Sunday, 31 March 2013

Final Around The Corner

Assalamualaikum...



Ahlan wasahlan marhaban bikum…hehe,,lately ny tak boleh nak update selalu.. busy giler at the end of this final sem.. wah gitu,kelas kau jahh.. haha. serius busy sangat sampai tak cukup tangan nak buat.. nasib kaki tak join sekali.. tidur pun sampai tak lena ingatkan assignment.. nasib la tak mengigaukan assignment..haha..actually tinggal beberapa minggu je lagi Dee dah nak habis sem.. sukanyaa.. hehe. hooray!! macam mana lah nak catch up semua ny?? haa.. amek kau Dee dok berlengah lagi.. sekarang dah terhantuk baru nak terngadah..haha..apa pun mesti siapkan jugak report, labwork dan semuanya.. hehe.. nak tahu tak? blog grouping Dee terpilih untuk wakil kelas.. tak sangka sebab buat pon cincai je.. apa pun alhamdulilah.. it’s a challenge for us to fight with other department..huhu,, then habis kelas Computer Application,,kelas Arab pulak menunggu.. ustaz pulak nak buat test percakapan.. belasah je la..haha,, Dee dengan kawan lain.. K.aida who is Kak Kepochi dengan Ella.. Dee tak kisah pun dengan sesiapa.. asalkan aku ok.. macam lagu Awi Rafael pulak.. Dee dapat markah  5 ustaz bagi.. diorang semua tak puas hati sampai kata ustaz pilih kasih.. its okay,never mind.. mulut orang kita tak boleh nak tutup kan.. ahakz.. lepas je kelas terus guna ayat ma’as salamah wailal liqa’.. haha,, I found something interesting in Arab language.. ahakz

>> Thanks for reading..

1 Siswa 1 Komuniti

Assalamualaikum semua..ni hao ma? hehe..



Last week tak dapat nak update blog.. rindu rasanya.. tu yang nak update sikit pasal trip Dee last week on 18th and 19th March 2013 pada hari Isnin dan Selasa.. sebenarnya program  “1Siswa 1 Komuniti”.. program ny dibuat actually untuk portfolio subjek Tourism Malaysia.. tapi dengan adanya program ny Dee dan kawan-kawan yang pergi hanya perlu menyiapkan report sahaja.. senang bukan? Tapi kesian jugak dekat kawan-kawan yang tak pergi terpaksa menghadap portfolio yang tebal tu.. Dee pun letak nama last minit sebab tarikh program diubah..tu yang nak join.. masa tu senarai nama pun dah melebihi had sampai 23 orang sedangkan hanya 19 orang yang akan pergi dan dipilih.. Dee pun tak sangka yang Miss El akan pilih nama Dee.. apapun bersyukur sangat dapat pergi.. best sangat..









***********


Ahad,17th march 2013

Program Sungai Lembing tu melibatkan seramai 42 orang student Tourism Management dan 3 orang lecturer pengiring yang mengiring kami.. selain tu ada 2 orang senior sem5 yang join kami untuk briefing kitorang.. meh Dee ceritakan  dari awal sampai akhir.. huhu.. Dee dan 3 orang gegurl pergi pada hari Ahad,17 Mac bagi membantu Miss El dan Hajah.. sebelum sampai Sungai Lembing tu Dee,Ella dan Miss El sempat beli barang sikit..yang paling terujanya Miss El tunaikan impian Ella untuk makan donut Big Apple.. haha.. suka giler.. lama dah kot tak makan donut Big Apple.. ye la dok kat Muadzam ny mana la nak ada kalau tak ke Kuantan jugak kalau nak makan yang sedap-sedap.. kitorang sampai kat Homestay Sungai Lembing dalam pukul 4 lebih lah gitu.. duduk-duduk rehat dalam pukul 5 lebih gerak ke dewan Sungai Lembing.. kitorang buat kerja sampai maghrib.. then balik ke homestay untuk solat dan mandi.. malam kitorang siapkan kerja yang tak siap lagi.. payah betul lah kalau tak ada orang lelaki yang ikut..bab kerja tukang-menukang ny perempuan payah sikit.. tak kuat tangan nak tekan stappler gun kat pintu tu.. sakit kepala mendongak..pulak tu kami 3 orang, Echa dan Mya je yang buat sebab Miss El dan Ella pergi beli makanan.. kitorang pasang langsir untuk 6 pintu.. dah tu yang tukang stappler nye sape nak tahu?? Dee la yang kena stappler.. walaupun ketinggian tak memadai tapi bolehlah ny lah yang buat.. terjengket-jengket taw..sampai Hajah kata Dee ny Nampak je kecik tapi kuat.. haha.. tu lah jangan pandang sebelah mata taw!! Actually Dee buat tu semua sebab semangat nak siapkan cepat..nanti boleh tidur.. penat sangat dah..huhu




