Tuesday, 31 December 2013

Xīnnián Kuàilè

 ASSALAMUALAIKUM..


Hi readers! hee.. Hari ni kita 19 tapi hanya tinggal beberapa jam je lagi nak masuk tahun 2014. Esok dah nak masuk 20 tahun. Huarghhh, tak sangkanya dah nak menjangkau masuk ke era 20-an. haha.. Hmm, banyak lagi yang nak kena buat, nak dipelajari. Terlalu banyak sangat. Hmm.. Rasa kekesalan menjengah diri, haha..

Start from now, work more hard. Tadi call classmate. Sedih jugak la sebab tak dapat join mereka buat dinghy.Ha? apa tu? Tapi untuk makluman itu bukan penyakit yang demam denggi tu ya, haha.. Dinghy tu salah satu marine activity. Kita pun tak tahu apa tu dinghy. Tunggu lah balik poli nanti. 

Eh, nak habaq mai ni, tapi apa pun kita tidak la terlalu tua dan bukan la muda lagi. Ingat!! haha. But, i still perasan yang i ni 15 y/o la, haha.. Okay la sempena Tahun Baru 2014 dengan azam yang baru, sematkan azam yang baru supaya ia akan menjadi lebih bererti dan bermakna pada diri ini serta menjadi lebih tabah dalam mengharungi pelbagai rintangan yang mendatang. Aminn.. Last but not least, sentiasalah perbaharui semangat yang baru, ahakz..

2014 is Coming! Before 2013 Ends, let me thanks to all kind people like u, who made 2013 so beautiful to me. I pray you be blessed with faithful years ahead. I wish this year will be:

Fantastic JANUARY
Love able FEBRUARY
Marvelous MARCH
Fool less APRIL
Enjoyable MAY
Successful JUNE
Wonderful JULY
Independent AUGUST
Romantic SEPTEMBER
Tastiest OCTOBER
Beautiful NOVEMBER
Happiest DECEMBER

 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014


>> Thanks for reading..

Monday, 30 December 2013

Jika Aku Jatuh Hati

ASSALMUALAIKUM..


Bismilahirahmanirrahim.. Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..


Subhanallah sweetnya kan kalau tengok ada orang macam ni. Tiba2 pulak rasa terharu. Apabila seseorang itu jatuh cinta, cintanya hanyalah kepadaMu ya Allah dan cinta kepadaMu tidak akan ada tolok bandingannya. Entah kenapa rasa nak mengupdate post2 yang sebegini rupa, hee.. 

Masa dalam kelas, Madam Liyana who is my beloved lect bagi tahu tentang perkahwinannya yang baru dibina. Even dah 10 tahun kenal tapi masih tak kenal who is her real husband. Hmm, betul lah tu. Then madam kata, "simpanlah cinta awak semua untuk orang yang tepat yang selayaknya mendapatkannya nanti". Madam bagi nasihat, "buat masa sekarang ni tak perlu lah nak memikirkan hal yang tak penting yang perlu difikirkan" katanya, hahah.. Betul, betul, betul!! Saya sokong 120%. Ahakz.. Yang penting sekarang ni dee mesti capaikan hasrat mak, abah dan keluarga. It's a main goal, so work hard dee!! hee.. Dee rasa bangga pada Masturah Azid yang mana merupakan sahabat yang banyak membantuku menuju ke jalanMu. Semoga kami berjaya di dunia dan diakhirat. La tahzan, teruskan berusaha, bertawakal dan redha atas ketentuan yang ditetapkan Allah. Insyaallah!! >_<

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..


>> Thanks for reading..

Aisya Humaira

ASSALAMUALAIKUM..


Selamat malam, hee.. Hai semua!! Pemilik blog litretears terasa ingin mengupdate pula malam ni, haha.. Actually tengah kebosanan jugak la. Terasa nak update pasal Aisya Humaira pulak, hee.. Nak buat kerja tak sihat sangat lagi. Tu yang kena duduk diam2 je ni, huhu.. Lepas je solat tadi buka lagu2 yang berunsur kerohanian biar bagi sedar sikit yang kita ni banyak kekurangan *cakap dalam hati*haha..


Buka2 youtube terus cari lagu Aisya Humaira. Best tau lagu tu. Dulu la masa mula2 dengar lagu tu terus terpikat dengan lagu daripada kumpulan nasyid UNIC tu. Dulu kumpulan tu ada 4 orang. Tapi sekarang 3 je kot yang tinggal atau pun ada penambahan ahli baru ke kan. Kita pun tak tahu la sebab tak berapa mengikuti perkembangan mereka. Dulu ada Bazli, Fitri, Wanshah dan Hafiz. Tapi sekarang Hafiz Hamidun kan dah bergerak solo. So, tak tahu lah pulak sekarang macam mana ya.

