Friday, 1 March 2013

Crying

~Assalamualaikum~
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum..


Hye semua !! Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi hari ny Dee masih dapat melihat dunia..dapat la berblog lagi..dapat la post yang ntah pape ntah yang Dee akan post sat lagi..haha

Tuhan menganugerahkan 2 biji mata kepada manusia untuk kita menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan.di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang manusia tak lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata..punya lah intro..Dee nak tanya korang pernah menangis tak ?? tipu la korang tak pernah menangis..Dee tak percaya langsung kalau korang kata tak pernah menangis..tu yang masa kecik-kecik dulu korang baru lahir tu ape ? tak nangis ke tu ? nak susu nangis apatah lagi sakit perut lagi la merengek..hmmm,haha..tak dapat gula-gula pon nangis,,euww tak malu,ahakz..nak tahu tak Dee suka sangat nangis taw..sikit-sikit nangis tapi bersebab la..ketawa pon kadang sampai orang ingat kita menangis..sedih ngan terharu lagi la tak payah cakap memang tentu-tentu keluar air mata,haha..kalau geram pon Dee akan nangis..tak taw la kenapa..rasa macam kalau nangis tu hilang geram kat something tu..lagi kalau cari barang Dee yang hilang tu tak jumpa-jumpa pon nangis jugak..tapi kalau da jumpa senyum sampai ke telinga,,heee..Dee kalau tengok citer-citer sedih pon sama..Hindustan kalau tengok Kabhi Kushi Kabhi Gam menangis bagai nak rak lap air mata sampai da nak habis tisu..ntah la Dee pon tak taw kenapa Dee terlalu sensitif..hehe..maybe eyes sense kot..tapi kalau dah nangis tu lega sangat rasa..mesti korang pon pernah rasa..macam segala bebanan yanag ditanggung selama ny hilang..tapi kalau tengok citer tu bukan hilang bebanan..feel terlebih punch line..haha

Menangis merupakan anugerah dan terapi  yang berkesan menurut agama islam dan kajian perubatan..menangis juga pelajaran  terpenting dalam islam sebagai muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan..maka bagi setiap diri yang bergelar hamba wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu menangis,belajarlah untuk menangis atau bermulalah dengan bpura-pura menangis..tidak dinafikan para rasul dan nabi serta sahabat sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat,doa dan juga zikir..subahanallah..actually Dee nak share kat korang crying topic,hehe..


Ada beberapa alasan manusia menangis

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.



Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


>> Thanks for reading..