Echa dan Ella baik2 terstappler tangan pulak kunk..huhu

Ada Mya di situ..haha



***********

Isnin,18th March 2013

Kami bersiap-siap untuk ke Dewan Sungai Lembing bagi merapikan majlis yang akan bermula pada pukul 10 pagi.. Dee tolong susun handout kat kerusi-kerusi tetamu.. sambil tu Echa amek gambar untuk dijadikan bahan bukti report nanti.. buat sementara menunggu fotographer PMS datang, Echa dan Canon nyer la jadi fotographer sambilan.. haha,, 



Sementara menunggu Miss Tan dan serombongan bas tiba, Dee dok la depan pintu masuk sambut tetamu dengan senyuman yang entah pape.. hehe.. dalam hati ny bila lah kawan-kawan nak sampai? Boring dah tunggu sorang-sorang.. huhu.. bila perarakan bermula je, rasa macam nak melompat best sangat kawan-kawan dah sampai.. hehe.. diorang berarak ke dewan dengan diiring paluan kompang daripada penduduk Sungai Lembing.. then majlis tu bermula serta pelancaran 1 Siswa 1 Komuniti.. 



Dyorang baru sampai
Majlis dirasmikan oleh Dato' Manan
Hajah mengiringi beliau..
Kumpulan Kompang Sg.Lembing




My love lect Miss Tan dan Miss El juga tak lupa mizi yang interframe.haha 
Selain tu kami diagihkan ke kepada keluarga ibu dan bapa angkat masing-masing.. Dee partner dengan Ella.. kami dapat ibu tunggal.. tengok macam tak up to date.. tapi bila dah tahu, vouge giler umi kitorang.. huhu.. then kami ikut umi balik ke rumah dia.. 

Dalam pukul 3 kami berkumpul semula unk taklimat tentang Homestay Sungai Lembing.. habis taklimat kami semua membersihkan Pantai Pasir Kubur.. buat amal 'Kelestarian Alam' dengan mengutip sampah-sampah kat pantai tu.. 


Sebelah malam ada barbeque dan persembahan.. kami buat persembahan nyanyi lagu Politeknik, IM4U dan koir Dirgahayu Tanah Airku.. semua seragam pakai baju hitam IM4U dengan tudung merah.. Dee je yang pakai 2 ton warna tudung.. ada lah someone tu cakap Dee pakai tudung klorox.. grrr.. Dee pakai tudung tu sebab malas nak gosok tudung merah tu yang pakai je.. haha



Ny koir kami..Dirgahayu Tanah Airku..happening !!

ny persembahan kelas DUP1 S1.. the best !!
Opps lupa,ny persembahan Anak Kayan..seriously amazing!!

***********

19th March 2013



Hari last, semua diminta berkumpul pada 6.30 pagi untuk naik ke Bukit Panorama.. sebenarnya kalau cepat sampai dapat tengok matahari naik.. tapi nak naik ke atas tu pun ambil masa, mana lah sempat nak tengok.. masa Dee sampai matahari da terbit dah pun.. Dee dan Ella dah terpisah.. Kak Kepochi dan Nadia pun dah terpisah.. Dee dengan Kak Kepochi dah ada kat depan dulu..nak tahu tak, Dee yang yang tarik Kak Kepochi yang keding tu naik.. Kak Kepochi marah-marah Dee sebab tak nak berhenti.. Dee cakap apa kat dia? “ bernafas jangan buka mulut,guna hidung je..”haha.. Dee tak nak berhenti sebab nak sampai cepat.. walaupun dah tak cukup nafas, Dee nak naik juga slow-slow.. Dee tak bercakap masa mendaki sebab nak jaga pernafasan.. same like jogging.. just pernafasan hidung je.. akhirnya alhamdulilah, berjaya juga sampai ke atas menjejakkan kaki ke Bukit Panorama.. rasa puas sangat dah sampai.. hilang penat rasanya.. huhu.. nak naik separuh nyawa.. ye lah first time mendaki bukit lah katakan.. dah amek tourism nak tak nak aktiviti macam ny mesti jadi sebahagian dari hidup kita.. haha,, yang best bila turun dah sampai bawah,menggigil-gigil semua kaki.. rasa kelakar.. haha

