Saturday, 9 November 2013

Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin

Assalamualaikum!!


Hai semua! apa habaq hampa semua?hihi.. anyway hari ni hari ahad, so selamat berhujung minggu guys! ahakz.. post yang lepas dah seminggu berlalu.. sekejap je kan,, dah nak balik ke tempat study jugak.. hmmm, sedih la pulak rasanya tiap kali nak pulang ke sana..haha, macam baru masuk belajar padahal dah nak masuk sem 3 tu..haha, actually entry dee kali ini tentang MEKAR.. ha? apa tu MEKAR?? nak tahu kene la baca entry ni..haha. MEKAR tu singkatan daripada “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” hihi..

Politeknik Muadzam Shah, Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) dan Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Berkala Kementerian Pendidikan Malaysia “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” atau lebih dikenali sebagai MEKAR 2013 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Penerangan Pahang di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Kedaik, Rompin pada 19 – 22 September 2013.

Tujuan utama MEKAR 2013 adalah perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang dipilih iaitu Komuniti Orang Asli Rompin dan mewujudkan semangat kesukarelawanan di dalam diri peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Kolej Komuniti Rompin.
Selain itu, Mekar 2013 juga bermatlamatkan ‘Entrepreneurship’: Membantu membangunkan sumber ekonomi masyarakat orang asli melalui program keusahawanan. ‘Safety and Health’: Membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat orang asli. Kesinambungan kolaborasi antara Politeknik, masyarakat orang asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan agensi-agensi setempat. Mempromosi Politeknik dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pilihan utama bagi masyarakat setempat khususnya masyarakat orang asli. Memupuk semangat kesukarelawan pelajar sejajar dengan matlamat IM4U dan YES Politeknik (Politeknik Kasih).
Menurut Pengarah Program Mekar 2013, Encik Mohd Isa Abdul Rahim, "Antara aktiviti menarik yang dijalankan bersama masyarakat Orang Asli Kedaik ialah belajar servis kenderaan, kelas komputer, aktiviti mewarna, gotong royong, sukaneka dan Malam kebudayaan Pentarama yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan. Selain itu tidak ketinggalan Klinik Bola Sepak, Padang ini Padang Kita, Rawatan Kesihatan, Kempen Pencegahan daripada JKJR dan Bomba serta banyak lagi acara menarik dijalankan demi memodenisasikan masyarakat Kedaik."
Kemuncak MEKAR 2013 ialah Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada 22 September 2013 di Padang Awam, Perkampungan Masyarakat Kedaik, Rompin yang akan dirasmikan oleh Yb. Dato’ Hj. Mashruddin Bin Jarkasi, mewakili YB. Dato’ Sri Dr. Hj. Jamaludin Bin Dato’ Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin merangkap Penasihat Khas Kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Dato' Hj. Mohd Sani bin Mistam dan En. Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP.

Di pihak Politeknik Muadzam Shah dan agensi-agensi yang terlibat, MEKAR 2013 ini diharap akan menjadi satu platform menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada Komuniti Orang Asli Rompin bagi menjayakan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup. 

Menurut Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah, MEKAR 2013 yang merupakan program kemasyarakatan berkala selama empat tahun ini akan diteruskan dengan penambahbaikan agar ia dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Pelbagai program lanjutan akan dirancang selepas ini sebagai langkah melestarikan kolaborasi yang telah dilaksanakan.
Ha, itu cerita nya..di sana dee sebagi AJK Keselamatan.. haha, agak-agak selamat ke?? korng macam tak caye je kan selamat.. of course la selamat..haha.. cewahh, padahal datang sana tak buat apa-apa pun..hihihi. dee datang pada 19 September tu tak ada kerja pun.. then i join AJK Kerohanian..haha. hari berikutnya baru la ada kerja tu pun nasib baik miss el dah sihat.. kalau tak, tak ada kerja la kami cik oi..haha. dee dan kawan- kawan semua pun jadi setiausaha nombor cabutan bertuah..haha. sayang miss el, kalau tak kami kat sana tak terurus la gamaknya..huhu
ikin, arip, nuar, qila, ika, usaid

>> Thanks for reading..

Sunday, 3 November 2013

Hotel Shahzan Inn

Assalamualaikum..


