Tuesday, 4 February 2014

Menjengah Sanubari

ASSALAMUALAIKUM Cinta


Hai semua! Bagaimana dengan perkhabaran diri kamu semua ya? Diharap sihat hendakNya. Rasa macam lama dah tak on blog ni, haha.. Hmm, banyak sangat halangan bila nak buka tu. Ada je, macam2. Esok dee ada interview tau! Doakan saya ya.. :D

Tadi tengah tengok2 pakaian masa interview, tergerak pula nak tengok pakaian muslimah sebenar. Issue ni lah jugak yang menyentapkan sanubari. Bukan dee tak tahu sebelum ni, tapi masih tak apply kan dalam kehidupan seharian. Tapi walau macam mana pun, niat dalam diri tu ada. Cuma belum sampai masanya lagi mungkin.

Mungkin sesetengah orang kata cuba2 lah pakai stokin untuk tutup aurat kita. Tapi pada dee, tak ada guna jugak kalau kita buat kerana terpaksa bukan kerana kerelaan hati. Betul tak?? Insya Allah, perlahan2. tapi belum lagi buat masa sekarang. Kadang2 malu tengok kawan2 kelab Rakan Pusat Islam. Diorang semua bertutup kaki, pakai sarung tangan. Bila tengok diri sendiri, mashaAllah. Jahilnya aku dari kalian! Sesungguhnya, memang benar itu terjadi. 

Tu belum cerita lagi pasal tudung labuh. Ya dee tak nafikan yang bila kita berpakaian labuh, automatik terasa yang diri kita ni selamat. Tapi belum sampai tahapnya lagi mungkin. Sedih tengok kat diri sendiri ni. Ramai yang dah nasihatkan supaya labuhkan sikit tudung. But actually, i'm not ready yet! I've the reasons why. Insya Allah, doakan untuk dee ya supaya diberikan petunjuk dan hidayah-Nya, ameen..

Korang nak tahu tak? Bila dee tengok orang yang pakai purdah tu, subhanAllah. Cantiknya mereka. Manis sungguh rasanya senyuman mereka walaupun tak nampak dengan mata kasar. Sampai macam tu sekali dee lihat pada mereka disebalik purdah yang dipakai. Ya, memang cantik. Tapi, ha tu lah masalah dee, haha.. Kesiankan. Penat mak abah hantar pergi sekolah agama. Tapi bila besar jadi macam ni, hmm..


Ya Allah, semoga diri ini diberikan petunjuk dan hidayahMu. Sesungguhnya, niat itu sudah ada. Cuma untuk melakukannya, mungkin mengambil masa dan tak tahu juga sehingga bila Allah akan beri pada dee masa. Ha, satu perkhabaran yang baik. Seorang daripada kawan sekolah dee dulu telah pun berhijrah. SubhanAllah. Bangga sangat pada dia. Ya, sesungguhnya kerdil sangat dee ni. Malu, tersangat malu kepadaMu wahai sang pencipta sekelian alam. Semoga sama2 kita diberikan nur cahaya Islam ke arah yang lebih baik. Daripada baik sikit kepada baik banyak, insya Allah. Ameen..


>> Thanks for reading..

Thursday, 30 January 2014

Annoying Question

ASSALAMUALAIKUM


Hai semua! Apa khabar? Banyak hari yang telah dilalui. Bersyukur sangat masih diizinkan bernafas dan memohon keampunan kepadaNya serta semoga dapat memperbaiki diri ini, aminn.. Dee baru sampai semalam malam. Tu yang hari ni melepaskan gian nak berblogging, hee..

Ha, kita cakap pasal topik kahwin la, haha.. Hmm bila ditanya pasal kahwin, of course la semua orang nak kahwin kan? Tipu la kalau ada orang kata dia memang tak nak kahwin. Mesti ada something wrong some where, haha.. Dekat kampus dee 15 Feb ni ada kursus kahwin. Tapi tak tahu lagi sama ada nak pergi atau pun tidak. Bayaran RM 80 sahaja. Kalau kat luar dah beratus harga kursus tu je.

Bila kak aida kata dia nak pergi dengan husband to be dia, kita pun terfikir tiba2, haha.. Betul jugak kan. Then tak kan la tunang kita tu nak pergi seorang diri pulak? Kesian pulak rasanya. Tapi bagi dee, tak apa kot dia pergi seorang. Nak kesian buat apa? Nampak tak kejam di situ? haha..

My friends semua pelik kenapa sampai sekarang masih 'single mingle'. Actually malas nak fikir semua tu. Pengalaman mengajar kita untuk perbaiki. Not important to have. Cari cina mualaf tak jumpa. So tak payah nak berangan sangat la. Hmm, tapi kalau bercinta lepas kahwin, mesti lagi best kan? hee, sweet2 sour je gitu, haha.. Ya, so barang sesiapa yang menyimpan hasrat sebegitu rupa, cara nak jawab seperti di bawah ini ya, haha..

Jawapan terbaik tentang perkahwinan :

Kenapa lambat? --> Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
Dah berpunya?  --> Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2
Siapa?               --> Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
Bila?                --> Bila kami dah dipertemukan.. Insya Allah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.. 

