Wednesday, 14 May 2014

Ke Pulau Tioman Ke Kita Part 1

ASSALAMUALAIKUM


Hai hai hai!! Hehe.. Siapa sangka yang tempat suatu masa dahulu dee pernah jejakkan kaki dee pergi lagi kan? Dee pergi pada trip masa bulan Mac lepas. Buat kedua kalinya dee berpijak di pulau itu kembali, haha. Ha, cuba guess what’s the island? Pulau Tioaman laa. Tu yang macam biasa je feeling kat sana sebab dah second time maybe. Actually dalam hati ingat nak la merasa ke pulau lain pulak. “KePulauSibuKeKita” ke kan? Haha.. Even kita ni orang Johor tapi tak dan nak pi pulau tu lagi tau!

Nak dijadikan cerita kan, masa trip ke Tioman tu dee naik daripada mersing. Perancangan awal naik kat jeti Tanjung Gemok. Tapi disebabkan ombak yang terlalu bergelora yang seoalah2 tidak mengizinkan kami,tu yang naik dari jeti Mersing. Dee dan kawan2 pergi ke Tioman kerana melaksanakan assessment SEM3 under subject Recreational Tourism (Marine). Perjalanan ke Tioman mengambil masa hampir 4 jam.

Fuhh! Gila kentang dalam feri macam orang first time baru naik feri. Dah jangka dah yang dee akan memuntahkan segala isi perut, haha.. Nasib dee tak makan.  Kalau makan, habislah gamaknya plastik dalam feri tu, hihi.. otak ni dah fikir bila agaknya nak sampai PT! Semua rasa bergabung menjadi satu dan hampir nak meletup, hehe.. Rasa pening nak termuntah tak payah kata la. Mungkin sebab ombak terlalu kuat. Katanya kekuatan ombak tu pada tahap 2. Kalu tahap 4 mati agaknya dee dalam feri tu, haha..

Selepas melepaskan apa yang tak patut dilepaskan ke laut, dee pun dengan terhuyung hayang keluar daripada ladies. Sempat la tengok keadaan orang yang kat luar toilet tu. Semua macam risau kat dee sebab dee tak dengar diorang ketuk pintu toilet. Takut lah kot dee pengsan kat dalam toilet. Dah la kunci pintu. Ye lah dee pun dengar bunyi ombak je dengan sakit perut bagai, hmm..

Dee keluar je terus abg yang guide kami bagi beg plastik hitam. Nasiblah ada kawan dee yang setia menunggu dee. Namanya Suhana. Dia baik sangat. Dee dah tak dapat nak fikir secara rasional da. Rasa macam nak guling2 dalam feri. Dah tak larat sangat. Bila nak melangkah kembali ke tempat duduk, abg tu suruh Suhana bawak dee ke luar. Biar bagi kena angin dan matahari sikit sebab kat dalam aircond. Kat luar tu rasa nyaman sangat. Rasa tenang je dengan deruan air laut yang memercik ke kami dan suasana aman tenteram melelapkan kami. Maka terlenalah kami, ahaha..

Dalam pukul 12pm kami tiba di jeti Kg. Salang. Masa tu bersyukur sangat, alhamdulilah. Akhirnya jejak jugak kaki ni. Tapi masih terasa melayang even dah kat atas darat. Kami check-in dekat chalet Salang Indah. Okay la bilik kami semua. Mulanya plan duduk 4 orang tapi dapat yang dua orang. So dee decide sebilik dengan Farah. Farah in da house!!haha.. Kalau nak tahu, farah dan dee lah kawan semuntahan di dalam feri..hehe
  
Kami diberi masa untuk berehat, siap2 dan makan sehingga pukul 2pm dan kena berada di tepi pantai tepat pada waktunya. Siap dah bagi warning jangan lambat! Tapi masih ada yang lambat. So apa lagi, kene basuh cukup2 la. Haha.. Kami diberi nombor kumpulan ikut masa presentation kat poli dan group fishing dapat nombor 18. Perghhh, lambatanya la hai. Nak habis awal! Habis awal kan senang. Hmm, tapi dah dapat tu nak cakap apa kan.

Aktiviti pertama yang akan kami buat adalah dinghy. Dalam masa yang sama group yang belakang2 boleh buat snorkeling dulu. Dee dah tak pikir apa dah masa tu. Rasa pening sangat2. Tu yang melepek je sakit kepala. Minyak kapak tak payah cakap la. Memang tak lekang daripada tangan ha. Penuh dengan pasir kat baju dengan tudung. Muka, tangan dengan kaki tak payah cakap lah hitam, huhu.. Akhirnya penantianku sia2. Encik pun kata sambung aktiviti semua hari esok. Hampa je rasakan, tahu duduk bilik. Mungkin Allah tu tahu yang kalau dah dee terbaring je, mcam mana lah agaknya nak pegang paddle dinghy tu kan? Semua yang berlaku ada hikmahnya.


>> Thanks for reading..