Saturday, 9 November 2013

Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Assalamualaikum!!


Entry kali ini, dee nak share sikit tentang kanser payudara. Kanser payudara menjadi penyerang utama rakyat negara kita berbanding empat jenis barah utama lain, termasuk usus dan paru-paru. So, kita sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan kita? Cukuplah sekadar kita mendoakan mereka serta berikan semangat untuk mereka terus berjuang. 

Bulan Oktober merupakan bulan khas kesedaran kanser payudara ataupun dipanggil ‘Pink Oktober’. Oleh itu, banyak syarikat atau badan organisasi yang cuba untuk meningkatkan kesedaran melalui pelbagai cara. Salah satunya diisytiharkan kempen ‘No Bra Day’ pada 13 Oktober lalu.

‘No Bra Day’ merupakan hari di mana semua peringkat usia remaja perempuan dan wanita digalakkan untuk berjalan/ keluar tanpa memakai bra. Ianya sebagai tanda memberi sokongan untuk wanita yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia akibat kanser payudara. Selain itu, individu yang telah berjaya melengkapkan diri mnghadapi rawatan kanser payudara. Jadi, pada 13 Oktober lalu semua wanita dan remaja perempuan digalakkan untuk turut serta dalam ‘No Bra Day’ sebagai tanda kesedaran terhadap kanser payudara.

Ia merupakan kempen tahunan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini. Kebanyakan orang tahu tentang kanser payudara, tetapi tidak mengambil langkah untuk mengesan penyakit ini pada peringkat awal. Ada di kalangan wanita yang mempunyai gejala-gejala kanser payudara, enggan tampil untuk mendapatkan nasihat doktor. Mereka enggan menerima kenyataan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dan mereka beranggapan bahawa perkara itu akan hilang dengan sendirinya sekiranya mereka tidak mengendahkannya. Pemikiran begini adalah amat merbahaya dan merugikan pesakit itu sendiri.

Bagi kaum wanita, anda boleh melakukan Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP) setiap bulan serta menggalakkan rakan-rakan tersayang membuat pemeriksan juga. Bagi kaum lelaki, tolong sebarkan kesedaran melalui perkongsian informasi ini dengan rakan-rakan wanita dan keluarga. Jika anda prihatin, bantulah mereka dalam mengharungi penyakit mereka. Fight for life!!




>> Thanks for reading..

Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin

Assalamualaikum!!


Hai semua! apa habaq hampa semua?hihi.. anyway hari ni hari ahad, so selamat berhujung minggu guys! ahakz.. post yang lepas dah seminggu berlalu.. sekejap je kan,, dah nak balik ke tempat study jugak.. hmmm, sedih la pulak rasanya tiap kali nak pulang ke sana..haha, macam baru masuk belajar padahal dah nak masuk sem 3 tu..haha, actually entry dee kali ini tentang MEKAR.. ha? apa tu MEKAR?? nak tahu kene la baca entry ni..haha. MEKAR tu singkatan daripada “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” hihi..

Politeknik Muadzam Shah, Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) dan Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Berkala Kementerian Pendidikan Malaysia “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” atau lebih dikenali sebagai MEKAR 2013 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Penerangan Pahang di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Kedaik, Rompin pada 19 – 22 September 2013.

Tujuan utama MEKAR 2013 adalah perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang dipilih iaitu Komuniti Orang Asli Rompin dan mewujudkan semangat kesukarelawanan di dalam diri peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Kolej Komuniti Rompin.
Selain itu, Mekar 2013 juga bermatlamatkan ‘Entrepreneurship’: Membantu membangunkan sumber ekonomi masyarakat orang asli melalui program keusahawanan. ‘Safety and Health’: Membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat orang asli. Kesinambungan kolaborasi antara Politeknik, masyarakat orang asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan agensi-agensi setempat. Mempromosi Politeknik dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pilihan utama bagi masyarakat setempat khususnya masyarakat orang asli. Memupuk semangat kesukarelawan pelajar sejajar dengan matlamat IM4U dan YES Politeknik (Politeknik Kasih).
Menurut Pengarah Program Mekar 2013, Encik Mohd Isa Abdul Rahim, "Antara aktiviti menarik yang dijalankan bersama masyarakat Orang Asli Kedaik ialah belajar servis kenderaan, kelas komputer, aktiviti mewarna, gotong royong, sukaneka dan Malam kebudayaan Pentarama yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan. Selain itu tidak ketinggalan Klinik Bola Sepak, Padang ini Padang Kita, Rawatan Kesihatan, Kempen Pencegahan daripada JKJR dan Bomba serta banyak lagi acara menarik dijalankan demi memodenisasikan masyarakat Kedaik."
Kemuncak MEKAR 2013 ialah Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada 22 September 2013 di Padang Awam, Perkampungan Masyarakat Kedaik, Rompin yang akan dirasmikan oleh Yb. Dato’ Hj. Mashruddin Bin Jarkasi, mewakili YB. Dato’ Sri Dr. Hj. Jamaludin Bin Dato’ Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin merangkap Penasihat Khas Kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Dato' Hj. Mohd Sani bin Mistam dan En. Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP.

