Thursday, 29 May 2014

Summary of Guiding

ASSALAMUALAIKUM


Hey semua! Buat apa tu? Huh? Tak ada buat apa2?? Betul ke ni? Okay cantek la tu. Boleh lah dee nak citer panjang lebaq na, haha.. Hari cuti dee pun dah nak habis. Sekarang pun dah  sampai penghujung Mei. Tapi tak habis2 update yang lepas punya.

Almaklumlah suri rumah sepenuh masa kan? Eh? Suri rumah ke? Heheh, belum lagi. Practice je. Bak kata pepatah jawa kata, ”practice make perfect”. Haha. Eh dah la. Intro entah hape2. Sampai lupa apa yang nak diceritakan.

Tourist Guiding Techniques is under my tourism subject. So dee dan kawan2 pilih untuk buat di Melaka. Kitorang semua stay kat hotel De Mawardah. Dekat je dengan dataran pahlawan. So kos per individu RM180. Tapi tu kira kasar je la dulu. Campur la sekali dengan duit kontigensi.

Penginapan kami..weeeeeee~
Ye lah takut lah kan kalau ada berlaku apa2 nanti senang. Tu pun ada yang merungut mahal sangat. Hmm, tak tau la nak habaq lagu mana. Dah kata student tourism, sediakan lah duit tu untuk keperluan pelajaran. Jangan lah beli barang2 yang tak sepatutnya. Ini tidak. Hai nasib lah badan.

So destinasi pertama kami ialah jeng, jeng, jeng! Taman Botani Melaka!! Hee, tu tempat group dee la tu. Suman, Diana, Wani dan Dee guide guna basikal taw. Miss cakap we are the first group that entertain our friends with bicycle. So it’s a challenge for us. Alhamdulilah, its gonna be fun at there.
Tengok senyum sampai ke telinga semua
Bergambar bersama abg razak dan abg mat. TQSM
Second place is Zoo Night Safari. So of course la sebelah malam kan? Haha. Soalan yang tak perlu dijawab rasanya kan? Weeee~ then kitorang semua naik train. Mungkin Kak Zaini, Eida, Raja dan Niza tak nak la tourist diorang penat gaknya. Tourist lah sangat! Haha. Fun la dengan show haiwan2 yang telah diajar dan dididik. Maka berakhirlah 2 group yang guide di Ayer Keroh.
Awesome you alls..haha
Next kami ke Muzium Islamik Melaka pada Rabu pagi. Kat Bandar Hilir je. Yang ni conducted by Suhana, Nazirah, Masturah dan Kak Aida@applehijau-aida.blogspot.com. So faham2 la kalau suasana muzium macam mana kan? But okay la. Nice one dapat tahu sejarah keislaman kita semua yang bermulanya di Melaka.

Lepas tu kami ke A Famosa Fort. Agak panas la cuaca. Matahari dah naik kan! So dee apa lagi singgah lah membeli topi. Group yang ni pulak conducted by Prem,Eka,Qila dan Anis. Penat jugak lah naik tangga walaupun tak setinggi tangga Batu Caves. Kat atas tu sempat la amek pic dengan omputih. Ha, dengan muka tak malu dee ni yang cakap, “Sir, can I take a picture with you?”. Sekali semua serbu amek pic dengan omputih tu. Perghhh, sedih siot. Hatiku terluka melihatnya, sobs sobs*

Then kami lunch dekat Mahkota Parade. Tapi masa tu murah rezeki gaknya kan? Uncle Farah belanja dee dengan kak aida 1 keping not 50$. Serius macam tak boleh terima duit tu taw. Tak sampai hati. Sebab mak kata janagn amek duit orang,haha. Tapi dah uncle tu dengan baik hati menyuruh dee guna, guna lah jugak,haha.. Rezeki dpan mata jangan ditolak.

Sebelah petang kami ke Muzium Kesultanan Istana Melaka. Conducted by Farah, Ela, Echa dan Mia. Salute lah dekat diorang sebab masih bertahan sebab kami dah buat perangai. Masing2 dah penat. Kaki pun dah letih. Tapi akhirnya semua berjalan lancar. So habis guide terus ke lokasi Pantai Klebang Coconut Shake. Nyum nyum, terasa nikmat nya, haha..


Malam tu planning sama ada ikan bakar umbai ataupun asam pedas. Untuk save budget kami semua makan asam pedas claypot kat Jalan Laksamana. Sedap la asam pedas kat situ. Dee pilih asam pedas ayam. Diorang ada yang pilih pari, ikan dengan apa entah. Hee, lupa da. Panjang taw open table untuk kami. Segan pun ada semua orang dok tengok.Haha.. Macam retis pulak yerk!
Sedap gilerr, haha
Pada pagi Khamis dalam pukul 9 lebih kami check out. Tapi ada lah berlaku sedikit salah faham antara kami dan coach captain. Biasa lah nama pun belajar kan? Mesti ada salah. So dari salah tu lah kita belajar untuk betulkan. Ha tu baru betul.. haha

Tempat terakhir yang akan kawan2 dee guide ialah Masjid Selat Melaka. Rasanya betulkan tu BM dee. Hee, tunggang terbalik ayat. Sampai je Syafiq, Naufal, Az, Nuar dan Usaid explain pasal tempat diorang. Cantik sangat masjid tu. Terharu tengok denagn pemandangan laut selat Melaka. Begitu indah ciptaan Tuhan tu kan? Terharu rasanya.. sobs sobs*

Berlatar belakangkan laut
Lepas je kami habis, miss benarkan kami jalan2 buat yang terakhir kalinya. Ada yang pi Pahlawan Walk, KFC dan lain2 la. Dalam pukul 2 lebih kami beransur pulang ke Politeknik Muadzam Shah terchinta tu, huhu. Tu adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama Miss Lyana. Actually dah madam pun. Tapi dah biasa panggil miss kn, so macam lain je kalau panggil madam tu. Haha.. Kenangan manis kami, suka duka kami berakhir. Semoga ia akan terpahat dihati kami selamanya.. sobs sobs*


>> Thanks for reading..