak payah banyak la. Bukan tak mampu je malah tak layak. Bila diuji sikit je dah menyerah. Terasa malu pada Allah dan juga diri sendiri *dalam hati beristighfar*. Jadi sama2 lah kita hayati kisah pengorbanan Aisya Humaira >_<


***********

Aisya Humaira adalah suatu nama yang cukup sinonim dalam sejarah Islam. Seorang isteri yang taat kepada Allah SWT sebagi pencipta & suaminya, Rasulullah SAW yang banyak melalui segala badai untuk menyampaikan perintah daripada Yang Maha Esa. Kisah dirinya yang sangat menyentuh hati apabila Aisya difitnah bersekedudukan dengan Safwan setelah sekembalinya mereka dari peperangan dengan Bani Mustalaq oleh munafiqun yang mahu menjatuhkan Islam. Subhanallah..

Kaum munfiqun berkepala Abdullah bin Ubai bersorak gembira akan peluang itu untuk memburuk-burukkan Islam dan dirinya yang suci. Namun Rasulullah SAW hanya boleh terdiam diri sahaja disebabkan penangguhan wahyu pada ketika itu.

Fitnah yang meluas akhirnya hampir menundukkan kebenaran apabila Rasulullah SAW dinasihati secara qiasan oleh Ali RA untuk menceraikan Aisya dalam syura baginda bersama sahabat. Usamah pula menasihati baginda agar meneruskan saja tanpa memperdulikan fitnah dusta musuh Allah.

Dalam sudut yang lain, apabila Aisya mendapat tahu akan fitnah itu maka air mata pun mula bercucuran membasahi pipinya yang putih kemerahan dan tiadalah lena malam-malamnya sehingga Rasulullah menasihatinya;

"Cukuplah Aisya. Memang telah sampai ke pengetahuanku begini-begini. Sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu. Dan sekiranya kau bersalah, pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan menerima taubatnya itu."

Maka bercucuranlah lagi air matanya dan berkata;

"Demi Allah, aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya. Di sini ku berkata: daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengaku sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayainya sebagai suatu yang benar, apa lagi yang hendak aku buat selain dari berucap apa yang telah diucapkan oleh ayah Saidina Yusuf."

Dan Aisya pun melafazkan surah Yusuf ayat 18 yang bermaksud;

"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allah lah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu."

Dan tidak lama beberapa ketika selepas itu turunlah wahyu Allah dari surah an-Nur ayat 11 hingga 20 yang menyucikan kembali status Aisya dan Rasulullah lantas tersenyum sambil berkata;

"Wahai Aisya, kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda."

Pemergian Rasulullah SAW merupakan detik paling sedih buat Aisya setelah baginda dijempu plang oleh Allah SWT dipangkuan Aisya sendiri.

Namun diri ini tidaklah setabah Aisya Humaira, seorang Srikandi Islam yang teguh keimanannya, taatkan suaminya, sabar hatinya, mulia akhlaknya dan cukup indah zahirnya. Sedikit sebanyak semangat dan keteguhan beliau meniupkan sedikit roh ke dalam hati kecil ini. Semoga hati ini sentiasa tabah dan sabar..


>> Thanks for reading..

Sunday, 29 December 2013

Gara-gara Kuok Foundation


ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua?? Apa khabar? Diharap semua sihat hendaknya la ya, hee.. Terasa rindu pulak meninjau ke dalam sanubariku walaupun kesihatan masih tak stabil, haha.. Dee saje je nak update. Actually dee rasa sedih sangat sebab tak sempat nak apply Kuok Foundation.

Kuok Foundation tu start 3 Desember sampai 30 Desember. Tapi disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan akibat keberadaan ku di hospital, tak dapat la nak apply. Then semua fotocopy yang diperlukan semua ada kat hostel. Lagi menyedihkan bila mak kata “hantar je” tapi akak pulak kata “tak payah hantar”. The reasons why, all the certificates not completed. So the answer is stop writing, stop babbling and shut down the lappy, haha.. That feeling rasa macam dee ni sia-siakan kesempatan yang ada depan mata. Tapi dee nak try luck sebab tourism kan banyak pakai duit. That’s why la dee nak ambil scholarship tu untuk kurangkan beban mak abah also my sisters.

Poli pun satu, bukan ke nak buat announcement pasal scholarship tu. Hmm, sangat menyebalkan. Grrr.. Time kita nak masuk hospital baru sibuk nak keluarkan scholarship la apa la. Ni yang rasa nak membebel ni. Rasa nak nangis pun ada. Sampai kawan kita tu cakap kita ni manja. Tapi mana ada manja! Haha.. Actually luahan perasaan je yang tak nak ditonjolkan. Erkkk?? Haha.. Sampai kita kata nak peluk kawan dia. Tapi itu hanyalah sekadar gurauan semata bagi menceriakan suasana pada waktu tegang, huhu.. Last but not least, ia tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia ya. Haha..


