Saturday, 9 November 2013

Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Assalamualaikum!!


Entry kali ini, dee nak share sikit tentang kanser payudara. Kanser payudara menjadi penyerang utama rakyat negara kita berbanding empat jenis barah utama lain, termasuk usus dan paru-paru. So, kita sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan kita? Cukuplah sekadar kita mendoakan mereka serta berikan semangat untuk mereka terus berjuang. 

Bulan Oktober merupakan bulan khas kesedaran kanser payudara ataupun dipanggil ‘Pink Oktober’. Oleh itu, banyak syarikat atau badan organisasi yang cuba untuk meningkatkan kesedaran melalui pelbagai cara. Salah satunya diisytiharkan kempen ‘No Bra Day’ pada 13 Oktober lalu.

‘No Bra Day’ merupakan hari di mana semua peringkat usia remaja perempuan dan wanita digalakkan untuk berjalan/ keluar tanpa memakai bra. Ianya sebagai tanda memberi sokongan untuk wanita yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia akibat kanser payudara. Selain itu, individu yang telah berjaya melengkapkan diri mnghadapi rawatan kanser payudara. Jadi, pada 13 Oktober lalu semua wanita dan remaja perempuan digalakkan untuk turut serta dalam ‘No Bra Day’ sebagai tanda kesedaran terhadap kanser payudara.

Ia merupakan kempen tahunan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini. Kebanyakan orang tahu tentang kanser payudara, tetapi tidak mengambil langkah untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Ada di kalangan wanita yang mempunyai gejala-gejala kanser payudara, enggan tampil untuk mendapatkan nasihat doktor. Mereka enggan menerima kenyataan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dan mereka beranggapan bahawa perkara itu akan hilang dengan sendirinya sekiranya mereka tidak mengendahkannya. Pemikiran begini adalah amat merbahaya dan merugikan pesakit itu sendiri.

Bagi kaum wanita, anda boleh melakukan Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP) setiap bulan serta menggalakkan rakan-rakan tersayang membuat pemeriksan juga. Bagi kaum lelaki, tolong sebarkan kesedaran melalui perkongsian informasi ini dengan rakan-rakan wanita dan keluarga. Jika anda prihatin, bantulah mereka dalam mengharungi penyakit mereka. Fight for life!!




>> Thanks for reading..