Dee in the house!! ahakz.. ha sepanjang 3 minggu ni la nak update sebarang cerita yang nak dipenuhkan kat blog ni..haha.. dah berzaman dah nak update pasal kerja lapangan Hospitaliti dan Pelancongan dalam Islam.. kerja ni buat dalam kumpulan.. satu kumpulan tak boleh lebih 7 orang.. kumpulan dee 4 orang je..huhu,, kami tak nak lah ramai-ramai sebab nanti kerja ke mana orang ke mana..haha. kami decide untuk buat di Kuantan,Pahang.. sebabnya dekat,cost pun boleh kaw team ma..hee.
Kuantan, Pahang
pintu masuk Shahzan Inn
Banyak sangat halangan masa kami nak ke sana.. ha dah tahu ke nak ke mana?? tak tahu kan! ni nak bagi tahu la..haha. kami buat kerja lapangan tu di Hotel Shahzan Inn, Kuantan.. by the way, malam tu kami pergi ke TC.. apa tu TC? tak kan tak tahu?? Teluk Cempedak.. tempat yang popular sangat tu..haha. rakan- rakan dee yang ikut : Echa,Mia dan K.Aida.. Echa dan Mia gilir bawak kereta.. yang dua lagi jadi mem besar dek kerana tak berqualified untuk bawak sementara waktu..haha.. sementara tu ada lagi satu group kawan kitorang yang buat kat Classic Hotel.. 

Nak citer ni kawan kitorang yang kumpulan lagi satu tu kesian sangat.. rasa kecewa ada sesetengah pihak yang buat macam tu.. sanggup tinggalkan kawan sendiri demi orang luar.. entah makan entah tidak dekat tempat yang sebegitu rupa.. tapi dee respect kat diorang sebab kalau jadi kat dee, dee tak dapat kot sabar macam diorang.. kalau dee lah dah balik rumah.. tak nak tinggal kat situ.. diorang sanggup tinggal kat tempat tu mengelak cakap dekat luar la, mengantuk la.. terkilan sangat dengan perbuatan diorang.. takpa hari semalam menjadi pengalaman.. pengalaman tu la yang akan mematanagkan kita sama ada seseorang tu permata ke berlian..haha

Kami kat sana 2D1N. pagi tu breakfast,tapi untuk 2 orang je.. kesian dekat mia dan Echa tapi nak buat macam mana kan.. then diorang pun mandi kolam..koalam renang kat sana okay lah.. not bad.. dee dan k.kepochi pergi breakfast.. menu makanan kat sana sikit la.. kalau boleh i nak suggest buat banyak sikit ye.. Temubual kami bersama Front Office Manager, En.Norjan Ahmad berjalan dengan lancar even beliau sedikit busy sebab kurang kakitangan pada masa tu.. En.Norjan kata kalau beliau tahu, Mia dan Echa boleh dapat breakfast free tau..haha. bukan rezeki mereka dua la tu barangkali.. takpe, next time kita pergi tempat lain lagi ye..hee.. hasil temubual di sana menjadi bukti yang kami menjalankan kerja lapangan di Hotel Shahzan Inn.. Last but not least, please smile, smile and smile!! ini tak, muka macam hape entah.. tapi kerja kat front office department, baik duduk dapur tumbuk sambal.. boleh la terima jugak muka lagu tu ha..hoho. sebelum balik tu sempat la bergambar sat nak tunjuk bukti kat ustazah..hee
K.Aida, FOM, Echa, Mia

>> Thanks for reading..

Saturday, 2 November 2013

Pertempuran di Exam Final Sem

Assalamulaikum semua!! hi hi hi, helo helo helo...ahaha


Apa khabar semua?? harap sihat hendaknya la ye.. ha, ni dah nak dekat awal muharam kan.. kejam celik kejam celik da nak masuk awal muharam.. lama dah tinggal dunia blog dee ni.. k.kepochi tu sibuk sangat suruh update.. disebabkan keadaan yang terlalu amat sibuk tak dapat la dee update blog..haha,, almost 2 month jugak kan dee tak update.. macam kelakar je.. actually sekarang ni tengah semester break.. tapi 3 minggu saja ma.. :( 

Actually dee nak citer ni, yang dee dah nak masuk semester 3 tahun 2.. hooray!! sikit lagi.. tabahlah di sana.. haha.. di mana?? adalah, rahsia!! hehe,, sebelum tu nak la ucap "Selamat Hari Raya Haji" yang dah trelambat sangat ni ha..haha.. # Hazhijie Kuaile!! kepada semua muslimin dan muslimah..hee

Nak tahu tak, dee dan kawan-kawan cuti daripada hari raya haji sampai 26/10/13..haha, lama jugak la.. jabatan lain semua dah balik lama sebab diorang ada kelas lagi, revision class la.. tengok JPH ni dah habis kelas pun.. just revision class la tak ada.. macam kapal karam la jadinya nanti..haha