Aggaran tangga ny 800m..haha
Then kami jalan kaki ke PPOC.. ape tu? Haa.. PPOC tu Persatuan pemulihan Orang Cacat..tapi sekarang dah tak panggil orang cacat.. dikenali denganpusat orang kurang upaya (oku).. dekat sana jugalah tempat surat daripada Utusan Seri Paduka Baginda dibuat.. cekap sangat diorang buat walaupun memiliki kekurangan.. tapi diorang kuat malah tak jadikan kekurangan mereka tu sebagai halangan untuk terus maju.. dekat sana juga menyediakan beberapa buah basikal untuk disewa untuk tourists yang sukakan aktiviti berbasikal.. basikal tu disewa dengan harga 1 jam RM3.. aktiviti berkuda juga ada..bagi orang yang suka berkuda boleh lah datang ke Sungai Lembing.. tapi sayang masa mencemburui kita.. tak dapat nak jalan-jalan kampung naik kereta kuda.. huhu



Orang kuat PPOC
Akak dan Tam
Abg Afiq dan Tam
Ny gambar Echa dan Naufal naik kereta kuda..naik je tak jalan pon..haha
Selain tu perkhidmatan kereta kuda juga ada..naik kereta kuda pusing keliling RM8 je.. tak mahal pun.. haha.. then kami bergerak ke Muzium Sungai Lembing.. biasa lah kalau dah dekat muzium, bergambar je la.. keluar dari muzium kami menapak ke terowong bijih timah.. panjang jugak la perjalan dalam tu.. Dee tak bawa kamera so tak dapat nak amek gambar sangat.. Dee dapat la rasa naik tempat bijih timah tu diangkut..dekat dalam terowong tu sejuk je rasanya.. ada titisan-titisan air bukit yang menitis dia dalam terowong..








Then keluar je Dee, K.Aida dan Nadia ke souvenir shop sebab dah kering sangat tekak rasanya.. Dee dan K.Aida beli baju dari Sungai Lembing untuk kenang kenangan.. huhu. Then kitorang balik ke rumah masing-masing.. balik-balik je umi kitorang buatkan mi jawa untuk Dee dan Ella.. apa lagi langkah kanan la.. mi jawa terkenal di kalangan penduduk kampung Sungai Lembing..

Sebelah petang tu majlis penutup event kami.. rasa terharu la juga.. tak dapat nak kenal lama.. setiap ibu bapa angkat diberikan cenderamata.. kami juga bagi buah tangan pada umi.. Dee bagi umi bowl soup tu ha.. Ella bagi 6 biji cawan.. itu je yang termampu.. haha.


Gambar kenangan bersama ibu bapa angkat
Program ny masuk kat Bernama..


>> Thanks for reading..

Thursday, 14 March 2013

A Hard Day


Assalamualaikum...
salam ukhwah semua !!

Hari ny Dee seharian tak rehat sebab berlatih untuk persembahan masa perkhemahan..LETIH nyer rasanya..pagi ada kelas then lepas habis kelas tadi berlatih koir..Dee punya kelas nyanyi lagu "MY HEART WILL GO ON"..amacam??haha..boleh la buat-buat ada daripada lagu yang tak hafal time last-last minit macam ny,huhu..actually kitorang nak masuk pertandingan koir hari tu tapi semua tarik diri sebab tak prepare apa-apa..lagipun syarat pertandingan tu mesti dua buah lagu..memang tak ada rezeki nak buat macam mana kan..hah,tadi masa dalam kelas Communicative English rasa mengantuk sangat..rasa Dee,Sir perasan yang Dee ny nak terpejam dah..hehe..rasa macam kat awang-awangan..hehehe..Sir bercakap kat depan terangkan kat kitorang..Dee usik kawan sebelah tapi dia tak ada respon untuk buat Dee gelak..Dee cucuk dia goyang-goyang kan dia..hehe..dia buat tak tahu je..lepas tu picit-picit la sikit lengan Dee sendiri..rasa sakit pulak..rasa dah dua tiga hari sakit..mungkin terkehel..entah buat apa je la kan..malam tadi roomate Dee yang baik hati tolong pijakkan kaki Dee..mungkin nampak macam pelik..apa? iron lady? memang tak la..haha..actually Dee kalau diam tu maksudnya tak la sakit sangat..tapi kalau mintak tolong pijakkan tu maksudnya sakit yang teramat sangat la tu..sampai kadang-kadang menangis taw tahan kan sakit kaki..kadang-kadang Dee terpaksa ambil ubat tahan sakit..mungkin orang lain boleh fikir alah setakat sakit kaki sikit..huhu..tapi kita hah yang menanggung nyer..orang lain tak tahu..Mak cerita masa Dee kecik-kecik dulu selalu nangis kalau sakit kaki..tapi kalau da diurut,senyap..boleh ketawa-ketawa da..sampai lah ke besar kadang-kadang mak yang tolong pijakkan kaki Dee..hehe.walaupun mak sakit kaki,mak tetap pijakkan Dee tapi duduk atas kerusi laa..terharu pulak..Dee SAYANG mak..terima kasih mak..