Bila dengar lagu Aisya Humaira ni tersentuh hati. Jauh di sudut hati yang paling dalam nak jadi macam Aisya Humaira. Subhanallah, besar sungguh nikmat yang Engkau berikan ya Allah. Kadang2 terharu tengok pengorbanan orang2 kuat yang mempertahankan agama Allah iaitu agama Islam. Mereka tabah menghadapi semua tu. Dee pun terfikir kadang "kalau aku, mesti tak mampu nak menjadi seperti itu". Tak payah banyak la. Bukan tak mampu je malah tak layak. Bila diuji sikit je dah menyerah. Terasa malu pada Allah dan juga diri sendiri *dalam hati beristighfar*. Jadi sama2 lah kita hayati kisah pengorbanan Aisya Humaira >_<


***********

Aisya Humaira adalah suatu nama yang cukup sinonim dalam sejarah Islam. Seorang isteri yang taat kepada Allah SWT sebagi pencipta & suaminya, Rasulullah SAW yang banyak melalui segala badai untuk menyampaikan perintah daripada Yang Maha Esa. Kisah dirinya yang sangat menyentuh hati apabila Aisya difitnah bersekedudukan dengan Safwan setelah sekembalinya mereka dari peperangan dengan Bani Mustalaq oleh munafiqun yang mahu menjatuhkan Islam. Subhanallah..

Kaum munfiqun berkepala Abdullah bin Ubai bersorak gembira akan peluang itu untuk memburuk-burukkan Islam dan dirinya yang suci. Namun Rasulullah SAW hanya boleh terdiam diri sahaja disebabkan penangguhan wahyu pada ketika itu.

Fitnah yang meluas akhirnya hampir menundukkan kebenaran apabila Rasulullah SAW dinasihati secara qiasan oleh Ali RA untuk menceraikan Aisya dalam syura baginda bersama sahabat. Usamah pula menasihati baginda agar meneruskan saja tanpa memperdulikan fitnah dusta musuh Allah.

Dalam sudut yang lain, apabila Aisya mendapat tahu akan fitnah itu maka air mata pun mula bercucuran membasahi pipinya yang putih kemerahan dan tiadalah lena malam-malamnya sehingga Rasulullah menasihatinya;

"Cukuplah Aisya. Memang telah sampai ke pengetahuanku begini-begini. Sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah akan menjelaskan kebersihan kau itu. Dan sekiranya kau bersalah, pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan menerima taubatnya itu."

Maka bercucuranlah lagi air matanya dan berkata;

"Demi Allah, aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya. Di sini ku berkata: daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengaku sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayainya sebagai suatu yang benar, apa lagi yang hendak aku buat selain dari berucap apa yang telah diucapkan oleh ayah Saidina Yusuf."

Dan Aisya pun melafazkan surah Yusuf ayat 18 yang bermaksud;

"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allah lah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu."

Dan tidak lama beberapa ketika selepas itu turunlah wahyu Allah dari surah an-Nur ayat 11 hingga 20 yang menyucikan kembali status Aisya dan Rasulullah lantas tersenyum sambil berkata;

"Wahai Aisya, kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda."

Pemergian Rasulullah SAW merupakan detik paling sedih buat Aisya setelah baginda dijempu plang oleh Allah SWT dipangkuan Aisya sendiri.

Namun diri ini tidaklah setabah Aisya Humaira, seorang Srikandi Islam yang teguh keimanannya, taatkan suaminya, sabar hatinya, mulia akhlaknya dan cukup indah zahirnya. Sedikit sebanyak semangat dan keteguhan beliau meniupkan sedikit roh ke dalam hati kecil ini. Semoga hati ini sentiasa tabah dan sabar..


>> Thanks for reading..

Sunday, 29 December 2013

Gara-gara Kuok Foundation


ASSALAMUALAIKUM..


Hai semua?? Apa khabar? Diharap semua sihat hendaknya la ya, hee.. Terasa rindu pulak meninjau ke dalam sanubariku walaupun kesihatan masih tak stabil, haha.. Dee saje je nak update. Actually dee rasa sedih sangat sebab tak sempat nak apply Kuok Foundation.

Kuok Foundation tu start 3 Desember sampai 30 Desember. Tapi disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan akibat keberadaan ku di hospital, tak dapat la nak apply. Then semua fotocopy yang diperlukan semua ada kat hostel. Lagi menyedihkan bila mak kata “hantar je” tapi akak pulak kata “tak payah hantar”. The reasons why, all the certificates not completed. So the answer is stop writing, stop babbling and shut down the lappy, haha.. That feeling rasa macam dee ni sia-siakan kesempatan yang ada depan mata. Tapi dee nak try luck sebab tourism kan banyak pakai duit. That’s why la dee nak ambil scholarship tu untuk kurangkan beban mak abah also my sisters.

Poli pun satu, bukan ke nak buat announcement pasal scholarship tu. Hmm, sangat menyebalkan. Grrr.. Time kita nak masuk hospital baru sibuk nak keluarkan scholarship la apa la. Ni yang rasa nak membebel ni. Rasa nak nangis pun ada. Sampai kawan kita tu cakap kita ni manja. Tapi mana ada manja! Haha.. Actually luahan perasaan je yang tak nak ditonjolkan. Erkkk?? Haha.. Sampai kita kata nak peluk kawan dia. Tapi itu hanyalah sekadar gurauan semata bagi menceriakan suasana pada waktu tegang, huhu.. Last but not least, ia tak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia ya. Haha..


>> Thanks for reading..