Dee kan sakit masa nak amek exam final sem ni.. dee sakit leher sebelah kiri.. bengkak kot.. nak tahu tak kenapa?? haha.. sebab dee toleh ke kiri je dari KL ke Muadzam.. the reasons why, cause i'm hide from someone.. huhu.. ada la sedikit konflik di situ.. okay lupakan tu.. ni nak citer, exam final sem dee pada 29/10/13- paper Travel Agency.. masa tu sakit leher tu masih tak hilang lagi + sakit kepala berdenyut denyut.. dee tampal koyok kat leher sebab tak ada ubat nak makan.. tahan je la sakit tu even pakai koyok. cuma kurang sikit la.. then pakai pulak kat kepala.. pelik semua orang tengok dee.. actually dee sakit kepala la!! haha. 

Paper 30/10/13- Front Office.. haha, den tak tahu la apo jadi nyo paper tu.. buku punya lah tebal.. tahu-tahu untuk student master..haha,, yang kami ni dip je, mana la mencapai piawaian.. tapi memang tak dinafikan buku tu memang sangat bagus.. even sakit leher masa tu masih lagi tapi dah mulai kurang rasa bengak tu.. pelik jugak la kenapa tak baik-baik sakit ni. ye la, Allah yang bagi sakit tu, Allah jugak la yang akan tarik rasa sakit tu.. hai dee dee, cuba bersyukur sikit.. "hee, okay" ^_^, saje jer.. 

Last paper on 31/10/13- Marketing..hee, ini paper killer subject lagi la dee goreng habis..haha,, nak dijadikan citer, dee baca tak masuk apa pun dengan tahan sakit leher yang berdenyut-denyut tu ha.. haha. bengkak kat leher naik balik.. dengan step-step market product la, apa la.. hoho.. tapi dee dah usaha, tawakal je la sekarang.. insyaallah, next sem i'll try my best.. >_<

La ni, dee kat KL ada apointment dengan Encik Doc.. harap sangat bukan perkhabaran yang buruk.. tapi kalau ia betul terjadi, semoga dee dapat menempuhinya..aminn~ doakan ye kawan-kawan semoga semua berjalan lancar.. dee doakan korang diberikan kesihatan yang baik semua ya.. take care.



>> Thanks for reading..

Sunday, 15 September 2013

Chedoq Camp

Assalamualaikum..


Hye semua!! Apa khabar? Dah lama jugak dee tak jenguk blog ni..hehe. Banyak entry ni yang dee nak buat tapi masa yang tak mengizinkan dee duduk depan lappy..haha. dee pun last week baru balik dari pantai Chedoq, Rompin.. mesti korang nak tahu kan dee buat apa kat sana..haha.. actually dee ada camping di Chedoq camp..huhu.. bukan honeymoon okay.. kalau honeymoon dee tak main la dekat2 sini.. tak ada privacy langsung..huhu. demand okay.. kalau oversea tu okay la jugak..haha

tapak camp
penaung kami ~ miss shima

Okay la kita mulakan cerita ya.. dee camping kat sana 2H1M/2D1N.. dee adalah salah seorang ahli group camping.. so kitorang lah yang organize.. mula2 51 orang pelajar.. lepas tu kami diberitahu yang 25 orang senior akan join camping dengan kitorang.. lagi la takut masa tu..haha. tapi sebenarnya diorang okay je.. abg2 dan kakak2 senior semuanya baik.. masa  hari sebelum pergi tu, sempat kena marah dengan encik.. perghh, kecut kot.. rasa macam da nak menangis je, tapi tahankan.. da la first time conduct. Mana nak tahu.. huhu.

Dee bangun pagi sabtu tu pukul 5.30 pagi.. uishh, sejuk giler air.. haha. Mesti pelik kan kenapa dee bangun awal sedangkan organizer kumpulkan semua barang pukul 6.30 pagi,hee.. dee basuh baju laa.. my roommate yang temankan..sweet kan..muehehe. da siap kumpulkan semua barang, call2 abg lori tu pukul 8 jugak baru sampai.. punya la kata nak gerak pukul 7.30 pagi..haha