>> Thanks for reading..

Wednesday, 13 March 2013

WIRA NeGaRa

Assalamualaikum semua..


Hari ny cuaca redup je rasanya..tak la panas sangat,tak la hujan..tapi kalau hujan lagi la bagus,kan rahmat Allah..Dee ny pon lah tak bersyukur kan..hehe..Dee nak citer yang malam tadi Dee pergi pusat islam kat sini dengar ceramah yang pasal Lahad Datu..rasa macam terharu kat pejuang negara kita yang sanggup berkorban demi agama,bangsa dan negara kita..diaorang terpaksa meninggalkan anak-anak dan isteri mereka untuk mempertahankan MALAYSIA..mereka harus menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai pejuang walaupun memikirkan anak dan isteri..namun apakan daya,untuk menyelamatkan generasi muda yang akan menjadi pemimpin kelak,mereka sanggup bergadai nyawa untuk kita..subahanallah sunngguh mulia mereka..yang telah terkorban kita sedekahkan la Al-Fatihah agar roh mereka tenang..yang sedang berjuang sekarang ny kita doakan supaya diberikan kekuatan dari segi mental dan fizikal mereka agar dapat bertahan sehinnga ke akhirnya..insyaallah

>> Thanks for reading..

Thursday, 7 March 2013

MaSa BeRSaMa


 Assalamualaikum..hye semua!!


Hari ny Dee nak story sikit tentang kawan-kawan seperjuangan Dee di PMS..kawan ny kadang-kadang pon boleh jadi lawan..sometimes boleh dijadikan kawan dunia dan akhirat..yang Dee nak citer ny kawan Dee yang setia..mungkin,sebab Dee pon belum cukup lama untuk kenal mereka..kadang kami keluar ke bandar sama-sama..padahal nak makan je..demand konon tak nak makan kat kafe..actually bukan demand k..kami ada keperluan nak bli barang then belum makan lagi,,so kami makan la sekali di Jentayu & Kopitiam..tu je yang ada kat sini..boleh la dari tak ada,bersyukur..hehe.Dee da anggap diaorang ny macam adik-beradik Dee sendiri..Dee harap berkekalan la ukhwah kami semua didunia dan akhirat..tapi ape pon mak abah Dee selalu pesan pilih kawan yang elok sahsiah nye,tak tinggal solat..alhamdulilah,Dee dikelilingi dengan orang yang sebegini rupa..Dee ny kadang-kadang mungkin pelik orang tengok,tapi Dee mamang tak ada simpan sikit pon perasaan kat classmate Dee because they are my family..they are my siblings..tapi ada someone ny yang tak boleh faham akan pendirian Dee..Dee harap sangat someone tu be a professional person..should not have heart feeling..bagi Dee orang yang macam ny tak professional..i don’t know why..just annoying..ahakz.malas nak bahas..haha

Actually D to the N to the A to the S tuu Dee,Nadia,Aida dan Sue..kitaorang semua sebaya kecuali kak kepochi who is Aida..kitaorang panggil dia kak Aida..kami bukan macam satu group empat orang ke gitu..we are just like teman tapi mesra tuh..haha.Dee rasa senang berkawan ngan diaorang ny..by the way thanks to all my love ^_^

>> Thanks for reading..

Tuesday, 5 March 2013

Adam Yang KutuNggu


Assalamualaikum ya ukhti..

