Assalamualaikum semua..ni hao ma? hehe..
Last
week tak dapat nak update blog.. rindu rasanya.. tu yang nak update sikit pasal
trip Dee last week on 18th and 19th March 2013 pada hari
Isnin dan Selasa.. sebenarnya program “1Siswa
1 Komuniti”.. program ny dibuat actually untuk portfolio subjek Tourism
Malaysia.. tapi dengan adanya program ny Dee dan kawan-kawan yang pergi hanya
perlu menyiapkan report sahaja.. senang bukan? Tapi kesian jugak dekat
kawan-kawan yang tak pergi terpaksa menghadap portfolio yang tebal tu.. Dee pun
letak nama last minit sebab tarikh program diubah..tu yang nak join.. masa tu
senarai nama pun dah melebihi had sampai 23 orang sedangkan hanya 19 orang yang
akan pergi dan dipilih.. Dee pun tak sangka yang Miss El akan pilih nama Dee.. apapun
bersyukur sangat dapat pergi.. best sangat..
***********
Ahad,17th march 2013
Program
Sungai Lembing tu melibatkan seramai 42 orang student Tourism Management dan 3
orang lecturer pengiring yang mengiring kami.. selain tu ada 2 orang senior
sem5 yang join kami untuk briefing kitorang.. meh Dee ceritakan dari awal sampai akhir.. huhu.. Dee dan 3
orang gegurl pergi pada hari Ahad,17 Mac bagi membantu Miss El dan Hajah.. sebelum
sampai Sungai Lembing tu Dee,Ella dan Miss El sempat beli barang sikit..yang
paling terujanya Miss El tunaikan impian Ella untuk makan donut Big Apple.. haha..
suka giler.. lama dah kot tak makan donut Big Apple.. ye la dok kat Muadzam ny
mana la nak ada kalau tak ke Kuantan jugak kalau nak makan yang sedap-sedap.. kitorang
sampai kat Homestay Sungai Lembing dalam pukul 4 lebih lah gitu.. duduk-duduk
rehat dalam pukul 5 lebih gerak ke dewan Sungai Lembing.. kitorang buat kerja
sampai maghrib.. then balik ke homestay untuk solat dan mandi.. malam kitorang
siapkan kerja yang tak siap lagi.. payah betul lah kalau tak ada orang lelaki
yang ikut..bab kerja tukang-menukang ny perempuan payah sikit.. tak kuat tangan
nak tekan stappler gun kat pintu tu.. sakit kepala mendongak..pulak tu kami 3
orang, Echa dan Mya je yang buat sebab Miss El dan Ella pergi beli makanan.. kitorang
pasang langsir untuk 6 pintu.. dah tu yang tukang stappler nye sape nak tahu??
Dee la yang kena stappler.. walaupun ketinggian tak memadai tapi bolehlah ny
lah yang buat.. terjengket-jengket taw..sampai Hajah kata Dee ny Nampak je
kecik tapi kuat.. haha.. tu lah jangan pandang sebelah mata taw!! Actually Dee
buat tu semua sebab semangat nak siapkan cepat..nanti boleh tidur.. penat
sangat dah..huhu
|
Isnin,18th
March 2013
Kami
bersiap-siap untuk ke Dewan Sungai Lembing bagi merapikan majlis yang akan
bermula pada pukul 10 pagi.. Dee tolong susun handout kat kerusi-kerusi
tetamu.. sambil tu Echa amek gambar untuk dijadikan bahan bukti report nanti.. buat
sementara menunggu fotographer PMS datang, Echa dan Canon nyer la jadi
fotographer sambilan.. haha,,
Sementara menunggu Miss Tan dan serombongan bas
tiba, Dee dok la depan pintu masuk sambut tetamu dengan senyuman yang entah
pape.. hehe.. dalam hati ny bila lah kawan-kawan nak sampai? Boring dah tunggu
sorang-sorang.. huhu.. bila perarakan bermula je, rasa macam nak melompat best
sangat kawan-kawan dah sampai.. hehe.. diorang berarak ke dewan dengan diiring
paluan kompang daripada penduduk Sungai Lembing.. then majlis tu bermula serta
pelancaran 1 Siswa 1 Komuniti..
Dyorang baru sampai |
Majlis dirasmikan oleh Dato' Manan |
Hajah mengiringi beliau.. |
Kumpulan Kompang Sg.Lembing |
My love lect Miss Tan dan Miss El juga tak lupa mizi yang interframe.haha |
Selain tu kami diagihkan ke kepada keluarga ibu
dan bapa angkat masing-masing.. Dee partner dengan Ella.. kami dapat ibu
tunggal.. tengok macam tak up to date.. tapi bila dah tahu, vouge giler umi
kitorang.. huhu.. then kami ikut umi balik ke rumah dia..
Dalam pukul 3 kami
berkumpul semula unk taklimat tentang Homestay Sungai Lembing.. habis taklimat
kami semua membersihkan Pantai Pasir Kubur.. buat amal 'Kelestarian Alam' dengan mengutip
sampah-sampah kat pantai tu..
