Assalamualaikum!!
Hai semua! apa habaq hampa semua?hihi.. anyway hari ni hari ahad, so selamat berhujung minggu guys! ahakz.. post yang lepas dah seminggu berlalu.. sekejap je kan,, dah nak balik ke tempat study jugak.. hmmm, sedih la pulak rasanya tiap kali nak pulang ke sana..haha, macam baru masuk belajar padahal dah nak masuk sem 3 tu..haha, actually entry dee kali ini tentang MEKAR.. ha? apa tu MEKAR?? nak tahu kene la baca entry ni..haha. MEKAR tu singkatan daripada “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” hihi..
Politeknik Muadzam Shah, Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) dan Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Berkala Kementerian Pendidikan Malaysia “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” atau lebih dikenali sebagai MEKAR 2013 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Penerangan Pahang di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Kedaik, Rompin pada 19 – 22 September 2013.
Tujuan utama MEKAR 2013 adalah perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang dipilih iaitu Komuniti Orang Asli Rompin dan mewujudkan semangat kesukarelawanan di dalam diri peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Kolej Komuniti Rompin.
Selain itu, Mekar 2013 juga bermatlamatkan ‘Entrepreneurship’: Membantu membangunkan sumber ekonomi masyarakat orang asli melalui program keusahawanan. ‘Safety and Health’: Membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat orang asli. Kesinambungan kolaborasi antara Politeknik, masyarakat orang asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan agensi-agensi setempat. Mempromosi Politeknik dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pilihan utama bagi masyarakat setempat khususnya masyarakat orang asli. Memupuk semangat kesukarelawan pelajar sejajar dengan matlamat IM4U dan YES Politeknik (Politeknik Kasih).
Menurut Pengarah Program Mekar 2013, Encik Mohd Isa Abdul Rahim, "Antara aktiviti menarik yang dijalankan bersama masyarakat Orang Asli Kedaik ialah belajar servis kenderaan, kelas komputer, aktiviti mewarna, gotong royong, sukaneka dan Malam kebudayaan Pentarama yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan. Selain itu tidak ketinggalan Klinik Bola Sepak, Padang ini Padang Kita, Rawatan Kesihatan, Kempen Pencegahan daripada JKJR dan Bomba serta banyak lagi acara menarik dijalankan demi memodenisasikan masyarakat Kedaik."
Kemuncak MEKAR 2013 ialah Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada 22 September 2013 di Padang Awam, Perkampungan Masyarakat Kedaik, Rompin yang akan dirasmikan oleh Yb. Dato’ Hj. Mashruddin Bin Jarkasi, mewakili YB. Dato’ Sri Dr. Hj. Jamaludin Bin Dato’ Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin merangkap Penasihat Khas Kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Dato' Hj. Mohd Sani bin Mistam dan En. Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP.
Di pihak Politeknik Muadzam Shah dan agensi-agensi yang terlibat, MEKAR 2013 ini diharap akan menjadi satu platform menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada Komuniti Orang Asli Rompin bagi menjayakan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup.
Menurut Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah, MEKAR 2013 yang merupakan program kemasyarakatan berkala selama empat tahun ini akan diteruskan dengan penambahbaikan agar ia dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Pelbagai program lanjutan akan dirancang selepas ini sebagai langkah melestarikan kolaborasi yang telah dilaksanakan.
Ha, itu cerita nya..di sana dee sebagi AJK Keselamatan.. haha, agak-agak selamat ke?? korng macam tak caye je kan selamat.. of course la selamat..haha.. cewahh, padahal datang sana tak buat apa-apa pun..hihihi. dee datang pada 19 September tu tak ada kerja pun.. then i join AJK Kerohanian..haha. hari berikutnya baru la ada kerja tu pun nasib baik miss el dah sihat.. kalau tak, tak ada kerja la kami cik oi..haha. dee dan kawan- kawan semua pun jadi setiausaha nombor cabutan bertuah..haha. sayang miss el, kalau tak kami kat sana tak terurus la gamaknya..huhu
ikin, arip, nuar, qila, ika, usaid |
>> Thanks for reading..