>> Thanks for reading..

Wednesday, 25 December 2013

Gangster Comel

ASSALAMUALAIKUM..


Ha? Gangster comel?? Apa tuu??? haha.. Alkisah seorang hamba Allah yang menggelarkan diriku gangster comel. Means yang dee ni gangster tapi comel. haha.. Macam citer dongeng pulak ya. Selembut lembut dee ni kadang terkeluar brutal nya. Macam orang lain jugak ada banyak perwatakan nya. Mesti tak caya kan? Orang yang dilihat selama ini berkelakuan ayu tetapi sebaliknya. haha.. Kalau orang yang dah biasa dengan dee tahu lah macam mana kebrutalan dee. hoho.. Brutal ke??

Tapi kegangsteran dee tu hanya keluar dengan orang yang betul2 dee selesa je tau. Siapakah orang yang dapat melihat identiti dalam diri dee? haa, tang ni dee pun tak tahu macam mana dan dari segi apa diorang lihat. Mungkin disebabkan dee suka aktiviti2 yang adventure kot. Even nampak macam lembik, lemah lagi longlai, tapi semangat untuk melakukan aktiviti sedemikian tinggi *nampak tak yang kat situ wanita ni insan yang lemah?* Cehh, tak ada lah lemah sangat, hee.. Saja je propa sikit, hehehe..

Ada lah hamba Allah tu cukup suka mengatakan kita ni "gangster comel". Kita pun tak tahu macam mana dia tengok. haha.. Kita pun cuba menafikan tapi kebenaran terungkap juga. Mungkin jugak dia melihat dari segi penampilan dee yang hanya sekadar memakai jeans, tshirt dan sandal kot, haha.. Actually dee ada jugak pakai blouse bagi menampakkan kefemininan dee tu. Tapi kalau nak rush dan santai, dee lebih selesa dengan hanya bertshirt dan jeans. Nak tahu tak sebabnya?? haa, dee ni kalau bab gosok ni agak cerewet jugak la. Masa 30 minit akan diambil untuk menggosok sehelai baju kurung. Kat situ pun dah nampak kan. So tak perlu kot dee nak jelaskan lagi ya, haha..

Dee pun mula perasan sikit2 kegangsteran itu, haha.. Bila balik dari shopping tersedar yang dee berpakaian sedemikian rupa. Baru terdetik dalam hati "aku ni da macam gangster da" haha.. ha, comel tu jangan di lupa sekali. hee.. Salah satu faktornya juga mungkin dulu masa kecik2 mak pakaikan tshirt dan jeans kot, haha. Last but not least, thanks for said me "Gangster Comel" ahakz



>> Thanks for reading..

Tuesday, 24 December 2013

Gotong-royong di Kampus

"ASSALAMUALAIKUM"


I'm back again!! haha.. Dee ni kalau dah datang angin nak update tu, kerjanya asyik nak upate je. Tapi kalau malas, hmm memang berminggu-minggu la tak update. Malah mungkin sebulan, dua bulan dan mungkin bertahun, hahaha.. cehh, tak tahu padahal malas. hak3..

Untuk kesekian kalinya baru sempat nak update pasal aktiviti gotong-royong Rakan Pusat Islam (RAPI) di PMS hari tu. Dah la S/U baru ni tak tahu apa2, haish.. hancur la, haha.. Nasib tak jadi pengerusi, kalau tak lingkup kelab Rapi PMS, hee.. So far okay la dapat belajar banyak benda dari encik pengerusi dan cik timbalan, haha.. Peace yoo Masturah Azid. Den tak mengumpek ekau pun ha. Cakap je, haha.. Ingat kan sem3 ni nak tarik diri dari kelab, macam apa orang kata, "Murtad dari kelab" haha.. Bukan murtad dari Islam ye. Islam agamaku terchinta, hee.. yela maksudnya tak nak ada link lagi lah dengan apa2 organisasi. Sebab sem3 ni banyak keluar takut busy. Orang tourism kan. Nanti dah tak terpikul pulak tanggungjawab tu, haha.. Kita jugak nanti yang kena tanya kenapa tak jalankan tanggungjawab, hoho..



Masa hari gotong-royong tu best la jugak. Dee buat kerja mop lantai je. hee.. Sebab ahli ramai kan, so bagi2 lah kerja. Cepat sikit siap. Dalam tengahari da siap, dijemput makan di pusat Islam. Alhamdulilah, rezeki jangan ditolakkan. haha.. Beramah mesra dengan penasihat kelab, ajk2 dan semua. 




>> Thanks for reading..

Serba Salah bukan Serba Satu

ASSALAMUALAIKUM..