Sebelah malam ada barbeque dan persembahan.. kami
buat persembahan nyanyi lagu Politeknik, IM4U dan koir Dirgahayu Tanah Airku.. semua
seragam pakai baju hitam IM4U dengan tudung merah.. Dee je yang pakai 2 ton
warna tudung.. ada lah someone tu cakap Dee pakai tudung klorox.. grrr.. Dee
pakai tudung tu sebab malas nak gosok tudung merah tu yang pakai je.. haha
Ny koir kami..Dirgahayu Tanah Airku..happening !!
ny persembahan kelas DUP1 S1.. the best !! |
Opps lupa,ny persembahan Anak Kayan..seriously amazing!! |
***********
19th
March 2013
Hari
last, semua diminta berkumpul pada 6.30 pagi untuk naik ke Bukit Panorama.. sebenarnya
kalau cepat sampai dapat tengok matahari naik.. tapi nak naik ke atas tu pun
ambil masa, mana lah sempat nak tengok.. masa Dee sampai matahari da terbit dah
pun.. Dee dan Ella dah terpisah.. Kak Kepochi dan Nadia pun dah terpisah.. Dee
dengan Kak Kepochi dah ada kat depan dulu..nak tahu tak, Dee yang yang tarik
Kak Kepochi yang keding tu naik.. Kak Kepochi marah-marah Dee sebab tak nak
berhenti.. Dee cakap apa kat dia? “ bernafas jangan buka mulut,guna hidung
je..”haha.. Dee tak nak berhenti sebab nak sampai cepat.. walaupun dah tak
cukup nafas, Dee nak naik juga slow-slow.. Dee tak bercakap masa mendaki sebab nak
jaga pernafasan.. same like jogging.. just pernafasan hidung je.. akhirnya
alhamdulilah, berjaya juga sampai ke atas menjejakkan kaki ke Bukit Panorama..
rasa puas sangat dah sampai.. hilang penat rasanya.. huhu.. nak naik separuh
nyawa.. ye lah first time mendaki bukit lah katakan.. dah amek tourism nak tak
nak aktiviti macam ny mesti jadi sebahagian dari hidup kita.. haha,, yang best bila turun dah sampai bawah,menggigil-gigil semua kaki.. rasa kelakar.. haha
Then
kami jalan kaki ke PPOC.. ape tu? Haa.. PPOC tu Persatuan pemulihan Orang
Cacat..tapi sekarang dah tak panggil orang cacat.. dikenali denganpusat orang
kurang upaya (oku).. dekat sana jugalah tempat surat daripada Utusan Seri Paduka Baginda dibuat.. cekap sangat diorang buat walaupun memiliki
kekurangan.. tapi diorang kuat malah tak jadikan kekurangan mereka tu sebagai
halangan untuk terus maju.. dekat sana juga menyediakan beberapa buah basikal
untuk disewa untuk tourists yang sukakan aktiviti berbasikal.. basikal tu disewa
dengan harga 1 jam RM3.. aktiviti berkuda juga ada..bagi orang yang suka
berkuda boleh lah datang ke Sungai Lembing.. tapi sayang masa mencemburui kita.. tak dapat nak jalan-jalan kampung naik kereta kuda.. huhu
Orang kuat PPOC |
Akak dan Tam |
Abg Afiq dan Tam |
Ny gambar Echa dan Naufal naik kereta kuda..naik je tak jalan pon..haha |
Selain tu perkhidmatan kereta kuda
juga ada..naik kereta kuda pusing keliling RM8 je.. tak mahal pun.. haha.. then
kami bergerak ke Muzium Sungai Lembing.. biasa lah kalau dah dekat muzium, bergambar
je la.. keluar dari muzium kami menapak ke terowong bijih timah.. panjang jugak
la perjalan dalam tu.. Dee tak bawa kamera so tak dapat nak amek gambar
sangat.. Dee dapat la rasa naik tempat bijih timah tu diangkut..dekat dalam
terowong tu sejuk je rasanya.. ada titisan-titisan air bukit yang menitis dia
dalam terowong..
Then keluar je Dee, K.Aida dan Nadia ke souvenir shop sebab
dah kering sangat tekak rasanya.. Dee dan K.Aida beli baju dari Sungai Lembing
untuk kenang kenangan.. huhu. Then kitorang balik ke rumah masing-masing..
balik-balik je umi kitorang buatkan mi jawa untuk Dee dan Ella.. apa lagi
langkah kanan la.. mi jawa terkenal di kalangan penduduk kampung Sungai
Lembing..
Sebelah petang tu majlis penutup event kami.. rasa terharu la juga.. tak dapat nak kenal lama.. setiap ibu bapa angkat diberikan cenderamata.. kami juga bagi buah tangan pada umi.. Dee bagi umi bowl soup tu ha.. Ella bagi 6 biji cawan.. itu je yang termampu.. haha.