Masih banyak lagi perkara yang harus difikirkan bukan? Jodoh pertemuan, Allah yang tentukan. So, berdoalah kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa ke atas kita. Belum lagi cakap pasal diri ni, banyak yang nak perlu diperbaiki. Asif..


>> Thanks for reading..

Thursday, 2 January 2014

Program Qasidah

ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua, zao an! Zao an tu selamat pagi la awak2 semua, hee.. Saje je. Eleh, sebenarnya tahu kan? Saje lah tu buat2 tak tahu kan? Belasah karang? Haha.. Actually pagi2 ni update sebab esok dah nak balik poli. Wee!! Seronok kah? Hmm, tak nak balik boleh tak? haha.. Terasa sedap pulak dah bercuti seminggu dan tak nak continue study pulak dah. Sampai hari pun dah lupa, haha.. 


Eh, hari tu dee pergi program qasida di stadium Melawati Shah Alam tau. Hari tu nak update asyik terlupa je, hee. Almaklumlah, sekarang ni dah jadi kekurangan upaya kan. Bukan orang kurang upaya okay! haha.. Tu yang cuti sem hari tu balik lambat. Dee dengan beberapa orang sahabat yang lain pergi dengan menaiki van. Tapi masha Allah, van tu dah jadi kuda da, haha.. Ustazah Tengku sebagai pengiring kami dari poli. Ustazah steady je tido. Dee tak payah cakap la. Nak bercakap dalam van tu pun tak sedap. Semua terasa, haha.. Nak termuntah la, sakit kepala, sakit perut nya lain, aigoo.. Masuk je van, siaplah minyak kapak sebagai peneman setia. Agak2 rasa dah tak tahan duduk kat bawah seat tu ha, lawak kot orang tengok. Macam pelik kan? Tapi begitulah norma apabila dee dah tak tahan, haha..


Masa perjalanan tu, kami singgah di perkampungan Felda Chemomoi di Triang, Pahang. Ha? Mengapakah kami singgah?? hehe.. Actually tu kampung Cik Lan la. Kami akan buat program nanti. That's why la buat perbincangan sedikit dengan ketua kampung, Tok Pat. Masa meeting tu hanya pelajar yang wakil dee dan pengerusi. Hmm, kalau mas ada kan senang, biar je. Ni mas pulak tak pergi, kita lah yang kena nak tak nak. Tahu je lah dee kan. Memang tak boleh bercakap la. Yang Cik Lan tak sudah2 kenakan kita tanya macam2, haish.. En. Pengerusi tu plak, pun tak cakap diam je jugak, haha.. Lawak la. Muka masa tu jangan cakap la. Dah jadi warna hijau kot. Bertukar jadi hulk, hoho.. Nak kat segan, segan kot tapi the main piont is dee tak tahu nak cakap apa. So tu yang diam je, hee..

Okay sambung balik, actually kami pergi program Shah Alam Berselawat - Malam Gema Cinta Rasul bersama Habib Syech Assegaf. Best giler kat sana. Dee tak pernah rasa mcam tu dengan alunan kelunakan kemerduan suara beliau. Yang paling terharu bila mana seorang adik yang mengumandangkan azan maghrib. Terkesima siapa mendengarnya. Ribuan penonton mendengar. There's something 'WOW' that he had. 

Subhanallah, kagum melihat dia dan bersyukur masih diberikan nikmat Islam dan Iman. Speechless dee melihat and one more thing, seronok tengok semua orang Islam bersemangat berselawat ke atas Rasulullah. Alhamdulilah semasa program tak ada lah apa2 kehilangan. Cuma ada seorang makcik tu je la, annoying giler, grrr.. Geram je kan. Ada ke patut, makcik tu marah kawan2 kami yang bercakap? Rilex la, bukan cakap kuat kot. Dah tu speaking pulak tu. Sombong giler. Tak jaga langsung adab manusia sesama manusia. Astaghfirullah, ha kan tak pasal2 pulak dee mengata, haha..

tun, syed, ustazah, husband ustazah asma dan mujib

>> Thanks for reading..

Wednesday, 1 January 2014

Taubat Seorang Hamba

ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua blog reader! Hanya sekadar perkongsian video ni. Tak ada pun. Just nak muhasabahkan diri dee ni je. Marilah sama2 kita dengar ya. Terasa keinsafan menjengah diri. Terlalu banyak yang telah kulakukan di dunia ni. Selalu alpa tak tahu bila menunggu saat tibanya. Semoga kita sama2 mendapat hidayah dariNya. Aminn..

Menyelusuri hidup sepanjang 20 tahun ni, banyak perkara yang telah ku lalui. Bermula dari seorang anak kecil yang tidak mengerti apa2 sehingga menjadi seorang muslimah. Aku bangga memiliki keluarga berlatar belakangkan Islam. Sejak dari kecil didik dengan agama. Ibulah yang selalu mengajarku, mendidikku dengan ilmu Al-Quran. Katanya, " Al-Quran lah yang akan menjadi penolong di sana nanti" Subhanallah.. Ku berdoa semoga diriku boleh menjadi sepertimu wahai 'UMMI'..

MUHASABAH mesti diteruskan
TARBIAH mesti dimantapkan
agar menjadi 1 binaan MUHAFAZOH yang kukuh
kekurangan makanan rohani di kalangan penyokong ISLAM
akan membuatkan diri syaitan menjelma



>> Thanks for reading..