ASSALAMUALAIKUM Cinta
Hai semua! Bagaimana dengan perkhabaran diri kamu semua ya? Diharap sihat hendakNya. Rasa macam lama dah tak on blog ni, haha.. Hmm, banyak sangat halangan bila nak buka tu. Ada je, macam2. Esok dee ada interview tau! Doakan saya ya.. :D
Tadi tengah tengok2 pakaian masa interview, tergerak pula nak tengok pakaian muslimah sebenar. Issue ni lah jugak yang menyentapkan sanubari. Bukan dee tak tahu sebelum ni, tapi masih tak apply kan dalam kehidupan seharian. Tapi walau macam mana pun, niat dalam diri tu ada. Cuma belum sampai masanya lagi mungkin.
Mungkin sesetengah orang kata cuba2 lah pakai stokin untuk tutup aurat kita. Tapi pada dee, tak ada guna jugak kalau kita buat kerana terpaksa bukan kerana kerelaan hati. Betul tak?? Insya Allah, perlahan2. tapi belum lagi buat masa sekarang. Kadang2 malu tengok kawan2 kelab Rakan Pusat Islam. Diorang semua bertutup kaki, pakai sarung tangan. Bila tengok diri sendiri, mashaAllah. Jahilnya aku dari kalian! Sesungguhnya, memang benar itu terjadi.
Tu belum cerita lagi pasal tudung labuh. Ya dee tak nafikan yang bila kita berpakaian labuh, automatik terasa yang diri kita ni selamat. Tapi belum sampai tahapnya lagi mungkin. Sedih tengok kat diri sendiri ni. Ramai yang dah nasihatkan supaya labuhkan sikit tudung. But actually, i'm not ready yet! I've the reasons why. Insya Allah, doakan untuk dee ya supaya diberikan petunjuk dan hidayah-Nya, ameen..
Korang nak tahu tak? Bila dee tengok orang yang pakai purdah tu, subhanAllah. Cantiknya mereka. Manis sungguh rasanya senyuman mereka walaupun tak nampak dengan mata kasar. Sampai macam tu sekali dee lihat pada mereka disebalik purdah yang dipakai. Ya, memang cantik. Tapi, ha tu lah masalah dee, haha.. Kesiankan. Penat mak abah hantar pergi sekolah agama. Tapi bila besar jadi macam ni, hmm..
Ya Allah, semoga diri ini diberikan petunjuk dan hidayahMu. Sesungguhnya, niat itu sudah ada. Cuma untuk melakukannya, mungkin mengambil masa dan tak tahu juga sehingga bila Allah akan beri pada dee masa. Ha, satu perkhabaran yang baik. Seorang daripada kawan sekolah dee dulu telah pun berhijrah. SubhanAllah. Bangga sangat pada dia. Ya, sesungguhnya kerdil sangat dee ni. Malu, tersangat malu kepadaMu wahai sang pencipta sekelian alam. Semoga sama2 kita diberikan nur cahaya Islam ke arah yang lebih baik. Daripada baik sikit kepada baik banyak, insya Allah. Ameen..
>> Thanks for reading..