Thursday, 15 May 2014

Ke Pulau Tioman Ke Kita Part 2

ASSALAMUALAIKUM


Wazzup2!! Ni zai shuo shenme? Ha, sapa tahu? Angkat kaki anda, huhu. Ha, dah2 tak payah. Sila turunkan ya! Sangat tak enak bau kaki anda, hehehe. Saje je nak tanya, tengah buat apa tu? Dah baca habis entry dee about PT Part 1? So, entry kali ni sambungannya lah sikit lagi, haha.. Terpaksalah mengorbankan masa menaip entry nak habiskan apa yang dah sepatutnya dah lama di post. Nanti bising pulak Kak Kepochi tu kata kita ni buat entry sekerat je tak sampai habis.

Second day di tioman kami diminta berkumpul pukul 8am. Tapi masih ada yang lambat. So kena basuh lagi la jawabnya untuk yang ke berapa entah kali gaknya, huhu.. Kami diberi taklimat sekejap dan memandangkan ada yang dah beli makan, so encik lepaskan untuk makan dulu. Tapi perasaan kali ni tak segembira masa dulu. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab dah pernah pergi then pergi lagi tempat yang sama.

Aktiviti bermula untuk group yang tak habis lagi. Mana group yang dah sudah, kena buat snorkeling pulak. Dah la dengan ombak makin kuat. Takut lah jugak kan kot2 kat laut tu ada josh, hehe.. Badan pun tak berapa nak sihat sangat. Rasa pening2 lalat tu masih ada lagi. Tapi demi untuk meraih markah kumpulan dan individu, dinghy dilakukan bersama.

Dinghy tu yang macam pelampung besar yang digunakan untuk aktiviti stream. Group dee 4 org iaitu Usaid, Dee, K.Aida dan Mas. Bila kita mengawal dighy, kayuhan tangan perlu melihat pada keadaan ombak yang menolak dinghy tu. Kalau ombak yang menolak tu dari arah kanan, so orang yang duduk side kiri kena kayuh paddle kuat sikit nak bagi balance.

Then lepas tu kami tiba dengan selamat dengan laungan “Allahuakbar”. Masa tu macam dah give up dah sebab tangan tak kuat. Tenaga dah semakin berkurang. Tapi berkat semangat yang ada antara ahli, kami tiba juga di tepi pantai. Bersyukur tak terhingga. Nervous tak payah cakap, menggigil habis. Haha.. Macam2 ragam kami ni.

Aktiviti seterusnya,snorkeling. Kami diarahkan untuk bersama2 dalam group dari jeti ke tepi pantai yang lebih kurang 50 m jugak. Fuhh, masa tu cuak tak cuak la dengan ombak yang kuat macam tu. Ye la mana taknya air tengah pasang. Sampai je kat jeti kitorang kena terjun. Nasib lah kita ni dah familiar dengan laut pulau tu. Kurang la takut tu.

Ha, masa ni lah conflict berlaku. I’m the first person yang terjun. Even takut try calmness myself. Alhamdulilah, okay je taka da pape pun. Hee.. Then sorang2 turun dengan macam2 gaya. Ni nak citer masalah di atas air. Pada plan awalnya, mungkin dee akan duduk tepi dengan usaid disebabkan kami dah boleh sikit. Kalau usaid tu tak payah kata la, memang poewer, haha..

Pada masa tu, Mas dengan akak macam bertelagah tak nak pegang tangan dengan usaid. Encik kat atas jeti dah menjerit dan mula kira masa dalam jarak 50 m tu. Masing2 macam buat2 blur. Terus usaid tarik tangan dee. Nak tak nak kena lah jugak. Encik tengok kerjasama dalam kumpulan. So kedudukan snorkeling, usaid, dee, k.aida dan mas.

Giler penat tarik diorang dua. Mana taknya, kita yang kat tengah ni kena tarik. Dalam masa yang sama usaid jadi pandu arah untuk kami. Kesian jugak la kt dia sebab kena tarik kami bertiga ni, haha..Masa perjalanan nak ke tepi pantai tu dah rasa macam tak nak kayuh. Tapi fikir kalau kayuh, cepat sikit sampai, tu yang kayuh lah jugak even kaki dah tak ada daya. Sampai je terus rasa berputar kepala. Lepas tu terus naik bilik.


>> Thanks for reading..