Di pihak Politeknik Muadzam Shah dan agensi-agensi yang terlibat, MEKAR 2013 ini diharap akan menjadi satu platform menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada Komuniti Orang Asli Rompin bagi menjayakan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup. 

Menurut Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah, MEKAR 2013 yang merupakan program kemasyarakatan berkala selama empat tahun ini akan diteruskan dengan penambahbaikan agar ia dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Pelbagai program lanjutan akan dirancang selepas ini sebagai langkah melestarikan kolaborasi yang telah dilaksanakan.
Ha, itu cerita nya..di sana dee sebagi AJK Keselamatan.. haha, agak-agak selamat ke?? korng macam tak caye je kan selamat.. of course la selamat..haha.. cewahh, padahal datang sana tak buat apa-apa pun..hihihi. dee datang pada 19 September tu tak ada kerja pun.. then i join AJK Kerohanian..haha. hari berikutnya baru la ada kerja tu pun nasib baik miss el dah sihat.. kalau tak, tak ada kerja la kami cik oi..haha. dee dan kawan- kawan semua pun jadi setiausaha nombor cabutan bertuah..haha. sayang miss el, kalau tak kami kat sana tak terurus la gamaknya..huhu
ikin, arip, nuar, qila, ika, usaid

>> Thanks for reading..

Sunday, 3 November 2013

Hotel Shahzan Inn

Assalamualaikum..


Dee in the house!! ahakz.. ha sepanjang 3 minggu ni la nak update sebarang cerita yang nak dipenuhkan kat blog ni..haha.. dah berzaman dah nak update pasal kerja lapangan Hospitaliti dan Pelancongan dalam Islam.. kerja ni buat dalam kumpulan.. satu kumpulan tak boleh lebih 7 orang.. kumpulan dee 4 orang je..huhu,, kami tak nak lah ramai-ramai sebab nanti kerja ke mana orang ke mana..haha. kami decide untuk buat di Kuantan,Pahang.. sebabnya dekat,cost pun boleh kaw team ma..hee.
Kuantan, Pahang
pintu masuk Shahzan Inn
Banyak sangat halangan masa kami nak ke sana.. ha dah tahu ke nak ke mana?? tak tahu kan! ni nak bagi tahu la..haha. kami buat kerja lapangan tu di Hotel Shahzan Inn, Kuantan.. by the way, malam tu kami pergi ke TC.. apa tu TC? tak kan tak tahu?? Teluk Cempedak.. tempat yang popular sangat tu..haha. rakan- rakan dee yang ikut : Echa,Mia dan K.Aida.. Echa dan Mia gilir bawak kereta.. yang dua lagi jadi mem besar dek kerana tak berqualified untuk bawak sementara waktu..haha.. sementara tu ada lagi satu group kawan kitorang yang buat kat Classic Hotel.. 

Nak citer ni kawan kitorang yang kumpulan lagi satu tu kesian sangat.. rasa kecewa ada sesetengah pihak yang buat macam tu.. sanggup tinggalkan kawan sendiri demi orang luar.. entah makan entah tidak dekat tempat yang sebegitu rupa.. tapi dee respect kat diorang sebab kalau jadi kat dee, dee tak dapat kot sabar macam diorang.. kalau dee lah dah balik rumah.. tak nak tinggal kat situ.. diorang sanggup tinggal kat tempat tu mengelak cakap dekat luar la, mengantuk la.. terkilan sangat dengan perbuatan diorang.. takpa hari semalam menjadi pengalaman.. pengalaman tu la yang akan mematanagkan kita sama ada seseorang tu permata ke berlian..haha