Pukul 8.30 pagi kami tiba di Chedoq.. maka bermulalah hari pemberian markah kepada organizer camping..haha. takut kot.. lepas tu ada senior tegur yang pengurusan khemah salah.. masa tu lagi lah takut.. takut abah aka en.shidi marah.. huhu. Macam hape je kan.. punya lah takut.. hari first sampai tu kena bagi taklimat perkhemahan kat diorang.. then set up api nak masak air, nasi.. tapi malangnya nasi tu ada yang tak tanak.. huhu. Kelakar group camping fail dalam perkhemahan.. nama je group camping tapi hampeh.. muehehe. tugas diberikan mengikut group masing2.. seronok la diorang dapat masak dulu kan.. organizer jugak yang ketinggalan dek menguruskan korang semua..haha

pengagihan makanan by organizer camping ~ arahan by en.shidi

yeayy! muka ira seronok dapat mestin..hahah
makan dalam mestin, minum pun dalam mestin
Dalam pukul 12 lebih kami dikumpulkan untuk buat aktiviti water crossing, water rafting dan water rescue.. group dee ada 6 orang (dee, mas, ikin, k.shela, prim dan bob) disuruh ready untuk aktiviti river water base.. disebabkan dee group 5/15, so dapat la buat habis hari sabtu tu.. tak sanggup da nak sambung buat hari ahad tu.. the rest ada yang masak..

Masa aktiviti water crossing dan water rescue, punya la best sangat air kolam nya.. ada ikan lagi..haha. dee kan kena marah dengan abah.. dia ingatkan dee berdiri dalam air.. padahal mana ada.. dee baring je ha dalam air.. tak buat apa2 pun tapi kena marah, haishhh.. lepas tu mas tarik dee.. masa tu okay la. Masa dee tarik mas rasa macam dah tak larat nak tarik mas.. sebabnya dee salah guna tangan masa tarik mas.. dee guna tangan kiri.. tu yang tak kuat.. haha..

Malamnya group dee lambat makan.. sedih kan,, nak tahu sebab apa??? Ahaha.. kayu api tak hidup2.. hampeh punya kayu api.. lepas tu pinjam la kayu api senior tu ha masak nasi semua.. sementara tu dee buat la air teh.. sekali diorang tengok air teh dee tu ada cili.. bhaha.. berdekah diorang.. dee buat derk je.. serius masa dee buat tak ada pun cili. Tiba2 ada pulak. Haha.. tak pe lah yang penting dah tak ada air minum jugak lah.. tapi tak rasa pedas pun okay air teh yang dee buat tu..huhu. siap abah tolong masakkan sardin group dee..haha

ikin dan nuar
Hari ahad tu dee bangun awal.. ye la organizer kan.. kena lah tunjukkan sikap yang elok..haha. tapi bukan menunjuk-nunjuk okay.. memang kalau kat rumah pun dee bangun awal ya, bukan lakonan semata-mata okay..huhu. Dalam pukul 9 lebih masing2 buat kerja masing2.. ada yang kena sambung buat aktiviti, ada yang masak.. pukul 12 ada pemeriksaan masakan.. ahaha, group dee dapat 10/15 markah.. dee dengan mas tak masak pun,, ikin dengan k.shela yang masak.. bukan malas nak masak ya.. diorang yang tak nak bagi kita masak, so what should I do?? Diam je la..haha.

k.shela, arif, bob ~ main masak2 =D
ececee, mas makan dengan prim =D
Actually dee makan dengan mas dan prim jugak..haha, kebetulan tak masuk. kami makan bertiga je. group lain tak ada pun buat..haha. betapa sweet nya makan bersama.. hoho. tanpa mengira kaum, teamwork is the most importan thing.. ahaha. sampai ada kata kitorang makan nasi ambeng ke,, tak pasal2 dianggap orang jawa.. "no la! dee banjar" ahakz

Dalam pukul 3 lebih, organizer kemas2 barang.. kira barang2 yang digunakan, yela mana tahu ada yang hilang ke kan.. tengok orang lain dok sibuk mandi2 nak balik.. kitorang kena kemas2 dulu..haha. tapi apa pun pengalaman sebagai organizer tu serba sedikit tahu lah jugak dah.. huhu. banyak prosedur yang perlu dibuat sebelum pergi dan selepas pergi.. alhamdulilah, camping yang dee n group organize berjalan dengan baik..bersyukur sangat.. pukul 4 lebih kami bertolak pulang ke PMS terchenta..ahakz :P

Thanks to farah yang banyak tolong group camping dan tak lupa juga group camping yang susah senang sama2.. >_<


Berakhirlah moment camping dee.. thanks for you guys yang bagi kerjasama semasa camping.. I love u all.. ha, panjang tak panjang kan entry ni..huhh,letih den.. :D


>> Thanks for reading..