Assalamualaikum
Hye semua! apa khabar? sebelum terlambat dee nak wish la Selamat Hari Raya Aidilfitri..hehe.. sedar tak sedar dah masuk 6 syawal da.. ramadhan telah pun ditinggalkan dan datangnya pula syawal.. mengikut bukan islam dee dilahirkan pada 19 syawal.. motif nya dee bagi tahu saje je..tak ada pape pun sebenarnya.. raya tahun ni rasa macam kurang best.. i dont know why.. biasa lepas je abah habis je sembahyang raya berebut nak amek gambar, bermaaf-maafan sebab lepas tu abah ada marhaban.. tapi tak tahu kenapa saban tahun kemeriahan hari raya ni semakin hilang.. dan tu raya tahun ni cuma cuti sampai raya ke 3.. raya ke 4 da balik poli semula.. baju raya pun tahun ni tak sama even da plan tapi semua ke laut.. ada yang coklat oren la, peach la, gold la.. tak pe la asalkan berbaju sudah.. haha.
Hari raya pertama dee duduk di rumah je.. tak ada mood nak raya.. lagi pun nak spent time dengan family.. masa raya ni la baru dapat nak jumpa adik beradik.. tapi raya tahun ni just akak dee yang no 5 dengan 6 je ada, yang lain di rumah mertua masing-masing.. begitu lah kehidupan, bila dah berkahwin ada dua family tempat beraya.. walau anak ramai sekalipun, kalau kena giliran beraya rumah mertua semua tinggal lah mak, abah, dee dan kakak yang balik beraya.. kadang sayu jugak hati ni..haha. eh da la ni bukan slot drama samarinda okay..haha.. malam raya pertama ada la ke rumah jiran2. pergi dua buah rumah je.. tapi satu rumah tu dekat 1 jam la jugak.. haha
Second day Hari Raya, dee pergi ke Felda Lok Heng Selatan.. mesti cakap rumah sedara..haha.. salah!! yang betul nya rumah my aunty and kat sana ada kubur arwah nenek.. lepas je menjamu selera rehat-rehat kejap terus pergi kubur arwah nenek.. rasa seram sepanjang jalan.. dengan kiri kanan kelapa sawit.. kalu tak ada aunty yang tunjukkan kubur confirm sesat..haha. actually dee jarang pergi kubur.. kubur arwah atok pun kat kampung.. selalu bah je yang pergi.. dee tak ikut pun ke kubur.. bukan tak nak ikut okay. ada hal2 yang tak dapat dielakkan..huhu. kami sedekahkan al-fatihah kepada arwah nenek. rasa sayu je hati ni tengok kubur dia.. even arwah nenek macam tu dia tetap nenek dee.. nak diaktakan dee ni antara cucu2 yang selalu diingat dan disebut namanya.. semoga arwah nenek tenang di alam sana.. sobs sobs~
Raya ketiga tak pergi mana2 pun.. dok sibuk membasuh baju nak ballik esoknya.. rasa macam tak nak balik..haha. tapi pikirkan tiket da beli kena la balik even isnin tu tak ada kelas.. tu lah mak kata nak sangat belajar jauh2, ha kan sekejap je dapat beraya.. haha.. tak pe lah, kita pun berjihad kat sini nak dapatkan ilmu..insyaallah.. kita hanya melakarkan yang lain Allah yang mengaturkannya.. nice kan.. subhanallah ^_^
Ha lupa pulak. dee sempat beraya dengan kawan2 sekolah dulu..rindu sangat dekat diorang. tapi tak dapat jumpa my bff dulu.. ape pun semoga diorang sihat disamping keluarga tersayang..amin
>> Thanks for reading..