Assalamualaikum
ya ukhti..
Dah berhari
tak berblog..hehe.korang semua apa khabar? Diharap sihat hendaknya..ala,,tak
sihat ke?kalau tak sihat pergi klinik ya..haha..Tadi petang
Dee nak keluar pergi Bandar Muadzam..sambil tu berbual la dengan kak aida iaitu
KAK KEPOCHI..cakap kat dia sweet tengok couple tu nampak secocok tapi malangnya
haram bagi mereka..beberapa hari lepas Dee asyik terkhayal je terfikir siapa la
yang akan cari tulang rusuknya yang hilang ny kan? Then Dee cakap kat
akak..rindunya kat ADAM..bila lah Adam ny nak datang jemput Dee..haha..saje je
gurau-gurau ngan akak..actually orang semua ada partner,tapi kita tak
ada..bukan memilih tapi belum ada yang menepati kriteria Dee..ahakz..demand je
lebih kan..Dee nak rasa manis nye bercinta lepas kahwin kalau sempat la..siap
termimpi-mimpi lagi mak cakap dengan Dee..
+ Mak : tu
lah orang nya dek..
- Dee : dalam
hati *hensem orang nya..tapi buat muka agak blur tanya kat mak “siapa?”
+ Mak : tu
lah orang yang mak carikan..
- Dee : ha??
mak biar betul? Adek main-main je ngan mak..
Terus terjaga
dari tidur..haha..rasa terkejut pon tak hilang lagi..macam betul je kan,padahal
mimpi..tapi kalau betul best jugak..bermimpi di siang hari je lah Dee..haha..zaman
sekarang ny parents aturkan perkahwinan?? Macam lain je bunyi kadang..tapi Dee
kalau orang tanya selalu Dee cakap mak carikan..hehe.kadang jodoh yang
dicarikan ibu bapa ny keberkatannya lebih..huhu..Dee ny tulang rusuk Adam mana
lah kan?? *mata tengok atas*
Tulang rusuk
adam yang hilang,biarlah dia datang mencarinya sendiri.Hawa pula tunggu dan
bersabar,tak perlulah kita mencari adam..kita tetap tulang rusuknya yang
hilang..satu hari nanti Adam akan datang mencari dan mengambil kita..apa yang
boleh kita buat hanya berdoa agar Adam yang datang tu Adam yang beragama,beramal
dengan agamanya dan punyai akhlak yang baik..insyaallah
>> Thanks for reading..