Thursday, 2 January 2014

Program Qasidah

ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua, zao an! Zao an tu selamat pagi la awak2 semua, hee.. Saje je. Eleh, sebenarnya tahu kan? Saje lah tu buat2 tak tahu kan? Belasah karang? Haha.. Actually pagi2 ni update sebab esok dah nak balik poli. Wee!! Seronok kah? Hmm, tak nak balik boleh tak? haha.. Terasa sedap pulak dah bercuti seminggu dan tak nak continue study pulak dah. Sampai hari pun dah lupa, haha.. 


Eh, hari tu dee pergi program qasida di stadium Melawati Shah Alam tau. Hari tu nak update asyik terlupa je, hee. Almaklumlah, sekarang ni dah jadi kekurangan upaya kan. Bukan orang kurang upaya okay! haha.. Tu yang cuti sem hari tu balik lambat. Dee dengan beberapa orang sahabat yang lain pergi dengan menaiki van. Tapi masha Allah, van tu dah jadi kuda da, haha.. Ustazah Tengku sebagai pengiring kami dari poli. Ustazah steady je tido. Dee tak payah cakap la. Nak bercakap dalam van tu pun tak sedap. Semua terasa, haha.. Nak termuntah la, sakit kepala, sakit perut nya lain, aigoo.. Masuk je van, siaplah minyak kapak sebagai peneman setia. Agak2 rasa dah tak tahan duduk kat bawah seat tu ha, lawak kot orang tengok. Macam pelik kan? Tapi begitulah norma apabila dee dah tak tahan, haha..


Masa perjalanan tu, kami singgah di perkampungan Felda Chemomoi di Triang, Pahang. Ha? Mengapakah kami singgah?? hehe.. Actually tu kampung Cik Lan la. Kami akan buat program nanti. That's why la buat perbincangan sedikit dengan ketua kampung, Tok Pat. Masa meeting tu hanya pelajar yang wakil dee dan pengerusi. Hmm, kalau mas ada kan senang, biar je. Ni mas pulak tak pergi, kita lah yang kena nak tak nak. Tahu je lah dee kan. Memang tak boleh bercakap la. Yang Cik Lan tak sudah2 kenakan kita tanya macam2, haish.. En. Pengerusi tu plak, pun tak cakap diam je jugak, haha.. Lawak la. Muka masa tu jangan cakap la. Dah jadi warna hijau kot. Bertukar jadi hulk, hoho.. Nak kat segan, segan kot tapi the main piont is dee tak tahu nak cakap apa. So tu yang diam je, hee..

Okay sambung balik, actually kami pergi program Shah Alam Berselawat - Malam Gema Cinta Rasul bersama Habib Syech Assegaf. Best giler kat sana. Dee tak pernah rasa mcam tu dengan alunan kelunakan kemerduan suara beliau. Yang paling terharu bila mana seorang adik yang mengumandangkan azan maghrib. Terkesima siapa mendengarnya. Ribuan penonton mendengar. There's something 'WOW' that he had. 

Subhanallah, kagum melihat dia dan bersyukur masih diberikan nikmat Islam dan Iman. Speechless dee melihat and one more thing, seronok tengok semua orang Islam bersemangat berselawat ke atas Rasulullah. Alhamdulilah semasa program tak ada lah apa2 kehilangan. Cuma ada seorang makcik tu je la, annoying giler, grrr.. Geram je kan. Ada ke patut, makcik tu marah kawan2 kami yang bercakap? Rilex la, bukan cakap kuat kot. Dah tu speaking pulak tu. Sombong giler. Tak jaga langsung adab manusia sesama manusia. Astaghfirullah, ha kan tak pasal2 pulak dee mengata, haha..

tun, syed, ustazah, husband ustazah asma dan mujib

>> Thanks for reading..