Thursday, 30 January 2014

Annoying Question

ASSALAMUALAIKUM


Hai semua! Apa khabar? Banyak hari yang telah dilalui. Bersyukur sangat masih diizinkan bernafas dan memohon keampunan kepadaNya serta semoga dapat memperbaiki diri ini, aminn.. Dee baru sampai semalam malam. Tu yang hari ni melepaskan gian nak berblogging, hee..

Ha, kita cakap pasal topik kahwin la, haha.. Hmm bila ditanya pasal kahwin, of course la semua orang nak kahwin kan? Tipu la kalau ada orang kata dia memang tak nak kahwin. Mesti ada something wrong some where, haha.. Dekat kampus dee 15 Feb ni ada kursus kahwin. Tapi tak tahu lagi sama ada nak pergi atau pun tidak. Bayaran RM 80 sahaja. Kalau kat luar dah beratus harga kursus tu je.

Bila kak aida kata dia nak pergi dengan husband to be dia, kita pun terfikir tiba2, haha.. Betul jugak kan. Then tak kan la tunang kita tu nak pergi seorang diri pulak? Kesian pulak rasanya. Tapi bagi dee, tak apa kot dia pergi seorang. Nak kesian buat apa? Nampak tak kejam di situ? haha..

My friends semua pelik kenapa sampai sekarang masih 'single mingle'. Actually malas nak fikir semua tu. Pengalaman mengajar kita untuk perbaiki. Not important to have. Cari cina mualaf tak jumpa. So tak payah nak berangan sangat la. Hmm, tapi kalau bercinta lepas kahwin, mesti lagi best kan? hee, sweet2 sour je gitu, haha.. Ya, so barang sesiapa yang menyimpan hasrat sebegitu rupa, cara nak jawab seperti di bawah ini ya, haha..

Jawapan terbaik tentang perkahwinan :

Kenapa lambat? --> Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
Dah berpunya?  --> Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2
Siapa?               --> Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
Bila?                --> Bila kami dah dipertemukan.. Insya Allah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.. 

Masih banyak lagi perkara yang harus difikirkan bukan? Jodoh pertemuan, Allah yang tentukan. So, berdoalah kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa ke atas kita. Belum lagi cakap pasal diri ni, banyak yang nak perlu diperbaiki. Asif..


>> Thanks for reading..