Dah berhari tak berblog..hehe.korang semua apa khabar? Diharap sihat hendaknya..ala,,tak sihat ke?kalau tak sihat pergi klinik ya..haha..Tadi petang Dee nak keluar pergi Bandar Muadzam..sambil tu berbual la dengan kak aida iaitu KAK KEPOCHI..cakap kat dia sweet tengok couple tu nampak secocok tapi malangnya haram bagi mereka..beberapa hari lepas Dee asyik terkhayal je terfikir siapa la yang akan cari tulang rusuknya yang hilang ny kan? Then Dee cakap kat akak..rindunya kat ADAM..bila lah Adam ny nak datang jemput Dee..haha..saje je gurau-gurau ngan akak..actually orang semua ada partner,tapi kita tak ada..bukan memilih tapi belum ada yang menepati kriteria Dee..ahakz..demand je lebih kan..Dee nak rasa manis nye bercinta lepas kahwin kalau sempat la..siap termimpi-mimpi lagi mak cakap dengan Dee..

+ Mak : tu lah orang nya dek..
- Dee   : dalam hati *hensem orang nya..tapi buat muka agak blur tanya kat mak “siapa?”
+ Mak : tu lah orang yang mak carikan..
- Dee   : ha?? mak biar betul? Adek main-main je ngan mak..

Terus terjaga dari tidur..haha..rasa terkejut pon tak hilang lagi..macam betul je kan,padahal mimpi..tapi kalau betul best jugak..bermimpi di siang hari je lah Dee..haha..zaman sekarang ny parents aturkan perkahwinan?? Macam lain je bunyi kadang..tapi Dee kalau orang tanya selalu Dee cakap mak carikan..hehe.kadang jodoh yang dicarikan ibu bapa ny keberkatannya lebih..huhu..Dee ny tulang rusuk Adam mana lah kan?? *mata tengok atas*

Tulang rusuk adam yang hilang,biarlah dia datang mencarinya sendiri.Hawa pula tunggu dan bersabar,tak perlulah kita mencari adam..kita tetap tulang rusuknya yang hilang..satu hari nanti Adam akan datang mencari dan mengambil kita..apa yang boleh kita buat hanya berdoa agar Adam yang datang tu Adam yang beragama,beramal dengan agamanya dan punyai akhlak yang baik..insyaallah

>> Thanks for reading..

Friday, 1 March 2013

Crying

~Assalamualaikum~
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum..


Hye semua !! Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi hari ny Dee masih dapat melihat dunia..dapat la berblog lagi..dapat la post yang ntah pape ntah yang Dee akan post sat lagi..haha

Tuhan menganugerahkan 2 biji mata kepada manusia untuk kita menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan.di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang manusia tak lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata..punya lah intro..Dee nak tanya korang pernah menangis tak ?? tipu la korang tak pernah menangis..Dee tak percaya langsung kalau korang kata tak pernah menangis..tu yang masa kecik-kecik dulu korang baru lahir tu ape ? tak nangis ke tu ? nak susu nangis apatah lagi sakit perut lagi la merengek..hmmm,haha..tak dapat gula-gula pon nangis,,euww tak malu,ahakz..nak tahu tak Dee suka sangat nangis taw..sikit-sikit nangis tapi bersebab la..ketawa pon kadang sampai orang ingat kita menangis..sedih ngan terharu lagi la tak payah cakap memang tentu-tentu keluar air mata,haha..kalau geram pon Dee akan nangis..tak taw la kenapa..rasa macam kalau nangis tu hilang geram kat something tu..lagi kalau cari barang Dee yang hilang tu tak jumpa-jumpa pon nangis jugak..tapi kalau da jumpa senyum sampai ke telinga,,heee..Dee kalau tengok citer-citer sedih pon sama..Hindustan kalau tengok Kabhi Kushi Kabhi Gam menangis bagai nak rak lap air mata sampai da nak habis tisu..ntah la Dee pon tak taw kenapa Dee terlalu sensitif..hehe..maybe eyes sense kot..tapi kalau dah nangis tu lega sangat rasa..mesti korang pon pernah rasa..macam segala bebanan yanag ditanggung selama ny hilang..tapi kalau tengok citer tu bukan hilang bebanan..feel terlebih punch line..haha

Menangis merupakan anugerah dan terapi  yang berkesan menurut agama islam dan kajian perubatan..menangis juga pelajaran  terpenting dalam islam sebagai muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan..maka bagi setiap diri yang bergelar hamba wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu menangis,belajarlah untuk menangis atau bermulalah dengan bpura-pura menangis..tidak dinafikan para rasul dan nabi serta sahabat sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat,doa dan juga zikir..subahanallah..actually Dee nak share kat korang crying topic,hehe..


Ada beberapa alasan manusia menangis

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.



Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


>> Thanks for reading..