Bismillahirahmanirrrahim.. Alhamdulilah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini masih dikurniakan kesihatan yang baik. Subhanallah. Terharu rasanya. Countdown for 2 days more. Macam mana lah rasa agaknya orang yang seumur hidup mereka menjadikan hospital  tu rumah kedua mereka ya??Tertanya-tanya pulak kita sehingga sampai tahap mereka dah lali dengan semua tu. Kasihan nya mereka. Kita ni yang sihat kadang sering alpa untuk bersukur. Agak kasihan dan sedih la jugak di situ. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan kehidupan kita semua. Amin..

Actually sekarang ni dee tengah semester break. Tapi banyak sangat presentation yang perlu disediakan selepas naik cuti. Even cuti seminggu tapi tetap tak cukup, haha.. Folia yang nak di hantar lain. Role play lain. Test lagi. Ni nanti dee tak ada. Kesian jugak kat kawan2 yang terpaksa present. Ha, actually bukan saja2 nak cuti ya. Dee cuti untuk sementara waktu. Cukup risau jugak la sekarang ni apa lah yang akan jadi. Senantiasa bermain kat fikiran ni soalan "nanti macam mana? kerja macam mana?" hmm, harap2 semuanya ok lah. Tapi serious, even dee cuti hati seolah tak rela bercuti, haha.. tu lah manusia, tak bersyukur langsung especially dee. Cuti salah tak cuti pun salah, hee..

Bukan apa, tak ada lah nak kata kita ni bagus ke ape cuma rasa agak bersalah sebab tak buat kerja. Ha, bukan serba satu pulak ya. Sebab masalahnya bukan satu tapi banyak, haha.. Bagi dee, kerja yang dee patut buat tu adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. So kalau tak buat tu rasa macam bersalah sangat kadang sampai macam rasa berdosanya, haha.. pelik2 je dee ni kan. Tapi dee tahu, tanpa dee pun diorang semua boleh buat kerja malah mungkin akan lebih bagus dan excellent. Harap ada sefahaman antara mereka. Dee terkilan jugak la, terpaksa membiarkan kerja2 dee diorang buat. Tapi tetap jugak susah hati. Tak tahu lah nak kata perasaan tu macam mana. Tak tenang hati ni. Subhanallah, dee tak tahu macam mana nak balas pengorbanan yang diorang lakukan untuk dee. Hanya doa ku titipkan bagi mereka yang banyak membantuku tak kira susah atau senang. SAYANG korang semua!!

Lagi satu perkara yang membebankan fikiran sekarang ni tentang program anak angkat di Felda Chemomoi Triang, Pahang yang akan dibuat pada cuti sem yang kedua nanti. Dah la hari tu pergi jumpa ketua kampung tak cakap apa2. Sepatutnya sebagai S/U kena lah sumbangkan sedikit pendapat bagi melengkapkan meeting, haha.. Habis pengerusi pun tak kata apa2 inikan lagi S/U, terus bisu. haha.. Siapakah gerangan Pengerusi itu?? haha. Harap Pengerusi, timbalan, penolong dan S/U lelaki dapat bersama-sama menyiapkan kertas kerja itu. Terima kasih kerana faham akan situasi yang dee lalui nanti. Maaf sangat kerana tidak dapat menyumbangkan tenaga serta membantu kalian semua -_-


>> Thanks for reading..

Monday, 9 December 2013

Kesibukan di Kampus

Assalamualaikum..


Selamat pagi semua!! Rindunya nak buat entry *muka teruja*haha.. Actually dee da dah ada kat kampus. Almost 2 weeks jugak la. Tapi seriously, agak busy jugak la di awal permulaan sem ni. huarrggghhhh!! Elak punya elak, dapat jawatan jugak. Geram je. Dah la jadi S/U. Banyak kerja kot nak  kena buat. Dah la kita ni tak tahu apa2. Tapi nak menolak tawaran tu amat lah susah kerana ia umpama kita punahkan harapan orang yang bagi tanggungjawab tu pada kita. Cewahh, ayat. haha.. Mesti tak tahu kan dee jadi S/U apa? hee, ya la, dee tak bagi tahu lagi kan? hmm, dee jadi S/U Rakan Pusat Islam. Macam tak percaya jugak la. Berat kot tanggungjawab tu. Tapi pengerusi lagi la berat kan?? tak bersyukur langsung kan dee ni. haha..

Actually nanti dee takut nanti tak boleh nak survive when i'm gonna be sick. Jawatan S/U untuk subjek soft skills dee baru je letak disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. When i get an operation, i sure i cant have enough time to bring that commitment. So, better i letak je la jawatan S/U tu. Takut pulak nanti kena soal kan kat akhirat kenapa kita tak laksanakan tanggungjawab? haha..

Okay kita buka cerita lain pulak ye. Banyak sebenarnya nak cerita tapi tak sempat nak cerita dan laptop pun masih di hospital. That's why la i'm alone. haha.. This week penuh jadual class. Hari ni pulak ada marine subject. Then we will go to swimming pool today. hooray!! habis lah kaw dee kena humban dalam kolam. Ha, yang tu pun satu. agak menggerunkan juga la. haha..


>> Thanks for reading..