ASSALAMUALIKUM..
Nak tahu tak?? Kadang-kadang dee terfikir. Orang yang susah
tu boleh berjaya dibandingkan dengan orang yang macam kita ni kurang berjaya.
Mesti tahu kan kenapa? Sebabnya kita ni dah diberikan segala kemewahan,
kesenangan, pelajaran, kehidupan yang baik tapi kita lupa bersyukur kepada Nya.
Bukan nak menunjuk yang kita ni baik ya. Tapi dee cakap ni jugak untuk
mengingatkan diri dee ni yang selalu lupa bersyukur kepada Allah s.w.t. Dee
kadang lalai dengan kehidupan dunia ni sampai terlupa akan akhirat kelak.
Semoga kita sama2 sedar dan dapat perbaiki akhlak supaya menuju ke jalan yang
benar. Amin. Hee.. Agak sentap pulak lah ayat ni. Yer la mana taknya, typing
sambil dengar lagu nasyid. Tu yang timbul rasa keinsafan tu. Haha..
Last but not least, azam sempena tahun hijrah 1435H yang
baru masuk hari tu, dee berazam nak jadi anak yang solehah kepada mak dan abah.
Mungkin benar dalam diri ini tak ada apa yang dapat dibanggakan tetapi memang
tu lah yang dee nak pun. Haha.. entah pape aku merepek ni dah. Haha.. Semoga
diri ini dapat berbakti kepada kedua permata hati dee, umi dan abi.
>> Thanks for reading..