Kami kat sana 2D1N. pagi tu breakfast,tapi untuk 2 orang je.. kesian dekat mia dan Echa tapi nak buat macam mana kan.. then diorang pun mandi kolam..koalam renang kat sana okay lah.. not bad.. dee dan k.kepochi pergi breakfast.. menu makanan kat sana sikit la.. kalau boleh i nak suggest buat banyak sikit ye.. Temubual kami bersama Front Office Manager, En.Norjan Ahmad berjalan dengan lancar even beliau sedikit busy sebab kurang kakitangan pada masa tu.. En.Norjan kata kalau beliau tahu, Mia dan Echa boleh dapat breakfast free tau..haha. bukan rezeki mereka dua la tu barangkali.. takpe, next time kita pergi tempat lain lagi ye..hee.. hasil temubual di sana menjadi bukti yang kami menjalankan kerja lapangan di Hotel Shahzan Inn.. Last but not least, please smile, smile and smile!! ini tak, muka macam hape entah.. tapi kerja kat front office department, baik duduk dapur tumbuk sambal.. boleh la terima jugak muka lagu tu ha..hoho. sebelum balik tu sempat la bergambar sat nak tunjuk bukti kat ustazah..hee
K.Aida, FOM, Echa, Mia

>> Thanks for reading..

Saturday, 2 November 2013

Pertempuran di Exam Final Sem

Assalamulaikum semua!! hi hi hi, helo helo helo...ahaha


Apa khabar semua?? harap sihat hendaknya la ye.. ha, ni dah nak dekat awal muharam kan.. kejam celik kejam celik da nak masuk awal muharam.. lama dah tinggal dunia blog dee ni.. k.kepochi tu sibuk sangat suruh update.. disebabkan keadaan yang terlalu amat sibuk tak dapat la dee update blog..haha,, almost 2 month jugak kan dee tak update.. macam kelakar je.. actually sekarang ni tengah semester break.. tapi 3 minggu saja ma.. :( 

Actually dee nak citer ni, yang dee dah nak masuk semester 3 tahun 2.. hooray!! sikit lagi.. tabahlah di sana.. haha.. di mana?? adalah, rahsia!! hehe,, sebelum tu nak la ucap "Selamat Hari Raya Haji" yang dah trelambat sangat ni ha..haha.. # Hazhijie Kuaile!! kepada semua muslimin dan muslimah..hee

Nak tahu tak, dee dan kawan-kawan cuti daripada hari raya haji sampai 26/10/13..haha, lama jugak la.. jabatan lain semua dah balik lama sebab diorang ada kelas lagi, revision class la.. tengok JPH ni dah habis kelas pun.. just revision class la tak ada.. macam kapal karam la jadinya nanti..haha

Dee kan sakit masa nak amek exam final sem ni.. dee sakit leher sebelah kiri.. bengkak kot.. nak tahu tak kenapa?? haha.. sebab dee toleh ke kiri je dari KL ke Muadzam.. the reasons why, cause i'm hide from someone.. huhu.. ada la sedikit konflik di situ.. okay lupakan tu.. ni nak citer, exam final sem dee pada 29/10/13- paper Travel Agency.. masa tu sakit leher tu masih tak hilang lagi + sakit kepala berdenyut denyut.. dee tampal koyok kat leher sebab tak ada ubat nak makan.. tahan je la sakit tu even pakai koyok. cuma kurang sikit la.. then pakai pulak kat kepala.. pelik semua orang tengok dee.. actually dee sakit kepala la!! haha. 

Paper 30/10/13- Front Office.. haha, den tak tahu la apo jadi nyo paper tu.. buku punya lah tebal.. tahu-tahu untuk student master..haha,, yang kami ni dip je, mana la mencapai piawaian.. tapi memang tak dinafikan buku tu memang sangat bagus.. even sakit leher masa tu masih lagi tapi dah mulai kurang rasa bengak tu.. pelik jugak la kenapa tak baik-baik sakit ni. ye la, Allah yang bagi sakit tu, Allah jugak la yang akan tarik rasa sakit tu.. hai dee dee, cuba bersyukur sikit.. "hee, okay" ^_^, saje jer.. 

Last paper on 31/10/13- Marketing..hee, ini paper killer subject lagi la dee goreng habis..haha,, nak dijadikan citer, dee baca tak masuk apa pun dengan tahan sakit leher yang berdenyut-denyut tu ha.. haha. bengkak kat leher naik balik.. dengan step-step market product la, apa la.. hoho.. tapi dee dah usaha, tawakal je la sekarang.. insyaallah, next sem i'll try my best.. >_<

La ni, dee kat KL ada apointment dengan Encik Doc.. harap sangat bukan perkhabaran yang buruk.. tapi kalau ia betul terjadi, semoga dee dapat menempuhinya..aminn~ doakan ye kawan-kawan semoga semua berjalan lancar.. dee doakan korang diberikan kesihatan yang baik semua ya.. take care.



>> Thanks for reading..